Connect with us

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Tempat

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Jika anda suka berjalan-jalan dan travel, negara Australia sudah tentu menjadi salah satu destinasi perlancongan anda. Tetapi apakah tempat menarik di Perth Australia yang anda wajib terokai ya?

Bila sebut sahaja tentang Perth, Australia mesti ramai di antara kita sudah tahu bahawa negara ini mempunyai ramai penduduk Muslim yang menetap di sana. Malah, tiket penerbangan pun tidak terlalu mahal.

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via The National

Untuk makluman anda, Perth adalah ibu negara Australia Barat. Ada banyak tempat menarik di sini seperti Pantai Sandy terletak di kawasan pinggir bandarnya, Kings Park dan Botanic Garden di Mt. Eliza membolehkan anda untuk melihat pemandangan bandar yang cantik.

Pusat Kebudayaan Perth menempatkan balet negeri dan syarikat opera termasuk teater, galeri seni dan Muzium Australia Barat dan banyak lagi. Memang menarik sangat jika anda dapat berpeluang untuk melancong di Perth, Australia ini!

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via Air New Zealand

 Jika anda mempunyai perancangan untuk melancong ke Australia, jangan lupa untuk menerokai 15 tempat menarik di bawah ini. Jom kita lihat 15 tempat menarik di Perth Australia yang anda patut terokai apabila melancong ke sana.

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

1. Elizabeth Quay

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via www.mra.wa.gov.au

Di sini anda boleh menaiki Segway, feri dan gondola yang disediakan. Jika anda inginkan aktiviti yang tidak mengeluarkan duit, boleh juga jalan-jalan melihat pemandangan di sekitar sungai dan tangkap gambar di jambatan dengan backgroundyang begitu cantik.

2. Fremantle Markets

Di antara tempat menarik di Perth Australia yang anda kena cuba ialah Fremantle Markets. Kalau anda ingin mendapatkan ole-ole untuk yang tersayang, jangan lupa untuk singgah ke Fremantle Markets. Di sini anda boleh mendapati pelbagai barangan antik yang diperbuat daripada kayu, barangan kulit dan juga barangan basah yang boleh anda beli untuk dimasak sepanjang anda berada di Perth, Australia.

3. Kings Park

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via ABC

Kings Park merupakan salah satu tempat yang wajib anda kunjungi ketika berada di Perth dengan panorama yang bakal memukau hati di bandar Perth dan Swan River dari Kings Park. Anda boleh menaiki DNA Tower yang terletak di sini untuk nikmati pemandangan sekitar yang sangat menakjubkan!

4. Perth Zoo

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via Blooloop

Perth Zoo ini berkeluasan 41 ekar dan telah dibuka sejak tahun 1898. Banyak haiwan yang boleh anda lihat di sini iaitu lebih daripada 1,250 ekor haiwan yang terdiri daripada 164 spesis yang berbeza. Tempat ini juga terbahagi kepada 3 zon iaitu:

  1. Australian Walkabout
  2. African Savannah
  3. Asian Rainforest

5. Aquarium of Western Australia

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via Are You Selling

Jika anda mempunyai minat untuk ‘menyelam’, boleh bawa keluarga untuk melawat Aquarium of Western Australia ini. Anda akan mendapat pengalaman seperti berada di dalam air laut. Di sini juga terdapat lebih 4,000 ikan dan kesemuanya terdiri daripada 400 spesis yang berbeza.

Baca juga 25 Tempat Di Dunia Yang Anda Tak Percaya Menakjubkan Jika Dilihat

6. Adventure World

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via YouTube

Tempat ini adalah salah satu taman tema yang boleh didapati di Perth yang mempunyai lebih daripada 23 tarikan untuk yang berani untuk cuba. Rugi kalau tak datang dan cuba sendiri, memang extreme tapi sangat memuaskan!

7. Art Gallery of Western Australia

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via Expedia

Art Gallery ini mula di buka pada tahun 1895 yang menempatkan pelbagai jenis karya seni dari pengkarya bersejarah dan kontemporari yang bukan sahaja berasal dari Australia malah seluruh dunia.

Jika anda ingin tahu, antara hasil seni yang ada di sini adalah ukiran klasik daripada Henry Moore, karya motif oleh Orang Asli Australia dan pelbagai lagi. Jangan risau, masuk adalah PERCUMA.

8. Penguin Island

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via Penguin Island

Masa perjalanan untuk ke Penguin Island adalah 45 minit dari Perth. Anda dapat melihat singa laut, ikan lumba-lumba di sekitar perairan. Ketika di sana, anda berpeluang untuk mendekati dengan penguin-penguin yang sangat comel dan terkecil di dunia! Seronoknya!

9. Kailis Fish Market Cafe Perth

Kailis Fish Market Cafe menawarkan Fish & Chips yang begitu sedap. Tempat ini juga pernah memenangi anugerah resepi Fish & Chips paling sedap dan resipi ini juga adalah turun-temurun sejak tahun 1928. Di sini juga anda perlu memilih pemandangan yang cantik untuk menikmati sajian sedap ini.

10. Perth Hills

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via Trails WA

Di antara tempat menarik di Perth Australia yang anda kena cuba ialah Perth Hills. Perth Hills menawarkan pemandangan yang begitu indah di kawasan perkampungan yang terletak kira-kira 45 minit dari bahagian Timur Perth. Jika anda ingin tahu, antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini adalah berkelah, BBQ di Lake Leschenaultia, melawati taman negara dan pergi ke Araluen Botanic Park dan macam-macam lagi. Jangan lepaskan peluang untuk explore alam semulajadi di Perth ya!

Baca juga 20 Tempat Unik Dan Pelik Serata Dunia Yang Anda Tidak Terfikir & Tidak Pernah Lihat

11. The Pinnacles

Cantiknya tempat ini! Ha, kalau anda nak tahu, untuk sampai ke tempat ini akan mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan dari Bandar Perth dan akan membawa anda ke kawasan padang pasir yang dikenali sebagai The Pinnacles.

Tempat ini terdapat banyak batu-batuan yang besar dan unik, kalau nak tangkap gambar memang sangat cantik! Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk bertemu dengan kanggaru yang dikatakan telah menjadikan kawasan ini sebagai habitat mereka. Menarik bukan?

12. The Lobster Shack

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via The Urban List

Restoran The Lobster Shack ini menghidangkan menu seperti Lobster, Fish & Chips, ikan grill, burger seafood, salad dan pelbagai lagi pilihan lain untuk anda cuba. Tapi bila anda berada di restoran ini, tak sah kalau tak cuba masakan lobster atau udang kara yang dikatakan begitu terkenal di sini. Memang segar dan juicy sangat!

13. Fishing Boat Harbour

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via Australia Travel

Kawasan perikanan ini wujud sejak tahun 1919. Pemandangan di sekitar Fishing Boat Harbour ini cukup menakjubkan. Anda boleh menaiki bot atau feri yang disediakan ataupun berjalan-jalan di ruang berjalan kaki di atas papan kayu.

Selain itu, anda juga boleh ke The Western Australian Maritime Museum Shipwreck Galleries yang juga terletak di sini. Dengar-dengar menarik, boleh cuba untuk tahu!

14. Scarborough Beach

Di antara tempat menarik di Perth Australia yang anda kena cuba ialah Scarborough Beach. Scarborough Beach merupakan kawasan pantai yang begitu terkenal dan dikatakan mempunyai tahap kebersihan kawasan persekitaran yang sangat bersih.

Kawasan tanah lapang di sana juga dilindungi oleh pokok rendang berdekatan persisir pantai dan anda boleh berkelah sambil menikmati bayu laut. Memang sangat menenangkan.

15. Fremantle Prison

15 Tempat Menarik Di Perth Australia Yang Anda Wajib Terokai

Image via Hello Perth

Fremantle Prison menempatkan sekitar 15,000 kolekasi yang berkaitan dengan sejarah serta pengalaman pekerja dan semua banduan yang pernah ada di tempat itu. Muzium ini cukup lengkap dengan barangan artifak, transkrip temubual yang disimpan di Fremantle Prison ini.

Anda juga boleh mendengar rakaman suara banduan, staf dan ramai lagi di Battye Library Oral History Collection. Kalau berani, anda boleh melawat tempat ini.

Baca juga Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah…

Menarik sangat semua tempat yang ada di Perth, Australia ini! Yang mana di antara 15 tempat menarik di Perth Australia ini yang anda mahu terokai? Jom komen dan kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan anda ye.

tempat menarik di perth australia

Share lah dengan kengkawan....
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Tempat

Advertisement

Follow Relaxlah.my di Facebook

Duit

Tips

Advertisement

Design

Sihat

Advertisement
To Top