Connect with us

10 Penemuan Dunia Yang Tidak Dapat Diterangkan

Luar Biasa

10 Penemuan Dunia Yang Tidak Dapat Diterangkan

Sejarah dunia ini penuh dengan misteri. Apa yang berlaku sebenarnya pada masa lampau tidak semua yang kita tahu di hari ini. Tetapi ia sangat menarik untuk diketahui cerita dan bagaimana ia berlaku. Jom kita lihat 10 penemuan dunia yang tidak dapat diterangkan ini.

10 Penemuan Dunia Yang Tidak Dapat Diterangkan

1. Burung Moa

Burung Moa adalah sejenis burung yang tidak boleh terbang dan tinggal di New Zealand, dan kini telah pupus sekitar 1500 tahun yang lampau. Mengikut teori, burung di dibunuh oleh kaum Māori pada ketika itu. Tetapi pada kurun ke 20, saintis terjumpa kaki burung Moa ini yang masih kekal terawet sehingga kini.

2. Kompleks Kuil Saksaywaman, Peru

Pembinaan tembok batu di kuil ini sangat menakjubkan. Setiap batu-batu itu bercantum tanpa sehelai kertas pun boleh melepasinya. Batu-batu itu pun kelihatan licin dengan hujung yang tumpul. Mungkinkah pada zaman dahulu sudah ada semen? Bagaimana ianya dibina? Tiada siapa yang tahu.

3. Gate of the Sun, Bolivia

Pintu gerbang bernama Gate of the Sun ini terletak di Tiwanaku, sebuah bandar purba yang terletak di Bolivia. Pakar arkeologi percaya tempat ini adalah sebuat empayar yang besar pada zaman dahulu. Tetapi tiada ssiapa yang tahu apa maksud ukiran pintu gerbang ini. Mungkin berkaitan dengan astrologi.

4. Gua Longyou, China

Gua ini dikatakan dibina oleh orang pada zaman dahulu tetapi pembinaan sehebat ini amat luar biasa jika dilakukan tanpa alat alatan seperti alatan pembinaan moden sekarang. Masih tiada siapa tahu bagaimana ianya terbina kerana tiada rekod sejarah yang dilaporkan berkaitannya.

5. Obelisk yang tidak siap, Mesir

Menara batu obelisk ini pada mulanya mungkin diukir terus dari batu oleh orang yang hidup pada masa dahulu, tetapi ia mula retak. Dan batu obelisk ini dibiarkan begitu sahaja sehingga kini. Tetapi saiz nya sungguh besar!

6. Bandar bawah laut Yonaguni, Jepun

Kompleks purba ini dijumpai oleh penyelam Jepun, Kihachiro Aratake. Mengikut kajian, batu di kompleks ini berusia lebih 10,000 tahun! Lebih lama dari piramid di Mesir. Ajaibnya saintis berfikir orang pada zaman dahulu tidak boleh membina kompleks sehebat ini dan hanya mampu tinggal di gua tetapi kompleks purba ini membuktikan sebaliknya.

7. Mohenjo-daro (’The Mound of the Dead’), Pakistan

Rahsia disebalik kisah bandar ini memeningkan para pengkaji purba. Pada 1922, seorang pakar arkeologi menemui peninggalan ini di sebuah pulau di Sungai Indus. Tetapi bagaimanakah kompleks bandar sehebat ini boleh musnah? Hasil penggalian masih belum menjumpai jawapannya.

8. L’Anse aux Meadows, Canada

Tapak arkeologi di Kanada ini sebenarnya adalah suatu penempatan Vikings lebih 1000 tahun yang lalu. Ini membuktikan yang pelayar dari Scandinavia telah lama sampai di Utara Amerika lebih lama berbanding Christopher Columbus.

9. Terowong Zaman Batu

Penemuan terowong zaman batu di beberapa kawasan di Eropah dan Turki membuktikan penduduk di zaman batu sudah memiliki kemahiran pembinaan yang hebat. Tetapi tujkuan terowong itu dibina masih misteri. Berkemungkinan terowong ini dibina untuk perjalanan khas, tempat tinggal sebagai cara selamat dari serangan penjahat di ketika itu.

10. Batu sfera besar di Costa Rica

Batu-batu sfera ini ditemui pada awal 1930an oleh pekebun di ladang sekitar. Tetapi yang menjadi misteri adalah bentuk batu kesemuanya berbentuk sfera yang licing dan banyak sekali. Di katakan di dalam batu tersebut ada tersimpan emas tetapi sebenarnya di dalam batu itu hanyalah batu biasa sahaja.

Yang mana di antara 10 penemuan dunia yang tidak dapat diterangkan ini yang menarik minat anda? Jom komen dan kongsikan dengan kawan-kawan anda ye.

Yang mana di antara 10 penemuan dunia yang tidak dapat diterangkan ini yang menarik perhatian anda? Jom komen dan kongsikan dengan kawan-kawan anda ye.

Share lah dengan kengkawan....
Continue Reading
Advertisement
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Luar Biasa

Advertisement

Follow Relaxlah.my di Facebook

Duit

Tips

Advertisement

Design

Sihat

Advertisement
To Top