Connect with us

10 Tempat Paling Mahal Beli Kereta Di Dunia. Malaysia Tersenarai Ke?

Tempat

10 Tempat Paling Mahal Beli Kereta Di Dunia. Malaysia Tersenarai Ke?

Jalopnik, sebuah laman web popular berkaitan kereta telah menyenaraikan 10 tempat paling mahal beli kereta di dunia. Jalopnik membandingkan harga kereta Toyota Prius dan Scion FR-S (Toyota 86 @ Subaru BRZ) di Amerika Syarikat dengan 10 negara lain di seluruh dunia.

10 Tempat Paling Mahal Beli Kereta Di Dunia. Malaysia Tersenarai Ke?

Ia dinilai berdasarkan banyak pendapat dari rakyat dan pelawat asing di negara-negara berkaitan. Agak mengejutkan kerana tempat pertama hingga ketiga dalam senarai tersebut, diungguli negara-negara dari Asia Tenggara. Anda boleh tahu negara yang mana?

Hasil kajian ini menyatakan harga yang perlu dibayar untuk memiliki salah satu jenis kereta Toyota Prius dan Scion FR-S ini oleh rakyat negara-negara tersebut adalah 3 hingga 5 kali ganda lebih mahal berbanding harga di Amerika Syarikat. Jom kita lihat negara mana yang terlibat.

10 Tempat Paling Mahal Beli Kereta Di Dunia.

10. Cuba

9. North Korea

8. St. Kitts And Nevi

7. United Kingdom

6. Brazil

5. China

4. Nicaragua

3. Indonesia

2. Malaysia

1. Singapura

Malaysia berada di tempat kedua dalam senarai 10 Tempat Paling Mahal Untuk Beli Kereta. Ini antara komen dari SatriaFanBoy:

I would like to nominate Malaysia. Where in Malaysia, the Toyobaru twins cost around $75,000 new while Mercedes SLS AMG cost around $600,000 brand new . This is where a beige mobile such as the Accord and Camry are consider as a luxury car. Plus, Many Malaysian spec car lacks in many safety features but still sold at a higher price. Due to high excise tax and Protection policy for our Local car maker Proton, Many people here only can dream owning a BRZ or a Miata.

Baca juga Dawn Raid: Peristiwa Dramatik Keberanian Malaysia Merampas Syarikat Guthrie Daripada Penjajah British Pada 1981

10 Tempat Paling Mahal Beli Kereta Di Dunia. Malaysia Tersenarai Ke?

Ada segelintir pihak merasakan negara kita masih di tempat yang baik untuk memiliki kenderaan persendirian walaupun pada hakikatnya bayaran pinjaman kenderaan menjadi punca utama kes muflis di Malaysia terutama di kalangan orang muda.

Hazeri Samsuri (Pengarang majalah automatif Top Gear Malaysia) berkata harga kereta akan tetap mahal walaupun selepas cukai dikurangkan kerana pengeluar kereta meletakkan harga tinggi apabila melihat negara Asean adalah satu pasaran baru di mana rakyatnya sanggup membayar untuk memiliki “jenama premium”.

Buat pengetahuan anda, 2 jenis kereta Prius dan FR-S bukanlah kategori kereta mewah di Amerika Syarikat. Tetapi ia menjadi kenderaan mewah di negara-negara Asean.

M.Madani (Ketua Esekutif Institut Automotif Malaysia), menegaskan harga kereta di Malaysia adalah antara yang berdaya saing di rantau ini dan tidak ada hubungan langsung antara Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) dan harga kereta kerana harga kereta bergantung kepada kuasa pasaran dan struktur cukai negara.

Berdasarkan kajian Institut Automatif Malaysia pula, harga kenderaan adalah kompetitif di rantau ini dan lebih rendah dari negara maju, Singapura.

Bagi kami, rakyat Malaysia seperti tiada pilihan dan perlu ada kenderaan persendirian apabila facility pengangkutan awam masih terbatas, tidak seperti sistem pengangkutan awam di negara jiran, Singapura yang cekap. Maka, kerajaan Singapura berlaku adil kepada rakyatnya dan mereka tidak terhimpit untuk memiliki kenderaan sendiri.

Baca juga 13 Nama Tempat Yang Pelik Dan Benar-Benar Wujud Di Malaysia

Apa pendapat anda dengan senarai 10 tempat paling mahal beli kereta di dunia ini? Adakah anda terkejut? Jom komen dan kongsikan dengan kawan-kawan anda.

Share lah dengan kengkawan....
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Tempat

Advertisement

Follow Relaxlah.my di Facebook

Duit

Tips

Advertisement

Design

Sihat

Advertisement
To Top