20 Teka-Teki Lawak Untuk Uji Minda dan Ceriakan Hari Anda

Share lah dengan kengkawan....

Anda handal dalam menjawan teka-teki? Kalau betul anda ni memang bijak cuba jawab 20 teka-teki lawak ni dalam 10 saat selepas membaca soalan. Kalau anda dapat menjawab soalan teka-teki lawak ni dengan cepat dan tepat, memanglah anda ni hebat! Jom uji minda anda menjawab 20 teka-teki lawak dibawah ni sekarang!

20 Teka-Teki Lawak Untuk Menguji Minda Anda

Bermula dari sekarang!

1. Benda ni kalau dimakan habis, tak makan pun habis. Apakah ia?

Ais

2. Lagi tengok, lagi tinggi. Apakah ia?

Kening

3. Buang isi ambil kulit. Apakah ia?

Tong sampah

4. Jika anda menunggang motorsikal, tiba tiba ada 2 ekor binatang iaitu ular dan biawak melintas maka yang mana satukah dahulu anda akan pijak?

Brek motor

5. Jauh macam ambulan, dekat macam doktor. Siapakah dia?

Nyamuk. Pasal dari jauh dah berbunyi. Bila dah dekat terus suntik.

Baca juga Netizen Ketawakan Patung Kepala Christiano Ronaldo Pada 2017, Sekarang Lihat Apa Pengukir Itu Buat Kali Ini

6. Dalam banyak-banyak ubat, ubat apa yang dicipta bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi membunuh?

Ubat nyamuk.

7. Bila beli kereta apa yang dapat free?

Free Gear.

8. Nampak di bawah tapi cari di atas?

Bumbung bocor.

9. Kotak apa yang tak boleh buka?

Kotak penalti.

10.Yang palsu laku, yang asli tak laku, Apakah itu?

Gigi. Mana ada orang beli gigi asli kan.

Baca juga 16 Cara Lawak Dan Tak Masuk Akal Untuk Selesaikan Masalah Harian Anda

11. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengelakkan topi yang dipakai di kepala jatuh?

Jangan pakai.

12. Apakah jenis payung yang kebanyakan orang bawa semasa hari hujan?

Payung yang basah.

13. Ada berapa bulankah yang mempunyai 28 hari?

Semua bulan.

14. Kalau seorang diri anda berani, jika beramai-ramai anda takut. Apakah itu?

Menyeberangi jambatan yang hendak runtuh.

15. Seorang lelaki keluar pada hari hujan lebat tanpa membawa sesuatu pun untuk melindunginya. Tetapi rambutnya tidak basah. Bagaimana dia melakukan itu?

Dia seorang yang botak.

Baca juga 20 Komik Simple Tapi Lawak Memang Kelakar Tak Ingat Dunia

16. Apakah yang mempunyai 8 mata tetapi tidak boleh melihat?

4 ekor arnab yang buta.

17. Lelaki ini mengunting rambut beberapa kali sehari. Tetapi dia tetap juga memiliki rambut. Siapakah dia??

Tukang gunting rambut.

18.Lembu apa ada sembilan kaki?

Lembu di kaki lima.

19.Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?

Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

20.Menghabiskan masa dilantai atau tanah, tetapi tidak pernah kotor. Siapakah dia?

Bayang-bayang.

Baca juga 30 Gambar Realiti Dunia Sebenar Seakan Watak Filem, Kartun Atau Ikon Popular

Berapa banyak di antara teka-teki lawak ni yang korang dapat jawab dengan cepat dan tepat? Jom kongsikan dengan kawan-kawan korang yek.

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *