Nasihat Penting Jack Ma Mengikut Peringkat Umur Anda Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan Berjaya Lebih Cepat

Share lah dengan kengkawan....

Jack Ma seorang yang terkenal kerana kekayaannya dari bisnes AliBaba memang tak asing lagi pada semua. Tapi perjalanan untuk berjaya seperti memang tidak mudah. Jika anda mahu menjadi usahawan berjaya seperti Jack Ma, fahamkan nasihat penting Jack Ma kepada anda yang mahu menjadi usahawan berjaya ini.

Dunia perniagaan memang tidak mudah. Apatah lagi bagi orang yang baru menceburi bidang perniagaan.

Nasihat Penting Jack Ma Mengikut Peringkat Umur Anda Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan Berjaya Lebih Cepat

Tetapi kalau anda bersungguh-sungguh ingin menjadi usahawan berjaya, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.

Mengikut Jack Ma, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan mengikut umur anda untuk menjadi usahawan berjaya.

Perkara-perkara ini dinasihatkan mengikut peringkat umur kerana umur memainkan peranan penting juga dalam proses mempelajari ilmu perniagaan dan usahawan.

Jom kita ikuti apa nasihat penting Jack Ma kepada anda yang mahu menjadi usahawan berjaya

Nasihat Penting Jack Ma Kepada Anda Yang Mahu Menjadi Usahawan Berjaya

Umur sebelum 20

Nasihat Penting Jack Ma Mengikut Peringkat Umur Anda Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan Berjaya Lebih Cepat

Waktu ini, anda memang sangat muda dalam dunia perniagaan. Mungkin banyak sangat yang anda tak tahu pun pasal berniaga ni.

Jadilah murid yang baik. Sentiasa memberi perhatian kepada guru dan belajar sebanyaknya

Jadi sebab banyak tak tahu tu, anda mesti menjadi murid yang bagus. Sentiasa memberi perhatian kepada guru dan belajar sebanyaknya walaupun pengalaman anda sedikit.

Kerana ilmu itu akan banyak membantu anda diperingkat seterusnya.

Baca juga 10 Rahsia Kejayaan Jack Ma, Pengasas Ali Baba Yang Anda Mesti Tahu Untuk Berjaya

Umur 20 hingga 30 tahun

Nasihat Penting Jack Ma Mengikut Peringkat Umur Anda Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan Berjaya Lebih Cepat

Jika anda berumur sebelum 30 tahun, anda masih muda dan bertenaga. Sudah tentu anda bersemangat nak belajar macam-macam dalam dunia perniagaan ini.

Umur di peringkat ini paling sesuai belajar banyak ilmu perniagaan dan mempraktikkannya. Jangan bimbang jika anda buat kesalahan.

Kerana setiap kesalahan itu akan memberi banyak manfaat dan boleh menjadi keuntungan pulak jika anda dapat memperbaikinya dengan lebih baik.

Apa yang penting bukan syarikat mana yang anda bekerja tetapi adakah anda belajar dari bos yang bagus?

Anda juga perlu mencari seorang yang boleh menjadi mentor yang berjaya untuk menjadi sebagai guru anda.

Pilihlah bekerja di syarikat yang kecil tapi berjaya dan belajar dari tokeynya. Ini lebih baik kerana anda akan belajar banyak perkara dari setiap bahagian dalam urusan perniagaan syarikat itu.

Seperti proses perniagaan dari awal hingga akhhir, cara menyiapkan banyak kerja dalam masa yang singkat, cara mengurus perbelanjaan dan staff, cara mengekalkan semangat dan impian dan sebagainya.

Jadi anda akan tahu semua la kan?

Jack Ma juga tak menggalakkan anda belajar dari syarikat yang terlalu besar kerana anda tidak boleh belajar tentang semua bidang kerana anda akan ditempatkan di satu bahagian sahaja dari proses perniagaan itu.

Jadi apa yang penting bukan syarikat mana yang anda bekerja tetapi adakah anda belajar dari bos yang bagus?

Umur 30 hingga 40 tahun

Nasihat Penting Jack Ma Mengikut Peringkat Umur Anda Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan Berjaya Lebih Cepat

Pada peringkat umur ini, nasihat penting Jack Ma kepada anda ialah anda perlu berhati-hati dalam memilih kerjaya anda. Pilihan yang salah akan memberi kesan buruk pada masa hadapan.

Jika anda ingin menjadi usahawan yang berjaya, anda perlu mula bekerja sendiri dan uruskan perniagaan atau syarikat anda sendiri.

anda perlu berhati-hati dalam memilih kerjaya anda. Pilihan yang salah akan memberi kesan buruk pada masa hadapan.

Anda akan lebih berjaya begini berbanding anda masih berkerja dengan orang lain.

Kalau masih bekerja dengan orang lain, anda tak boleh lah jadi bos kan?

Baca juga Rahsia Kejayaan Safiey Bergelar Jutawan Seawal 19 Tahun, Miliki Hummer, Audi, Mini Cooper Secara Cash!

Umur 40 hingga 50 tahun

Nasihat Penting Jack Ma Mengikut Peringkat Umur Anda Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan Berjaya Lebih Cepat

Anda yang berumur 40 hingga 50 tahun di adalah dikalangan orang yang terlambat sedikit untuk bermula dari awal untuk pelajari semua tentang perniagaan.

Paling penting, anda perlu tahu kekuatan diri anda. Jika anda tidak melakukan perniagaan mengikut kekuatan diri anda, anda sebenarnya berisiko tingi…

Fokus kepada kekuatan anda dan tingkatkan kekuatan anda itu.

Berisiko tinggi untuk gagal kerana anda tidak melakukan perkara mengikut perkara yang anda tahu dan mahir tentang sesuatu.

Fokus kepada kekuatan anda dan tingkatkan kekuatan anda itu.

Umur 50 hingga 60 tahun.

Nasihat Penting Jack Ma Mengikut Peringkat Umur Anda Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan Berjaya Lebih Cepat

Anda pada peringkat ini sudah mula mempunyai kelemahan. Bukan kelemahan apa, tetapi kelemahan berbanding orang muda hanya kerana faktor usia.

Orang muda jauh mempunyai semangat yang kuat dan tenaga yang kuat berbanding anda.

jangan pandang remeh dengan orang muda tetapi jadikan mereka rakan untuk memajukan perniagaan anda

Jadi bekerjalah dengan orang muda yang boleh berkerjasama dengan anda dalam memajukan perniagaan anda.

Banyak pekerjaan yang anda dapat selesaikan dengan bekerjasama dengan orang muda yang mempunyai misi dan visi yang sama untuk berjaya.

Jadi jangan pandang remeh dengan orang muda tetapi jadikan mereka rakan untuk memajukan perniagaan anda.

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Umur 60 tahun ke atas.

Nasihat Penting Jack Ma Mengikut Peringkat Umur Anda Jika Anda Mahu Menjadi Usahawan Berjaya Lebih Cepat

Nasihat penting Jack Ma kepada anda yang berumur 60 tahun dan keatas ialah, fikir tentang diri anda, kehendak anda dan kehidupan anda.

Anda hanya perlu nikmati hidup anda sepenuhnya

Kerana pada umur ini agak terlambat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan sesuatu yang berubah sangat pantas seperti teknologi zaman sekarang.

Anda hanya perlu nikmati hidup anda sepenuhnya kerana ini mungkin waktu  yang anda ada sebelum anda meninggalkan dunia ini.

Baca juga Kisah Remaja Gamer Berubah Menjadi Billionair Termuda Thailand (Video)

Ikuti kisah jatuh bangun Jack Ma sebelum dia menjadi seorang billionaire di China ini. Cerita ini banyak memberi inspirasi kepada anda yang mahu bergelar usahawan berjaya.

Yang mana di antara nasihat penting Jack Ma yang anda sudah lakukan? Jom kongsikan nasihat penting Jack Ma kepada kawan-kawan anda yang ingin berjaya juga sebagai usahawan.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *