Kisah Inspirasi Seorang Penjual Aiskrim, Kini Menjadi Orang Kelima Terkaya Malaysia

Share lah dengan kengkawan....

Setiap kejayaan pastinya bermula dengan kesusahan dan kegagalan. Bak kata pepatah ada mengatakan “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.” Kisah inspirasi ini akan menyuntik semangat berusaha pada diri kita.

Kisah Inspirasi Seorang Penjual Aiskrim, Kini Orang Kelima Terkaya Malaysia

Seorang pengguna Facebook, Syahril A. Kadir ada berkongsi kisah inspirasi berkenaan susang senang seorang yang terkenal dan antara yang terkaya di Malaysia.

Sebelum menjadi seorang yang antara terkaya di Malaysia, satu ketika dahulu, Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng pernah mencari rezeki dengan menjual aiskrim sambil berbasikal di kawasan berdekatan rumahnya.

Pada masa itu, Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng baru berumur 11 tahun. Beliau yang juga seorang anak jati Kuala Lumpur menjual ais krim  dengan berbasikal kerana ingin membantu bapanya yang bekerja sebagai pengusaha warung kopi.

Baca juga Kisah Remaja Gamer Berubah Menjadi Billionair Termuda Thailand (Video)

Jom kita baca kisah inspirasi seterusnya dari perkongsian Syahril A Kadir berkenaan Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng di bawah…

Kisah Inspirasi Seorang Penjual Aiskrim, Kini Orang Nombor Lima Terkaya Malaysia

Lelaki tua ini kini berumur 77 tahun. Anak jati Kuala Lumpur ini mula naik basikal dan menjual ais krim seawal umur 11 tahun kerana nak membantu bapanya seorang pengusaha warung kopi.

Lepas habis sekolah, dia mula bekerja di ladang getah hingga sampai sekarang lelaki berketurunan Cina ini fasih bercakap Tamil sebab pergaulannya dengan pekerja ladang berketurunan India.

Ketika umurnya mencecah 22 tahun, dia memohon jawatan penyelia di ladang kelapa sawit milik syarikat Eropah, Dunlopp.

Namun permohonannya ditolak mentah-mentah kerana dia tak boleh berbahasa Inggeris.

Kisah Inspirasi Seorang Penjual Aiskrim, Kini Orang Kelima Terkaya MalaysiaBersama anak lelakinya, Kee Hua Chee.

Namun, tanpa disangka-sangka, 20 tahun kemudian beliau berjaya membeli ladang kelapa sawit tersebut
Siapa sangka, 20 tahun kemudian, lelaki ini BERJAYA MEMBELI ladang kelapa sawit tersebut!

“Tahun 1989 adalah tahun paling menggembirakan saya kerana berjaya membeli ladang Dunlopp dari syarikat Multi-Purposed Holdings.

Nak tahu kenapa, dulu saya pernah minta kerja kat ladang itu tetapi sebab saya tidak ada kelulusan, nama saya ditolak mentah-mentah.

“Agaknya kalau saya diterima bekerja di ladang tersebut waktu itu, saya tak mungkin memiliki ladang ini sekarang, ” katanya dalam satu temubual dengan akhbar NST sembilan tahun lalu.

Baca juga Rahsia Kejayaan Safiey Bergelar Jutawan Seawal 19 Tahun, Miliki Hummer, Audi, Mini Cooper Secara Cash!

Lelaki ini juga memiliki satu perangai pelik. Dia suka bercakap dengan pokok kelapa sawitnya. Kalau pokok itu berbuah, dia akan pergi dan ucap I LOVE U.

Kalau tak berbuah, dia akan cakap SAYA BAGI TEMPOH ENAM BULAN LAGI YEA…kalau lepas itu pun masih gagal memberi hasil, dia akan kata kat pokok tersebut;

“MAAF DARLING, AKU TEBANG KAU DULU!”

Kisah Inspirasi Seorang Penjual Aiskrim, Kini Orang Kelima Terkaya Malaysia
Bagaimanapun, segalanya telah berubah. Beliau yang pernah dihina kerana tak boleh berbahasa Inggeris itu, adalah lelaki kelima terkaya di Malaysia!

Dan kini, lelaki yang pernah menjual askrim itu, lelaki yang pernah kena hina sebab tak boleh berbahasa Inggeris dan lelaki yang dianggap pelik sebab suka bercakap dengan pokok itu, adalah LELAKI KE LIMA TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN HARTANYA YANG DIANGGARKAN BERJUMLAH RM19 BILLION!

Dia yang aku maksudkan adalah pemilik IOI Corporation, pemilik IOI Properties, pemilik ladang kelapa sawit seluas 230,000 hektar termasuk di Indonesia,

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Dia juga pemilik empat kilang pemprosesan sawit, pemilik kilang penapis terbesar di Eropah iaitu di Belanda – pendek kata apa saja yang bermula dengan tiga huruf iaitu I-O-I termasuk IOI Mall, adalah dimiliki lelaki yang ‘low profile’ ini.

Namanya ialah Lee Shin Cheng. Lebih tepat lagi – TAN SRI LEE SHIN CHENG….pergh!!!

Sumber Facebook Syahril A Kadir

Haaa jangan tak percaya, dari seorang yang hidup susah, pernah menjadi penjual aiskrim boleh berjaya menjadi antara orang terkaya di Malaysia!

Jom nengok video mengenai kisah inspirasi di bawah berkenaan kehidupan yang susah dahulu dan perubahan yang membawa kejayaan sekarang bagi Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng.

Korang bersemangat tak bila baca kisah inspirasi Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng ni? Jom kongsikan kisah inspirasi dengan rakan-rakan supaya lebih maju berusaha untuk berjaya!


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *