Nasihat Ulama’ dan Ustaz Terkenal Sempena Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018

Share lah dengan kengkawan....

Sempena Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018 yang akan datang ini, banyak pihak ada pandangan masing-masing tentang parti politik yang mereka mahu pilih.

Tapi tak salah juga kan kalau kita dengar apa kata ulama’ dan ustaz terkenal tentang Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018. Mungkin pandangan mereka ini ada asasnya.

Nasihat Ulama' dan Ustaz Terkenal Sempena Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018

Maklumlah mereka kan ada ilmu pengetahuan yang berlandasankan Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah pegangan yang penting dibuat panduan kita sebagai umat Islam kan?

Jom kita teliti apa nasihat dan kata-kata dari ulama’ dan ustaz terkenal tentang Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018 kali ini.

Nasihat Ulama’ dan Ustaz Terkenal Sempena Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018

1. Dato’ Ustaz Dr. Abu Anas Madani

Dato’ Ustaz Dr. Abu Anas Madani memang salah seorang ustaz yang tidak asing di Malaysia. Dato’ Dr Abdul Basit kini menerajui Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian yang diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman sejak tahun 1958.

Beliau juga yang turut dikenali sebagai Dato’ Dr. Abdul Basit merupakan seorang yang aktif dalam bidang dakwah melalui penulisan, kuliah-kuliah, dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar, selain muncul dalam rancangan keagamaan di TV.

Beliau menasihati agar rakyat Malaysia sentiasa berpegang dengan ajaran Islam walaupun berbeza dari pilihan pemikiran politik.

Baca juga 32 Nasihat Penting Dr Hamid Arshad Untuk Hidup Sihat, Ceria dan Bahagia

Jangan sebuklah nak berkelahi sebab kita semuanya manusia yang akan ditanya juga tanggungjawab diri sendiri dalam menjaga perhubungan dengan sesama manusia.

Kita mestilah menjaga tingkah laku dan berusaha menjaga hati dan silaturrahim agar kita sesama umat Islam tidak bergaduh dan berpecah belah.

Yang penting kita menjaga adab, akhlak untuk kepentingan ukhwah sesama kita dan jangan sekali-kali cuba meruntuhkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama umat Islam.

Dato’ Dr. Abdul Basit juga mengingatkan agar calon-calon pemimpin tidak menabur janji-janji kosong kepada rakyat kerana setiap janji itu akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah S.W.T

2. Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA juga ada memberi nasihat sempena Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018 ini.

Beliau yang juga Mufti Perlis menekankan kalau nak buat pilihan tu mesti berlaku adil. Kalau yang salah jangan disetuju. Kalau sesuatu benda tu betul walaupun kita tak suka pun mesti pilih untuk menegakkan keadilan.

Tambahnya lagi, bila sampai musim pilihan raya macam-macam cerita pasal parti politik menentang parti politik yang lain. Ntah betul ke fitnah ke kita pun tak tahu kan? Jadi mesti pastikan betul-betul berita yang kita dengar tu ada asas ke atau sekadar cerita bohong je.

Baca juga 4 Pengajaran Penting Daripada Filem Bujang Lapok Arahan P. Ramlee

Selain tu jangan lah pulak kita suka nak cakap hal peribadi orang lain, termasuk pemimpin atau orang-orang politik yang berkaitan. Kalau perkara buruk seseorang tu adalah bersifat peribadi, itu urusan orang tu dengan Allah. Sebaiknya elakkan lah nak bercakap pasal hal keburukan peribadi orang lain sebab hal keburukan peribadi kita pun banyak jugak.

Sebagai rakyat yang nak memilih pemimpim pada Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018 ini juga, kita kena kenallah siapa calon-calon yang bertanding pada kawasan kita buang undi nanti. Sekurang-kurangnya kita tahu kemampuan pemimpin yang kita pilih itu boleh menjadi pemimpin yang baik untuk rakyat.

3. Ustaz Nouman Ali Khan

Ustaz Nouman Ali Khan merupakan seorang penceramah Islam yang terkenal di Amarika yang berasal dari Pakistan. Beliau juga merupakan pengasas kepada Institut Bayyinah (The Bayyinah Institute for Arabic and Qur’anic) yang berpusat di Amarika Syarikat.

Pandangan beliau sebagai panduan untuk Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018 ini, adlah tidak memilih parti mengikut parti islamik atau tidak, tidak juga memilih berdasarkan calonnya.

Tetapi memilihlah calon pemimpin yang baik untuk rakyat secara keseluruhannya. Yang bertanggungjawab dan bagus untuk negara secara keseluruhannya.

Tak semestinya memilih mengikut Islam kerana ada negara bukan Islam yang lebih Islam dari negara Islam sendiri. Ada juga yang  Negara Islam yang tidak seperti Negara Islam yang sepatutnya.

Baca juga 11 Pesanan Penting Prof Dr Muhaya Untuk Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Tetapi pemilihan calon pemimpin itu mesti berprinsipkan ajaran Islam seperti menegakkan keadilan, Ketelusan, menjaga hak sesama insan dan sebagainya.

Jika dilihat sejarah pemerintahan Islam di Cordova Spanyol, masyarakat di masa itu hidup berbilang bangsa dan agama di bawah pemerintahan Islam tetapi tiada cerita kedai makan mesti ditutup pada bulan Ramadhan, Kedai arak mesti dibakar, wanita semuanya mesti bertudung dan sebagainya.

Pilih lah calon semasa Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018 ini berdasarkan maklumat yang tepat sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk kepentingan rakyat.

4. Ustaz Dato Kazim Elias

Siapa tak kenal dengan Ustaz Dato Kazim Elias kan? Seorang penceramah bebas yang terkenal di Malaysia dengan gaya ceramah berlagunya dan bergurau senda.

Beliau yang juga merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah di Kg Manjoi, Ipoh, Perak menasihatkan, sempena Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018 ini rakyat perlu memilih calon dengan berhati-hati.

Ustaz Dato Kazim Elias banyak mengaitkan cerita dari arahan P. Ramlee dengan masalah masyarakat kita hari ini. Banyak cerita dari filem P. Ramlee yang memberi nasihat kepada kita, termasuk dari segi budi bahasa, peribadi, hormat menghormati dan sebagainya.

Baca juga 25 Tips Berasaskan Sains Membantu Anda Membesarkan Anak Anda Menjadi Sihat & Ceria

Masyarakat kita jugak tak lari dari bergaduh dan irihati disebabkan pemahaman politik yang berbeza. Sebenarnya filem Ali Baba Bujang Lapok juga ada menasihatkan kita tentang masalah politik.

P. Ramlee nak bagitau kalau kita silap memangkah undi semasa Pilihanraya PRU14 Malaysia 2018 nanti, kita akan dapat ‘taik’! Sebab tu kita kena bijak memilih calon pemimpin untuk masyarakat dan negara Malaysia kita.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan ustaz-ustaz nih. Tapi sebagai rakyat biasa, ini boleh dijadikan panduan untuk kebaikan kita semua. Apa kata anda kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan yek dan tanya pendapat diorang plak.

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *