16 Perubahan Ibu Mengandung Yang Suami Patut Tahu

Share lah dengan kengkawan....

Ibu mengandung mesti akan mengalami perubahan terutama dari segi fizikal dan mental. Tetapi masih ramai suami sebenarnya tak tahu dan tak memahami apa perubahan yang berlaku pada isteri mereka. Jom kita lihat 16 perubahan ibu mengandung yang suami patut tahu dan faham semasa mengandungkan anak mereka.

16 Perubahan Ibu Mengandung Yang Suami Patut Tahu

1. Perut Isteri Terasa Sendat. Terasa macam nak meletup pun ada. Sudah tentulah akan terasa sendat sebab bayi akan semakin membesar dan memenuhi ruang abdomen ibunya.

Baca juga 11 Pesanan Penting Prof Dr Muhaya Untuk Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

2. Selalu jadik terlebih sensitif. Kalau nengok cerita sedih-sedih tu jangan hairan kalau si isteri mudah menangis pulak.

3. Emosi selalu tak stabil. Pantang kalau si suami atau rakan kat tempat kerja buat hal, rasa nak marah aje! Jangan main-main tau!

4. Terasa nak makan macam-macam. Rase semuanya sedap-sedap. Baby yang nak makan tapi si ibu memang nak makan pun hehehe

5. Asyik rasa panas aje. Mesti nak minum air sejuk. Mesti asyik nak pasang aircond lama-lama. Yang tak tahan sejuk tu baik pakai sweater je lah…

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

6. Tangan dan kaki dua-dua rasa membengkak. Kadang-kadang tak boleh jalan lama sangat sebab kaki rase nak cramp pulak. Jadi si suami tolonglah urutkan yek, ahaks…

7. Mula-mula rasa baby bergerak macam best sangat. Bila baby dah bersilat dalam perut , mommy pun mana boleh tahan rasa nak bersilat jugak. Haishhhh!

8. Jangan lah suruh pakai kasut bertali atau yang sempit-sempit tu. Memang tak sampai pun tangan ke kaki kalau nak pakai. Pakai sandal longgar dah cukup…. Jalan!

9. Kalau jalan-jalan jauh jangan pergi tempat yang takde toilet tau. Setiap satu jam ke gitu mesti nak ke toilet je kerjanya….

Baca juga 29 Tips Mengurus Anak Yang Ibu Bapa Mesti Tahu

10. Kalau nak tidur, rasa macam nak tidur atas awan. Sebab tu kena letak bantak banyak-banyak, baru selesa…

11. Makin membesar perut tu makin berat pulak nak berjalan. Rasa nak duduk rumah nengok tv, drama, movie, cerita korea jek banyak-banyak. Makan pun delivery jek senang. Bersarang kat rumah kan best?

12. Kalau tetiba kunci jatuh memang azab jugaklah nak ambil balik. Anggap je macam dah hilang. Jadi si suami tolong lah ambilkan yek. Hihihihi

13. Kalau jumpa orang ke saudara ke kawan ke, mesti ada yang sebuk nak pegang perut nak rasa baby kicking. Rimaslah nak layan. Kalau nak rase baby kicking pergi lah pregnant sendiri!

Baca juga 28 Gambar Kreatif Dari Seorang Ibu Yang Menjadikan Anaknya Watak Fantasi

14. Bila mengandung memang nak makan macam-macam. Tapi selalunya tak habis. Jadik suamilah yang habiskan makanan. Dah perut suami pun membesar cam si isteri jugak. Comelkan?

15. Nak pergi jalan-jalan? Dah lah badan makin berat nak jalan pun tak larat. Apatah lagi nak bawak barang banyak-banyak kan? Nasib baik suami ada. Abang boleh tolong bawak kan?

16. Bila dah nak sampai due nak bersalin, memang pening nak memikirkan nama baby. Kejap-kejap nak tukar nama itulah inilah. Celah-celah tu ada pulak orang lain nak bagikan nama. Huishhh! pening…. pening….

Haaa… suami-suami dah faham apa perubahan ibu mengandung? Kalau dah tahu, kenalah buat apa yang patut kan? Suamilah yang banyak kena buat kerja rumah semasa si isteri mengandung. Kalau macam ni, barulah si isteri sayang dan tak stress masa mengandung kan?

Baca juga 12 Senarai Ubat Yang Anda Mesti Bawa Bila Pergi Berjalan-jalan Bersama Keluarga

Jom kongsikan 16 perubahan ibu mengandung yang suami kawan-kawan anda patut tahu ni kepada diorang.

Sumber : kosongkaos


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *