Connect with us

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Tips

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Apabila kereta dah lebih 5 tahun digunakan, bukan sahaja cat akan kusam tapi bahagian lampu juga akan nampak kekuningan. Ia bukan saja membuatkan kereta nampak lusuh tapi juga kualiti pencahayaan lampu kereta kerana kurang jelas. Tetapi tahukah anda cara mudah kilatkan lampu kereta yang kusam kekuningan hanya dengan bermodalkan RM15?

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Anda boleh sahaja menukar bahagian headlight ini tetapi modalnya agak besar mungkin menelan belanja sehingga RM200 ke RM500 bergantung kepada jenis kereta anda. Jadi sebelum ambil keputusan untuk membelinya apa kata cuba kaedah yang dikongsi oleh Khairul Anwar Tumingan.

Dengan bermodalkan RM15, anda sebenarnya boleh melakukan sendiri cara mudah kilatkan lampu kereta yang kusam dan kuning ini supaya kelihatan jernih seperti baru.

Baca juga 20 Tips Penting Jika Mahu Ada 4 Buah Rumah Sebelum Umur 30 Tahun

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Hari ini saya nak share macam mana saya gilap headlight yang dah kuning dan kusam dengan modal tak sampai RM15. Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan produk yang boleh digunakan. Tapi apa yang saya kongsikan ini antara cara yang paling berhasil yang pernah saya cuba. Yang penting, kena gigih sikit menggosok ya!

*ini untuk headlamp plastik sahaja

Bahan yang saya gunakan adalah:

  • Kertas pasir gred 600
  • Kertas pasir gred 1000
  • Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)

Inilah 3 bahan yang digunakan. Modal keseluruhannya tak sampai pun RM15. Ok, jom kita tengok cara-caranya pula.

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15
Ini lampu asal yang dah menjadi kekuningan dan kabur.

1. BUANG LAPISAN KUNING DENGAN KERTAS PASIR GRED 600

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur.

Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.

Baca juga 9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

2. LAP & KERINGKAN

Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

3. GOSOK DENGAN KERTAS PASIR GRED 1000

Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

4. LAP & KERINGKAN

Lepas tu lap dan keringkan macam tadi. Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi.

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Baca juga Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah…

5. GILAP DENGAN AUTOSOL METAL POLISHER

Ini yang saya pakai, Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Tengok, ni baru gosok sikit dah nampak clear, kan? Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah.

SIAP! INILAH HASILNYA…

Cara Mudah Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Hanya Dengan RM15

Ini hasilnya setelah saya gilap lebih kurang 1/2 jam. Berkesan, kan? Lampu kereta yang kekuningan tadi dah nampak macam baru. Memang berbaloi! Tengok perbandingannya sebelum dan selepas saya kilatkan tadi.

Jadi lepas ini bolehlah kilatkan lampu kereta sendiri saja di rumah. Bahaya biarkan lampu kereta yang kusam dan kekuningan. Bila lampu kabur, takut orang lain tak nampak kita dengan jelas. Insha Allah boleh guna cara begini, mudah dan jimat. Selamat mencuba!

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Apa pendapat anda dengan cara mudah kilatkan lampu kereta yang kusam kekuningan dengan bermodalkan RM15 ni? Mudah kan? Jom kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan anda ye.

Kredit: Khairul Anwar Tumingan

Share lah dengan kengkawan....
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Tips

Advertisement

Follow Relaxlah.my di Facebook

Duit

Tips

Advertisement

Design

Sihat

Advertisement
To Top