5 Sebab Menakutkan, Kenapa Anda Tidak Boleh Lagi Duduk Dengan Silang Kaki

Share lah dengan kengkawan....

Cara duduk dengan bersilang kaki adalah salah satu cara duduk yang dianggap elegent, seksi dan feminine. Cara duduk ini banyak digunakan oleg golongan korprat, model atau golongan elite. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa cara duduk begini mendatangkan banyak masalah. Selepas anda membaca artikel ini, anda akan ketahui kenapa anda tidak boleh lagi duduk dengan silang kakiĀ  kerana keburukannya yang anda tidak ingin berlaku pada diri anda.

Walaupun ramain yang menganggap cara duduk sebegini tidak mendatangkan apa-apa masalah, cara duduk sebegini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan anda. Mari kita lihat apa yang boleh berlaku jika anda duduk bersilang kaki terlalu lama.

5 Sebab Menakutkan, Kenapa Anda Tidak Boleh Lagi Duduk Dengan Silang Kaki

1. Kerosakan saraf kaki

Duduk terlalu lama sebegini boleh menyebabkan saraf di kaki ditekan terlalu lama oleh kaki yang satu lagi. Saraf ini boleh rosak dan kaki akan menjadi kebas atau paling teruk anda tidak dapat lagi menganggat kaki pada sendi buku lali. Kaki akan sentiasa jatuh ke bawah dan menyukarkan anda berjalan.

2. Risiko penyakit darah tinggi

Banyak kajian perubatan menyatakan bahawa jika anda duduk dengan kaki bersilang, tekanan darah anda boleh meningkat. Walaupun anda tidak mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, anda boleh mendapat risiko ini kerana cara duduk yang salah.

Ini kerana apabila kaki di atas ditekan dengan kaki dibawah, tekanan darah di kaki akan meninggi dan menolak banyak tekanan kembali ke dada. Lama kelamaan tekanan darah diseluruh badan akan meninggi dan menyebabkan anda mendapat penyakit darah tinggi. Duduk tanpa kaki bersilang boleh mengelakkan anda dari penyakit darah tinggi dan risiko penyakit jantung.

 

 

3. Ketidakseimbangan tulang pelvik

Diantara sebab kenapa anda tidak boleh lagi duduk dengan silang kaki adalah apabila anda duduk terlalu lama dengan kaki bersilang. ia boleh menyebabkan otot peha sebelah dalam lebih pendek berbanding dibahagian luar peha. Ini akan menyebabkan tulang pelvik menjadi tidak seimbang dan gaya berjalan kaki seperti kaki menjadi pendek sebelah.

4. Penyakit salur darah labah-labah

Dengan cara duduk silang kaki juga boleh mendapat penyakit salur darah labah-labah atau “spider veins”. Salur darah yang berwarna biru dapat dilihat pada kulit kaki disebabkan tekanan tinggi pada salur darah di kaki tersebut. Salur darah ini kelihatan seperti labah-labah kerana bentuk salur darah yang mengerekot seperti kaki labah-labah.

5. Risiko penyakit tulang belakang

Kajian perubatan juga mendapati mereka yang duduk dengan kaki bersilang lebih dari tiga jam akan mendapat penyakit tulang belakang, tulang belakang membongkok sakit tengkuk dan sakit pinggang. Sudah tentu penyakit ini akan menjadikan hidup anda sengsara setiap hari.

Sekarang anda sudah tahu kenapa anda tidak boleh lagi duduk dengan silang kaki lagi. Walaupun duduk kaki bersilang nampak seperti elegent atau feminine tetapi kesihatan diri anda adalah lebih penting untuk jangka masa panjang. Duduklah dalam posisi natural yang lebih baik untuk diri anda. Share juga kepada rakan anda yang suka duduk secara bersilang kaki tu ye…


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *