Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah…

Share lah dengan kengkawan....

Kesusahan sebagai seorang pelajar universiti memang banyak. Lagi-lagi kalau bab duit, asik tak cukup aje walaupun dah ada biasiswa. Tapi siswazah ini boleh melancong 18 kali hingga ke luar negara walaupun masih belajar di universiti!

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Sebenarnya apa rahsia siswazah ini sehingga boleh melancong 18 kali hingga ke luar negara ni? Dah tu dia masih belajar kat universiti lagi kan?

Izzat Zaid  memang suka melancong sejak dari tahun pertama di universitinya. Kali pertama melancong semasa belajar di universiti itu dia ke Singapura selepas dijemput kawannya dari Singapura.

Memang seronok belajar di universiti antarabangsa sebab dapat ramai kawan dari luar negara.

Baca juga 7 Tempat Perlancongan Luar Biasa Yang Anda Patut Cuba Di Malaysia

Dia ke Singapura bersama dua lagi rakan seuniversitinya. Memang seronok dapat melancong negara orang ni walaupun jiran negara je.

Balik je dari trip ke Singapura tu, dia semakin minat dengan melancong. Makin menjadi-jadi pulak niat die nak melancong ke negara lain pulak.

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Tapi sebagai pelajar universiti manalah ada duit banyak walaupun ada biasiswa. Kalau nak melancong secara backpacking punj mesti nak guna duit beratus-ratus kalau nak melancong.

Bila dia fikir-fikir, masa muda ini lah masa paling sesuai untuk dia melancong masa cuti semester bersama-sama kawan-kawan. Cuma dia perlu fikirkan cara nak simpan duit untuk melancong tu.

Izzat Zaid bukan lah datang dari keluarga berada. Tapi dia sedar yang dia perlu bijak mencari dan mengumpul duit untuk minat melancongnya itu.

Rahsia Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti Adalah…

1. Jual kerepek

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Izzat Zaid bermula dengan menjual kerepek dahulu. Dia beli banyak kerepek secara borong, pastu dimasukkan dalam plastik kerepek yang kecil. Semuanya dijual dengan RM1 je.

Dia letakkan kerepek-kerepek tu di dalam kotak di dalam surau asrama bersama tabung duit untuk mengumpul bayaran.

Selepas dua hari, dia dapat mengutip duit hasil jualan kerepek tu dan tambah lagi stok kerepek untuk jualan seterusnya.

Senang je kan?

Ada juga orang ambil kerepek dan tak bayar. Jadi kenalah letak di tempat yang orang-orangnya jujur.

Hasilnya: RM20-RM50 sebulan.

2. Khidmat printing atau fotokopi

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Izzat Zaid memang ada beli printer untuk kegunaan assignmentnya. Tapi bila difikirkan, printer tu berharga RM300!

Dia pun dapat idea macam mana nak dapatkan balik RM300 tu. Dengan bagi khidmat printing kepada rakan-rakan universitinya, dia dapat juga mengumpul semula duit kos membeli printer tu.

Ramai juga pelajar lain datang menggunakan khidmat printingnya sebab kedai fotokopi tutup pada waktu malam, dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Lagi pun dekat jer sebab khidmat printingnya di bilik hostel.

Awalnya ada risiko komputernya  kena virus. Tapi dia biasakan untuk scan virus dulu sebelum buat printing tu. Alhamdulillah setakat 3 tahun buat servis printing, laptopnya belum pernah terkena virus.

Hasilnya: RM20-RM50 sebulan.

Baca juga 25 Tempat Di Dunia Yang Anda Tak Percaya Menakjubkan Jika Dilihat

3. Kerja part time di Petrosains

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Izzat sebenarnya dah pernah bekerja di Petrosains sejak habis matrikulasi. Yang seronoknya ialah waktu kerjanya flexible. Sebelum masuk universiti pun dia dah bekerja di situ 2 hingga 3 bulan semasa cuti.

Bila dah masuk universiti tu, dia cuma berkerja pada hari sabtu, ahad atau ketika cuti semester. Sehari kerja dibayar RM40.

Yang bahayanya berkerja di Petrosains ni, dia rasa nak kerja hari-hari di situ dan tak nak pergi kelas, sebab suasana kerja Petrosains yang best sangat!

Tapi dia tahulah tanggungjawab dia sebagai pelajar kan?

Hasilnya: RM100-RM300 sebulan.

4. Kerja part time di syarikat konsultan

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Selain bekerja di Petrosains, Izzat juga bekerja part time juga di syarikat konsultan. Dia datang bekerja apabila diperlukan.

Kebanyakannya kerja logistik, yang melibatkan urusan barangan yang melibatkan perjalanan urusan operasi.

Yang bestnya, dia dapat belajar sambil bekerja.

Kalau syarikat lain bayar mahal-mahal untuk belajar “Presentation Skill Course”, tapi dia dibayar pula untuk pergi belajar tu. Best kan?

Tapi kadang kala kalau bekerja macam ni tak cukup tidur pulak jadinya.

Hasilnya: RM100-RM200 per event.

5. Jadi fasilitator di kem anjuran universiti

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Izzat juga berpengalaman menjadi fasilitator untuk kem-kem yang dianjurkan oleh UIA. Dia memang dilantik sebagai fasilitator selepas lulus interview.

Setiap semester dia ikut sertai kem-kem yang dianjurkan universiti. Kadang kala hingga 2 atau 3 kali kem tu dibuat.

Yang bestnya, dia dapat pergi ke resort, pantai dan kawasan peraginan di mana lokasi kem-kem tu dianjurkan. Semuanya dibayar oleh pihak universiti. Seronoklah dapat melancong lagi!

Hasilnya:  RM50 setiap kem.

Baca juga 20 Tempat Unik Dan Pelik Serata Dunia Yang Anda Tidak Terfikir & Tidak Pernah Lihat

6. Jual kuih raya

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Bila tiba bulan Ramadan pulak, Izzat ambil peluang untuk menjual kuih raya. Biasanya waktu bulan puasa adalah cuti semester.

Jadi, dari bosan duduk kat rumah je, dia pun jual kuih raya kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Alhamdulillah ada juga yang membelinya.

Hasilnya: RM200-RM300.

7. Jual nota belajar

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Di universitinya, Izzat banyak buat peta minda untuk subjek-subjek yang dia belajar. Jadi dia dapat ilham untuk kongsikan nota peta minda tu dengan junior-junior yang lain.

Dia buat copy notanya sendiri dan jual setiap copy kepada sesiapa yang nak beli. Alhamdulillah, dalam 6 semester dia buat jualan ni, dan hasilnya sangat positif, untuk pelajar-pelajar lain, dan untuk bisnes printingnya.

Tapi risikonya, ada lah orang lain yang nak cetak rompak nota peta minda dia tu…hmmm.

Hasilnya: RM100-RM500 sebulan.

8. Mewakil sukan universiti

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Izzat memang minat bersukan sebab memang minatnya dan salah satu cara dia dapat sihatkan tubuh badan.

Memang best kalau dapat bermain sukan ni. Bila dah wakil sukan universiti dapatlah baju free, dapat makan free, dapat jalan-jalan dan dapat elaun lagi.

Seronok kan?

Tapi macam biasalah, kalau main sukan ni boleh cedera sampai dia pernah masuk hospital dan ambil masa 3 bulan nak pulih kecederaan tu.

Hasilnya: RM60-RM80 per tournament.

Baca juga 12 Senarai Ubat Yang Anda Mesti Bawa Bila Pergi Berjalan-jalan Bersama Keluarga

9. Jual T- Shirt My Travel

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Bila dah ada pengalaman melancong, antara masalah utama adalah bila datang ke negara yang tak pandai cakap bahasa inggeris. Memang mencabar!

Bila baca tips yang orang suka melancong ni buat, ada yang pakai t-shirt  melancong nih. Dari situ dia membuat t-shirt travel versinya sendiri.

Tapi dia ubah sikit design tshirt pelancong tu untuk memudahkan pelancong muslim mencari tempat solat dan restoran makanan halal.

Alhamdulillah, keluarga dan kawan-kawannya  semua menyokong dan membeli t-shirt pelancong rekaannya. Izzat berasa senang dapat membantu pelancong muslim sepertinya dengan rekaan t-shirtnya itu.

Hasilnya: RM50-RM200 sebulan.

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Ada banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mengumpul duit simpanan ni. Boleh juga kumpul duit simpanan dengan jual servis sewa kereta, jual tudung, part-time catering, jaga butik dan banyak lagi.

Ada yang boleh kumpul duit simpanan sampai beribu-ribu!

Yang penting juga adalah cara mengawal perbelanjaan. Jangan lah pulak bila dah dapat duit banyak ni nak habiskan terus dengan bershopping dan sebagainya.

Kalau dah berjoli sakan, macam mana nak melancong 18 kali hingga ke luar negara kan?

Izzat pun ada nasihatkan, kurangkan lah keluar lepak di shopping mall, tengok wayang, makan di kafe hipster dan shopping untuk menyimpan duit tu.

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Bila banyak sertai aktiviti sebagai fasilitator, sukarelawan, wakil sukan universiti dan sebagainya, dia tak perlu pun nak belanjakan duit untuk makan minum. Sebaliknya dibayar lagi untuk aktiviti tu.

Nak jimat lagi, selalulah survey tiket penerbangan yang murah sesuai pada tarikh kita nak melancong tu.

Sebab itu kena susun awal-awal perjalanan nak melancong tu. Barulah boleh jimat duit dan dapat melancong lebih banyak tempat di lain kali.

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

Alhamdulillah selama 4 tahun belajar di UIA dan setelah berjaya menyimpan duit, Izzat  dapat melancong 18 kali hingga ke luar negara termasuk tempat melancong impiannya iaitu Scotland!

Jom kita lihat di antara tempat-tempat yang Izzat pergi melancong 18 kali hingga ke luar negara ni…

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...
Wahhh! seronok dapar melancong luar negara!

Izzat berharap, perkongsiannya dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk kawan-kawan yang masih belajar dan ingin mencari pengalaman mengembara atas bumi Allah yang luas ni.

Seronok kan kalau kita dapat melancong 18 kali hingga ke luar negara macam Izzat ni? Lagi-lagi masa muda-muda ni.

Sebenarnya apa yang Izzat kongsikan ini memang suatu yang bagus untuk pelajar-pelajar dan sesiapa sahaja.

Dengan usaha yang baik, teruskan berikhtiar dan akhirnya bertawakal kepada Allah. Asalkan niatnya baik setiap kali nak travel tu, Insya Allah urusan nak melancong tu Allah permudahkan.

Siswazah Ini Boleh Melancong 18 Kali Hingga Ke Luar Negara Walaupun Masih Belajar Di Universiti. Rahsianya Adalah...

Anda pula ada yang dah melancong 18 kali hingga ke luar negara semasa belajar di universiti? Kalau ada tu memang hebat lah!

Kalau yang belum capai impian tu, mungkin rahsia Izzat ni boleh di jadikan panduan untuk kita menyimpam duit dari sekarang.

Kongsikan cerita siswazah yang melancong 18 kali hingga ke luar negara ni dengan kawan-kawan yang suma melancong tu yek.

Sumber : Izzad Zaid


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *