Chef Celebriti MasterChef UK Dikecam Teruk Netizen Empat Negara Kerana Rendang

Share lah dengan kengkawan....

Program realiti televisyen popular Masterchef UK baru-baru ini membuat kekecohan akibat menyingkir seorang peserta berkelahiran Malaysia kerana pendapat juri chef celebriti mereka menyatakan kulit ayam masakan rendang tersebut tidak “crispy”. Akibatnya, juri chef celebriti MasterChef UK dikecam teruk netizen empat negara yang memarahi mereka.

john torode juri masterchef uk dikecam netizen

Zaleha Kadir Olpin, peserta program realiti tv MasterChef UK tersebut menyediakan masakan tradisi kebangsaan iaitu nasi lemak bersama ayam rendang. Hidangan itu adalah sesuatu yang dekat dengan hatinya kerana Zaleha biasa menyediakan masakan tersebut. Masakan ini membantunya mengumpul duit perbelanjaan hariannya semasa dia berada di Malaysia.

Baca juga 16 Gajet Terbaru Dan Menakjubkan Untuk Mereka Yang Suka Memasak

Tetapi John Torode dan Gregg Wallace, juri program tv tersebut ada pendapat tersendiri dan menyatakan,  “saya sukakan rasa rendang itu. Ada kemanisan kelapa. Tetapi kulit ayam ini tidak rangup. Ia tidak boleh dimakan dan semua kuahnya di atas kulit, jadi saya tak boleh memakannya”.

john torode dan Gregg Wallace masterchef uk

Akibat dari kritikan juri MasterChef UK itu, Zaleha disingkirkan dari program MasterChef UK tersebut.

Kritikan juri MasterChef UK tersebut menyebabkan chef celebriti masterchef uk dikecam teruk netizen empat negara terutama dari nusantara. Ramai netizen dari nusantara yang marah dan berpendapat juri-juri itu sudah tersalah anggap tentang masakan ayam rendang dan ayam goreng yang biasa dihidangkan bersama nasi lemak. Apatah lagi, kritikan juri-juri itu seakan mengkritik masakan tradisi 4 negara nusantara tersebut.

Netizen dari 4 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei mula menyerang John Torode melalui laman sosial Twitter, Facebook dan Youtube dengan menyatakan masakan ayam rendang sepatutnya berjus, lembut dan tidak rangup.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell juga tahu tentang masakan ikonik Malaysia itu. Beliau tweet kepada Wallace dan John Torode: “Rendang adalah masakan ikonik  kebangsaan dan tidak sepatutnya disalah erti dengan masakan Indonesia…ia memang tidak rangup dan tidak sepatutnya terkeliru dengan ayam goreng yang kadang kala dihidangkan bersama nasi lemak.”

Baca juga Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Seseorang menulis di Facebook: ” Jika mereka ingin ayam yang rangup, mereka sepatutnya pergi KFC.”

Yang lain pula menyatakan: ” Sungguh mengarut!. Ayam rendang rangup? Awak ingat ini fish and chips ke Juri? Jangan jadi juri kalau tak pandai nak nilai. Panggil diri mereka ‘Chef/Chef Celebriti’ dan mereka hanya tahu tentang makanan mereka dan masakan budaya sendiri sahaja. Mereka patut malu!”

“Memang sedikit yang dia tahu tentang masakan seluruh dunia. Gordon Ramsay pun tahu apa itu ayam rendang dan boleh memasaknya sendiri. Saya rasa Ramsay mesti mahu hempaskan masakan “ayam rendang rangup” ke lantai atau…ke atas kepala awak selepas melihat episod ini…inilah cara Hell’s Kitchen!!!”

Yang lain pula menulis: “Hahaha, rendang sepatutnya rangup? Hahaha, menarik, saya mahu tahu bagaimana cara memasaknya.”

Ada juga yang cuba meredakan dengan menyatakan mungkin juri ini keliru tentang ayam rendang dengan masakan nasi lemak yang di hidangkan bersama ayam goreng di beberapa tempat lain.

Baca juga 7 Tempat Perlancongan Luar Biasa Yang Anda Patut Cuba Di Malaysia

Tetapi kebanyakkan netizen tidak dapat memaafkannya. Chef celebriti masterchef uk dikecam teruk netizen empat negara terus menerus. Salah satu kritik menulis: “Sungguh bodoh! Tidak tahu tentang masakan Malaysia sebenar lagi mahu membuat kenyataan yang BODOH!”

zaleha masterchef uk

Selepas Zaleha Kadir Olpin disingkirkan, dia membuat post di instagram menulis, dia tetap dengan masakan tradisi ayam rendang dan tidak akan menukarnya kerana apa yang telah berlaku. Kenangan bersama MasterChef UK akan tetap dia kenang selamanya. Dia berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya.

Ditengah-tengah kritikan hebat, juri John Torode memberi respon dengan menulis di Twitter: “Mungkin Rendang dari Indonesia!! Saya sukakanya!! Sungguh seronok melihat kamu semua teruja dengannya… Namaste.”

Sudah tentu Namaste bukan perkataan yang biasa digunakan di nusantara tetapi digunakan oleh mereka yang berbangsa dan berasal dari India.

Akibatnya, chef celebriti masterchef uk dikecam teruk netizen empat negara nusantara. Lebih teruk kritikan dari netizen 4 negara itu terhadap John Torode. Mereka mengecam kerana sikapnya yang tidak ambil peduli dengan tradisi dan budaya masyarakat di kawasan nusantara.

Sebenarnya, John Torode sudah ditunjuk ajar tentang masakan rendang melalui episod John Torode’s Malaysian Adventure oleh Chef Adu, juga seorang juri MasterChef Malaysia.

Ramai yang mengkritiknya. Ada yang menulis di Youtube: “Dia sudah merasanya, dan ia tidak kelihatan rangup langsung!! LOL!!! Memang jelas, dia ada masalah amnesia teruk, lol!!”

 

Baca juga 20 Komik Simple Tapi Lawak Memang Kelakar Tak Ingat Dunia

Memang hebat chef celebriti masterchef uk dikecam teruk netizen empat negara nusantara kerana kenyataan mereka tentang masakan ikonik tradisi Malaysia, ayam rendang itu. Mungkin juri tersebut sepatutnya belajar terlebih dahulu tentang masakan tradisi seluruh dunia sebelum layak menjadi juri program tv MasterChef. Kalau tidak, mungkin tidak berlaku chef celebriti masterchef uk dikecam teruk netizen empat negara ni.


Share lah dengan kengkawan....

2 comments

  1. apalah chef ni ingat diorang je betul ke. Belajar lah dulu pasal masakan orang lain jugak. Jangan sebab kite orang asia nak double standard pulak kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *