Connect with us

Kisah Inspirasi Gelandangan Menjadi Jutawan Hanya Dengan Smoothie

Kisah Inspirasi Gelandangan Menjadi Jutawan Hanya Dengan Smoothie

Manusia

Kisah Inspirasi Gelandangan Menjadi Jutawan Hanya Dengan Smoothie

Memang jarang kita dengar kisah inspirasi gelandangan menjadi jutawan kan? Tetapi percaya atau tidak, kisah yang nak dikongsikan ini benar-benar berlaku di Amerika Syarikat! Jom kita baca kisah inspirasi ini supaya sama-sama kita mengambil iktibarnya.

Kisah Inspirasi Gelandangan Menjadi Jutawan Hanya Dengan Smoothie

Pada tiga belas tahun yang lalu, seorang lelaki Amerika Syarikat bernama Khalil Rafati hidup dalam keadaan yang sangat susah sebagai gelandangan di Los Angeles. Dia terpaksa hidup merempat dalam keadaan miskin malah tiada tempat tinggal. Bukan itu sahaja, Khalil juga terjerumus dalam gejala dadah, heroin dan arak. Sewaktu itu, beratnya hanya 106 kg.

Kisah Inspirasi Gelandangan Menjadi Jutawan Hanya Dengan Smoothie

 

Khalil Rafiti, sebelum (kiri) dan selepas (kanan).

Kini, hidupnya berubah 360 darjah. Dia kini adalah seorang jutawan dan pemilik rantaian bar jus SunLife Organics. Kisah hidupnya dari seorang gelandangan dan kini jutawan turut dibukukan dalam sebuah buku inspirasi berjudul I Forgot to Die. Buku ini menceritakan kisah jatuh bangun dan perjalanan hidup bagaimana Khalil berjaya mengubah hidupnya.

Baca juga Kisah Inspirasi Seorang Penjual Aiskrim, Kini Menjadi Orang Kelima Terkaya Malaysia

Now available on Amazon!! Purchase using link above or search Amazon for “I Forgot to Die by Khalil Rafati”

A photo posted by I Forgot to Die, Khalil Rafati (@iforgottodiebook) on

“Saya hampir meninggal dunia akibat dos berlebihan (OD) dan turut pernah dipenjarakan. Semenjak dari itu, saya nekad untuk kembali mengatur semula kehidupan saya”, jelas Khalil dalam satu temubual.

Selepas tidak lagi terjebak dalam kancah arak dan dadah, Khalil mengasaskan Riviera Recovery, sebuah pusat perubatan fasiliti traditional untuk penagih dadah dan alkohol yang ingin kembali ke pangkal jalan. Namun, suatu insiden telah memberikan harapan baru buatnya.

Best birthday ever!!!

A photo posted by I Forgot to Die, Khalil Rafati (@iforgottodiebook) on

Ianya bermula apabila kawan Khalil memperkenalkan cara untuk membuat jus dan makanan tambahan berkhasiat kepadanya. Dari situ, Khalil mendapat idea dan mula aktif membuat smoothie sendiri lalu menjual kepada pesakit-pesakitnya. Jus smoothie yang diciptanya itu bertujuan bagi meredakan obsesi dan ketagihan pesakit akan pengambilan dadah dan arak, malah ia membantu dalam mengatasi kelesuan.

Baca juga Kisah Remaja Gamer Berubah Menjadi Billionair Termuda Thailand (Video)

Check out the SunLife brand video (link in bio) if you haven’t already! Thank you, friends for an incredible journey together!

A photo posted by I Forgot to Die, Khalil Rafati (@iforgottodiebook) on

Tanpa diduga, permintaan terhadap jus itu semakin laris berikutan rasanya yang sangat sedap. Ramai yang hadir ke pusat pemulihan Khalil semata-mata hanya untuk membeli jus tersebut. Lalu Khalil membuat keputusan untuk membuka jus barnya sendiri yang bernama SunLife Organics yang kini sudah mempunyai 6 kedai rangkaian di sekitar Los Angeles dan semakin berkembang.

Dari gelandangan, kini Khalil sudah menjadi seorang jutawan. Macam tak percaya bukan? Tetapi itulah hakikat kehidupan kita ini. Jika mahu berusaha dan mengubah masa hadapan kita, sudah tentu kita akan berjaya.

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Apa pendapat anda dengan kisah inspirasi gelandangan menjadi jutawan hanya dengan menjual smoothie ini? Menarikkan? Jom komen dan kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan anda ye.

kisah inspirasi gelandangan menjadi jutawan

Share lah dengan kengkawan....
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Manusia

Advertisement

Follow Relaxlah.my di Facebook

Duit

Tips

Advertisement

Design

Sihat

Advertisement
To Top