Connect with us

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

Keluarga

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

Apabila anak balik sekolah, bermacam-macam soalan yang ibu bapa nak tanya. Tetapi tahukah anda soalan-soalan ini akan memberi kesan positif atau negatif kepada anak anda. Jadi, soalan berkesan positif apa yang patut tanya anak balik sekolah ?

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

Jangan tanya kenapa baju kotor, pasal apa lewat atau soalan-soalan yang lebih menjurus kepada emosi dan negatif. Anak anda sudahlah penat, lepas balik sekolah kena marah pulak.

Tentunya situasi tegang dan negatif ini akan memberikesan negatif kepada emosi dan perhubungan anda dengan anak anda sendiri. Jom kita praktikkan soalan-soalan positif yang dikongsikan daripada Mohd Fadli Salleh yang juga seorang guru ini.

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

1. Makan apa di sekolah?

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab seperti bekal makanan tumpah, duit hilang.

Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.

Sangat digalakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.

2. Beli apa di sekolah?

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

Ibu bapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!

Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam atau meminta duit kawan.

Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya ‘diminta’ oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibu bapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?

3. Belajar apa hari ini?

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

Penting soalan ini agar murid ‘recall’ balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian ‘dipanaskan’ oleh ibu bapa di rumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanyalah!

4. Ada kerja rumah atau tidak?

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

Soalan ini biasanya hampir semua ibu bapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.

Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Tolong periksa beg anak. Tolong ya!

Soalan Positif Apa Anda Patut Tanya Anak Balik Sekolah?

Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.

Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.

Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.

Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu. Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, ‘kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan’.

Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak.

#MFS
* Ibubapa, tanyalah anak!

Soalan yang mana dari perkongsian soalan positif anda patut tanya anak balik sekolah ini yang anda biasa tanya? Jom kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan supaya dapat dipraktikkan bersama.

Sumber Facebook Mohd Fadli Salleh

Share lah dengan kengkawan....
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Keluarga

Advertisement

Follow Relaxlah.my di Facebook

Duit

Tips

Advertisement

Design

Sihat

Advertisement
To Top