Netizen Kagum Dengan Ayah Ini Dengan Mudahnya Mendisiplinkan Anaknya Berumur 5 Tahun Menabung Sendiri

Share lah dengan kengkawan....

Sebagai ibu bapa memang tak sah kalau anak-anak tak minta mainan kan. Tapi ada seorang ayah ni berkongsi di Facebook bagaimana mendidik anak-anak menabung. Hasil perkongsiannya, netizen kagum dengan ayah ini dengan mudahnya mendisiplinkan anaknya berumur 5 tahun menabung sendiri!

Netizen Kagum Dengan Ayah Ini Dengan Mudahnya Mendisiplinkan Anaknya Berumur 5 Tahun Menabung Sendiri

Seorang ayah bernama Najib Mohamed berkongsi dengan paca netizen bagaimana dia mendidik dua orang anaknya menabung sendiri untuk membeli mainan kesukaan masing-masing.

Tetapi Najib bukan macam kebanyakkan ayah. Kalau ayah lain mungkin belikan sahaja mainan yang diminta oleh anak masing-masing kan?

Tetapi Najib ada pendirian sendiri dalam isu belikan mainan untuk anak-anak ini.

Dia mahukan anak-anak faham tentang pentingnya duit di simpan dengan tujuan yang baik. Dalam masa yang sama dia juga inginkan anak-anaknya berdisiplin dan mematuhi suruhan kedua ibu bapa.

Bunyi macam remeh sahaja kan?

Baca juga 25 Tips Berasaskan Sains Membantu Anda Membesarkan Anak Anda Menjadi Sihat & Ceria

Tapi apa yang ditunjukkan oleh Najib ini memang suatu yang bagus dijadikan teladan dalam mendidik anak-anak kita.

Jom kita baca sendiri apa yang dikongsikan Najib di facebook menyebabkan netizen kagum dengan ayah ini dengan mudahnya mendisplinkan anaknye berumur 5 tahun menabung sendiri!

Netizen Kagum Dengan Ayah Ini Dengan Mudahnya Mendisiplinkan Anaknya Berumur 5 Tahun Menabung Sendiri

Bagaimana Ayah Ini Dengan Mudahnya Mendisiplinkan Anaknya Berumur 5 Tahun Menabung Sendiri

CABARAN RM39.90 BERJAYA!!

Memandangkan anak-anak dah 5 & 6 tahun, barulah boleh bagi training mengenai kewangan, tabiat menyimpan, ilmu hisab.

Cabaran ini bermula sejak awal bulan Mac. Mereka nak beli set Lego ninjago. Secara spontan, saya cakap, “kali ini daddy tak nak belikan. Abang and aaqil kene beli sendiri.”

Muka masing-masing terkesima. Kalau tak, bajet sure approve punye kalau nak beli lego. Maklumlah, bila cikgu tanya, ayah kerja apa, mereka boleh jawab, daddy saya buat duit. erk!

1. Biar anak-anak tanya sendiri harga mainan tersebut

Saya suruh mereka tanya abang jaga kedai lego tu, berapa harga set lego itu. Mula-mula takut, tak nak pergi. Tapi, saya cakap, takde orang nak marah pun kalau mereka tanya.

Mereka berdua memberanikan diri bertanya. Saya memerhatikan dari jauh.

Netizen Kagum Dengan Ayah Ini Dengan Mudahnya Mendisiplinkan Anaknya Berumur 5 Tahun Menabung Sendiri
2. Ajar anak-anak kumpul duit dengan menabung di ‘tabung mainan’

Selepas berpuas hati dengan penerangan abang tu, terus mereka menerpa saya. Nak beli kena ada RM40, kata mereka.

Ok, mulai saat ini abang dan aaqil kena kumpul duit. Buat satu tabung lagi. Tabung untuk beli mainan. Mereka menggangguk. Dan keluar dari kedai.

Baca juga 11 Pesanan Penting Prof Dr Muhaya Untuk Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

3. Berikan anak-anak reward jika mengikut arahan dan menjaga kelakuan. Upahnya satu ringgit satu hari.

Sampai di rumah, saya beritahu, jika mereka behave dan jadi anak soleh, saya berikan seringgit sehari. Tugasan yang mudah; senang kejut pagi, makan bfast habis, buat homework, tidur bilik masing-masing, kemas mainan, tolong mummy.

Mula-mula mereka buat semata-mata seringgit. Tapi bila dah kelamaan dah jadi kebiasaan, sampai lupa nak minta seringgit pun sebelum tidur.

Netizen Kagum Dengan Ayah Ini Dengan Mudahnya Mendisiplinkan Anaknya Berumur 5 Tahun Menabung Sendiri
4. Ajar anak-anak menyusun dan mengira duit

Mereka sentiasa mengira duit dalam tabung mainan mereka. Saya ajar mereka bagaimana untuk susun duit, kira duit.

5. Ingatkan anak-anak supaya tetap pada matlamat

Tahan kehendak lain. Maklum lah perangai budak, semua mainan mereka nak. Saya akan cuba setkan balik matlamat mereka on track. Jadi, mereka dah dapat tahan hampir 3 bulan daripada beli mainan lain.

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

6. Biar anak-anak bayar sendiri bila beli mainan itu

Netizen Kagum Dengan Ayah Ini Dengan Mudahnya Mendisiplinkan Anaknya Berumur 5 Tahun Menabung Sendiri
Minggu lepas, duit tabungan mereka sudah mencukupi. Bukan main suka lagi mereka, tak sabar-sabar nak pergi kedai lego. Semalam, pagi lagi mereka sudah keluarkan duit tabung masing-masing dan berikan pada saya.

Setelah selesai beberapa urusan, sempat singgah kedai lego untuk melunaskan janji. Pembelian mainan kali ini amat mudah. Kerana mereka sudah ada matlamat. Masuk kedai. Terus ambil set lego idaman.

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

Saya berikan duit dan suruh mereka buat pembayaran sendiri, dua beradik. Kali ini, langsung tak gugup, adalah sikit keberanian. Sukanya mereka bukan main. Kepuasan nampak di wajah mereka.

On the way balik, si abang kata, lepas ini nak kumpul duit, nak beli kereta control pula. Dalam hati saya, Alhamdulillah, jimat duit saya 🙂

Sumber Facebook Najib Mohamed

Memang hebat cara bagaimana Najib mendisiplinkan anaknya berumur 5 tahun menabung sendiri. Mungkin kita pula boleh mendidik anak-anak kita menabung untuk keperluan sindiri.

Macam mana tidak netizen kagum dengan ayah ini dengan mudahnya mendisiplinkan anaknya berumur 5 tahun menabung sendiri?

Anda lihatlah sendiri berapa banyak komen dan share yang Najib dapat. 7527 share tuuu! Memang suatu yang patut kita contohi dan cuba amalkan.

Kongsikan kisah ayah ini yang berjaya mendisiplinkan anaknya berumur 5 tahun menabung sendiri dengan kawan-kawan anda yek.


Share lah dengan kengkawan....

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *