Design
14 Katil Bilik Tidur Pelik Dan Luar Biasa Yang Anda Ingin Mencubanya
Pernah terfikir tak, kenapa katil bilik tidur mesti bentuk segi empat leper dan memanjang. Takde ke katil bilik tidur bentuk lain? Barulah menarik. Haaa jika anda mahu cuba katil bilik tidur pelik , jom kita lihat bawah ni…
14 Katil Bilik Tidur Pelik Dan Luar Biasa Yang Anda Ingin Mencubanya
1. Katil Burger
Katil burger ini kelihatan real. Tapi sebenarnya tomato sos itu bantal dan cheese tu adalah alas katil. Menarik kan?
2. My Neighbour Totoro
Jika anda peminat watak kartun anime Totoro ini, katil ini memang sesuai untuk anda.
3. Katil sarang burung
Katil ini sungguh cantik. Mesti kita akan nyenyak tidur di atasnya kan?
4. Katil angkasa
Kelipan bintang di dinding katil tu memang memberikan suasana romantik dan menenangkan.
Baca juga Siapa Yang Nak Pakai Beg Perut Buncit Yang Pelik Ini?
5. Katil malas
Biasa kita dengar kerusi malas kan? Ni katil malas pulak untuk mereka yang sukakan katiul yang bergoyang semasa tidur.
6. Katil berserta TV
Wahhh! Dengan katil ini senang lah nak layan nengok movie. Kalau katil versi camni, kaki gamers mesti tak bangun-bangun dari katil kan?
7. Katil pizza
Bila dah suka sangat dengan pizza, tidur pun ingat pizza jugak. Nak cheese lebih?
8. Katil gantung
Menarik juga katil begini. Kita seperti tidur di atas awan. Tetapi pastikan syiling itu kuat dan badan kita tak terlalu berat pula. Takut-takut terjatuh ke bumi pulak masa tidur nanti.
Baca juga 21 Gambar Pelik Yang Membuatkan Anda Berfikir Sejenak Tentang Dunia Ini
9. Katil Zip
Dengan katil ni, lepas bangun tidur, zip je katil dan siap kemas. Mudah kan?
10. Katil buku
Apa nak buat kat atas katil cam ni yek? Baca buku lah kan?
11. Katil kucing gergasi
Selalu kucing yang tidur atas peha manusia. Dengan katil macam ini, anda pulak yang tidur atas peha kucing.
12. Katil roller coaster
Jika asyik suke tidur pindah-pindah, mungkin katil roller coaster ini akan memberikan keselesaan yang anda cari tu.
14. Katil satu posisi
Anda berani nak cuba katil ini. Syaratnye mudah sahaja, tak boleh ubah posisi masa tidur.
Baca juga 20 Tempat Unik Dan Pelik Serata Dunia Yang Anda Tidak Terfikir & Tidak Pernah Lihat
Bonus: katil air
Kalau ada katil macam ni pun best jugakkan? Tetapi katil ini hanyalah imaginasi photography. Ada yang berangan nak cuba katil air ni?
Yang mana di antara 14 katil bilik tidur pelik yang anda suka? Jom komen dan kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan anda ye
