Video Mengejutkan! Perbezaan Paru-Paru Perokok Setelah 20 Tahun Merokok

Share lah dengan kengkawan....

Semua tahu yang merokok itu memang tidak baik untuk kesihatan. Tetapi mengapa masih ramai juga yang tidak berhenti merokok? Video ini mendedahkan perbezaan paru-paru perokok setelah 20 tahun merokok!

Video Mengejutkan! Perbezaan Paru-Paru Perokok Setelah 20 Tahun Merokok

Seorang jururawat bernama Amanda Eller, dari North Carolina telah membuat pendedahan tentang perbezaan paru-paru perokok setelah merokok 20 tahun berbanding paru-paru yang sihat.

Video itu sangat mengejutkan ramai orang yang tidak tahu tentang paru-paru yang sihat dan yang rosak. Ramai netizen yang melihat video itu baru faham kerosakan yang berlaku akibat bahan kimia di dalam rokok.

Baca juga 5 Sebab Menakutkan, Kenapa Anda Tidak Boleh Lagi Duduk Dengan Silang Kaki

Perbezaan paru-paru perokok setelah 20 tahun merokok dengan paru-paru sihat

Video Mengejutkan! Perbezaan Paru-Paru Perokok Setelah 20 Tahun Merokok

Paru-paru yang sihat kelihatan merah dan berdarah. Tetapi paru-paru yang rosak akibat 20 tahun terdedah dengan bahan kimia rokok kelihatan hitam.

Apabila berlaku proses pernafasan, paru-paru sihat dapat mengembang dengan penuh semasa proses tarik nafas dan kembali ke bentuk asalnya secara perlahan semasa hembusan nafas. Ini disebabkan paru-paru yang sihat masih elastik dan mudah lentur ke bentuk asal.

Video Mengejutkan! Perbezaan Paru-Paru Perokok Setelah 20 Tahun Merokok

Paru-paru perokok pula kelihatan mengeras dan tidak dapat mengembang dengan penuh semasa proses tarik nafas. Semasa proses hembus nafas pula, paru-paru yang rosak ini dengan cepat terus ke bentuk asal.

Ini kerana paru-paru yang rosak telah hilang daya elastik yang diperlukan untuk menyimpan udara semasa proses pernafasan.

Baca juga 5 Perkara Buruk Boleh Berlaku jika Anda Buang Air Besar secara Duduk. (Video)

Video Mengejutkan! Perbezaan Paru-Paru Perokok Setelah 20 Tahun Merokok

Paru-paru yang rosak ini seperti getah yang telah kelas dan tidak mampu mengembang sepenuhnya.

Akibatnya pernafasan tidak berlaku dengan sekata. Udara tidak dapat disimpan dengan kadar yang sepatutnya. Nafas pula menjadi sempit dan singkat.

Sebab itu mereka yang memiliki paru-paru yang rosak sebegini akan mudah susah nafas. Ini menyebabkan risiko kematian berlaku 3 kali lebih cepat dari mereka yang sihat.

Baca juga Apa Yang Anda Perlu Ambil Sebelum, Semasa Dan Selepas Senaman?

Memang patut la fatwa kata merokok itu haram. Kalau merokok tu merosakkan kesihatan dan menyebabkan kita sakit, kan lebih baik dibuang jauh-jauh.

Apa pandangan anda bila melihat video perbezaan paru-paru perokok setelah 20 tahun merokok dengan paru-paru yang sihat? Kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan anda yang merokok tu yek.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *