Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

Share lah dengan kengkawan....

Memang susah nak dapat duir RM10 ribu kan? Ramai yang nak menyimpan tapi asik tak cukup jer. Tapi tahu tak macam mana dengan hanya RM20, seorang ibu ni boleh simpan duit RM12,600 dalam masa setahun jer!

Bagaimana Hanya Dengan RM20, DIa Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

Seorang ibu bernama Aminahtul Marrdiah ada berkongsi di Facebook bagaimana dia simpan duit RM12,600 dalam masa setahun hanya dengan duir RM20.

Bunyi nampak susah, tapi kalau kita tahu caranya dan buat dengan bersungguh-sungguh dah tentulah boleh buat kan?

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Buktinya, Aminahtul Marrdiah sendiri dah dapat simpan duit RM12,600 dalam masa setahun sebagai duit simpanan anaknya. Jom kita nengok cara nak simpan duit RM12,600 dalam masa setahun dengan RM20 jer!

Cara Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun dengan RM20 Jer!

1. Sediakan botol kuih raya

Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.

2. Berbelanja

Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu.

Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi.

Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan.

3. Masukkan duit dalam tabung

Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol.

Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!

Bagaimana Hanya Dengan RM20, DIa Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun
4. Ulang langkah 1, 2, 3

Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.

5. Kira duit sama-sama

Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan.

Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.

Baca juga 32 Nasihat Penting Dr Hamid Arshad Untuk Hidup Sihat, Ceria dan Bahagia

Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari.

Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah. Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah.

Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!

Kenapa Guna Duit RM20 Untuk Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun?

1. Lebih senang nampak

Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!

Bagaimana Hanya Dengan RM20, DIa Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun
2. Paksa diri suami isteri

Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30.

Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.

Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!

Baca juga 25 Tips Berasaskan Sains Membantu Anda Membesarkan Anak Anda Menjadi Sihat & Ceria

Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.

3. Terjamin jumlah simpanan

Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau.

Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.

Bagaimana Hanya Dengan RM20, DIa Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya.

Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit.

Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.

Baca juga Rahsia Kejayaan Safiey Bergelar Jutawan Seawal 19 Tahun, Miliki Hummer, Audi, Mini Cooper Secara Cash!

Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?

Itulah apa yang dikongsikan Aminahtul Marrdiah untuk simpan duit RM12,600 dalam masa setahun sebagai duit simpanan anaknya. Anda rasa anda boleh buat?

Kongsikan cerita ni dengan kawan-kawan anda yek, mana tahu diorang pun nak simpan duit jugak kan?

Sumber: Facebook Aminahtul Marrdiah


Share lah dengan kengkawan....

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *