Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik?

Share lah dengan kengkawan....

Ada orang fikir nak keluar/masuk duit dari/ke akaun Tabung Haji agak melecehkan. Tahu tak sebenarnya ada cara paling mudah untuk transfer duit gaji ke akaun Tabung Haji anda? Semuanya automatik jer!

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
Kalau tahu caranya, dah tak perlu dah pergi ke pejabat Tabung Haji terdekat, ambil nombor giliran, dan beratur panjang semata-semata untuk memasukkan atau mengeluarkan duit dari akaun Tabung Haji.

Bila zaman berteknologi macam sekarang nih, semuanya semakin mudah. Sebenarnya, ada satu jalan pintas dan mudah untuk menguruskan kemasukan wang ke akaun Tabung Haji anda secara konsisten.

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
Anda tidak perlu lagi menunggu lama untuk memasukkan duit gaji ke akaun Tabung Haji anda. Anda boleh lakukannya hanya berada di rumah atau tempat kerja anda melalui khidmat online banking di hujung jari sahaja.

Seorang netizen di Facebook, Nur Aliah Mohd Nor telah berkongsi cara paling mudah untuk memindahkan wang dari akaun bank lain ke akaun Tabung Haji dengan online banking.

Jom kita baca apa cara paling mudah untuk transfer duit gaji ke akaun tabung haji anda yang dikongsikannya.

Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik

Ni Cara Paling Mudah Nak Transfer Duit Tabung Haji. Wajib Buat Kalau Taknak Hilang RM6000 Duit Simpanan Untuk Masa Depan.

Alhamdulillah. Lia nampak sekarang ni ramai usahawan semua sibuk cipta duit setiap hari dan setiap masa.

Bagus dah tu, tapi ada satu yang membuatkan Lia risau dan tertanya-tanya, Lia jadi takut sangat kalau ada usahawan yang abaikan untuk menyimpan duit dalam akaun tabung haji!

Baca juga Bagaimana Hanya Dengan RM20, Ibu Ini Dapat Simpan Duit RM12,600 Dalam Masa Setahun

Paling mudah Lia bagi contoh di sini simpan di Tabung Haji. Tanya balik pada diri kita sendiri, setiap bulan ada tak kita asingkan duit simpanan ke tabung haji?

Sedangkan sebenarnya, setiap kali kita dapat je gaji, perkara pertama kita kena buat adalah dengan membuat simpanan.

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
Sekarang nak menyimpan ni mudah, semua melalui transfer online je. Tak perlu nak keluarkan duit minyak, tak perlu nak beratur ambil nombor giliran dan tak perlu nak menunggu lama di kaunter.

Cuma perlu keluarkan handphone canggih anda itu saja dan mulakan transfer duit ke tabung haji dengan menggunakan CIMBclicks.

Di sini Lia nak ajar step by step cara yang sangat mudah untuk transfer duit ke akaun Tabung Haji secara automatik dan ditolak terus dari akaun bank kita pada setiap bulan.

InshaaAllah jika kita consistent menyimpan dengan cara macam ini, yakin dan percayalah suatu hari nanti anda tidak akan menyesal dengan apa yang anda lakukan hari ini.

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik

Bayangkan setiap bulan anda menyimpan RM100, kalau setahun dah jadi RM1,200. Kalau 5 tahun dah naik jadi RM6,000! Ini belum termasuk dividen dan bonus Tabung Haji lagi.

Anda sebenarnya akan dapat lebih dari itu. Bestkan. Paling penting juga duit anda selamat. It’s now or never!

Jom ikuti langkah-langkah untuk set pemindahan secara berjadual di bawah ini.

Langkah-langkah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik

Wajib Login CIMBclicks. Takyah ajar dah ni. Semua mesti tahukan. Kalau tak tahu juga langkah seterusnya mesti blur nanti. Kan.

Untuk awal ni Lia nak ajar cara kita SET FAVOURITE TRANSFER.

1. Pergi ke Pay Bills

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
2. Type “enter biller name” itu kepada Lembaga Tabung Haji.

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
3. Akan keluar macam di gambar ini. Type je okay mesti keluar punya Lembaga Tabung Haji.

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
5. Masukkan nombor kad pengenalan
6. Letak berapa amount yang anda nak transfer
7. Tick “add this biller to My favourites”.Kemudian tekan butang “Proceed to Payment”.

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
8. Tunggu nombor TAC dari handphone anda
9. Tekan “Confirm” lepas dah masukkan nombor TAC

Dan siap! Nampaknya dah berjaya set favourite akaun Tabung Haji di CIMB clicks.

*Di sini akan dikenakan caj sebanyak RM0.53 untuk CIMBclicks. Kalau Maybank cajnya lain, iaitu RM1.06 saja. Anda nilai sendiri mana yang lebih murah.

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik

Seterusnya ni kita nak setkan autotransfer secara consistent setiap bulan.

10. Pergi ke Settings
11. Click Scheduled Transactions

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
12. Tekan Select a service
13. Tekan Pay Bills.

So far boleh follow? Teruskan. Sikit je lagi ni.

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
14. Pilih Savings Account anda
15. Pilih Lembaga Tabung Haji yang kita dah set kan sebagai favourite tadi
16. Lepas itu boleh Click Submit dengan bahagia

Mudah ke mudah?

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik

17. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
18. Masukkan nombor IC
19. Masukkan no telefon anda
20. Letak jumlah yang anda ingin simpan
21. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian pilih recur every month, dan pilih berapa bulan nak tolak secara automatik
22. Siap dah? Click je Update!

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
Wah nampaknya dah sampai ke step yang terakhir ni.

Well done! Tahniah!

Macamana Cara Paling Mudah Untuk Transfer Duit Gaji Ke Akaun Tabung Haji Anda Secara Automatik
Selepas ini, duit anda akan ditolak setiap bulan ke akaun bank Tabung Haji anda.

Masih ingat lagikan kompas kewangan? 30% darinya adalah UNTUNG. Jadi, dah selamat satu simpanan anda ke Tabung Haji.

InshaaAllah selepas ini Lia akan ajar simpan di ASB pula.

Terima kasih kepada semua yang follow step by step ini hingga tamat. Alhamdulillah.

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Haaa! Sebenarnya senang je kan nak transfer duit gaji ke akaun tabung haji anda? Kemudahan internet dan teknologi sekarang ni memang membantu dalam urusan kewangan kita.

Kongsikan dengan rakan-rakan anda ye cara nak transfer duit gaji ke akaun tabung haji ni supaya rakan-rakan anda pun boleh sama-sama menabung jugak kan?

Sumber: Facebook Nur Aliah Mohd Nor


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *