20 Cara Mudah Bersihkan Barangan Rumah Dengan Bahan Yang Sedia Ada

Share lah dengan kengkawan....

Kita selalu memikirkan cara untuk membersihkan barangan dirumah. Kadang kala banyak wang diperlukan untuk membersihkan sahaja barangan tersebut. Tetapi tahukah anda, anda boleh menggunakan bahan yang tersedia ada di rumah anda untuk membersihkannya. Jom kita lihat 20 cara mudah bersihkan barangan rumah dengan bahan yang sedia ada di rumah anda.

20 Cara Mudah Bersihkan Barangan Rumah Dengan Bahan Yang Sedia Ada

1. Barangan perak.

Masukkan barangan kemas perak ke dalam bekas. Isikan air bersama setengah penutup garam dan setengah penutup baking soda. Biarkan barangan perak berendam selama 30 minit. Kemudian angkat dan lapkan dengan kain tuala. Barangan perak akan kelihatan berkilat seperti baru.

2. Tilam

Campurkan satu bahagian cuka dengan 4 bahagian air. Masukkan campuran itu ke dalam botol penyembur dan spray ke tilam seminggu sekali. Campuran ini akan membunuh kuman yang ada di tilam anda.

3. Microwave

Masukkan potongan lemon dan perah ke dalam gelas yang berisi air. Letakkan gelas itu ke dalam microwave. Set pada suhu sehingga air dalam gelas itu mendidih. Biarkan selama 5 minit. Anda akan mudah  mengelap bahagian dalam microwave dengan kain tuala.

4. Minyak

Jika baju atau kain terkena minyak, sapukan dengan kapur tulis pada bahagian yang terkena minyak itu. Kemudian lapkan dengan kain basah atau basuh kain tersebut. Minyak yang terkena pada kain tersebut akan hilang.

5. Kasut lembap

Jika kasut lembap pada bahagian dalam, letakkan surat khabar atau kertas di bahagian dalam kasut tersebut. Kasut akan cepat kering dengan cara ini.

Baca juga 20 Idea Menarik Menghias Balkoni Rumah Anda Menjadi Hebat

6. Bulu kucing

Pakai sarung tangan getah atau alat penyapu air untuk lantai kepada tempat yang banyak bulu binatang itu. Lihat dengan mudah bulu-bulu itu melekat pada sarung tangan getah dan penyapu air getah tersebut.

7. Kuali dengan makanan hangus

Masukkan air cukup menutupi seluruh makanan yang hangus itu dan masukkan cuka. Panaskan kuali itu pada suhu sederhana sehingga makanan itu lembut. Kemudian padamkan api. Masukkan dua sudu baking soda ke dalamnya dan lihat makanan terbakar itu akan senang tertanggal.

8. Kotoran di dasar cerek air

Masukkan perahan air lemon dan air kedalam cerek tersebut. Masak air tersebut sehingga mendidih selama lima minit. Kemudian basuh cerek itu dengan air biasa. Bahagian dalam cerek akan kelihatan seperti baru.

9. Kepala shower

Masukkan cuka ke dalam plastik dan ikat plastik tersebut ke kepala shower tersebut seperti gambar di atas. Biarkan semalaman. Basuh shower tersebut dengan air biasa. Kepala shower itu akan kelihatan bersih dan berkilat.

10. Sinki

Potong lemon dan celupkan potongan lemon itu dengan garam. Ambil lemon itu dan gosokkan dan sental bahagian dalam lemon yang terkena garam itu pada bahagian sinki.  Basuh dengan air biasa. Lihat bahagian sinki kelihatan bersih dan berkilat.

Baca juga 29 Tips Mengurus Anak Yang Ibu Bapa Mesti Tahu

11. Kotoran pada barangan kaca.

Masak air cuka yang cukup untuk merendam barangan kaca itu sehingga panas. Kemudian rendam barangan kaca seperti pinggan, mangkuk atau cawan ke dalam air cuka panas tersebut. Biarkan beberapa minit dan kemudian basuh dengan air bersih.

12. Basuh botol berlubang kecil

Masukkan air panas dan sabun pencuci ke dalamnya. Kemudian masukkan sedikit beras kedalam botol itu. Goncangkan botol itu beberapa kali sehingga kotoran dalam botol itu hilang. Bilaskan dengan air bersih.

13. Habuk

Gunakan kain anti-statik untuk mengelap habuk pada barangan elektrik, meja, almari dan sebagainya. Kain anti-statik dengan mudah akan memerangkap habuk tersebut.

14. Bersihkan bidai

Masukkan tangan ke dalam stokin dan celupkan stokin ke dalam campuran air dan cuka. Dan lapkan bidai tersebut dengan stokin di tangan anda.

15. Saluran sinki

Masukkan setengah cup baking soda dan setengah cup cuka ke dalam saluran sinki dengan serentak. Biarkan 15 minit kemudian bilas dengan air panas.

Baca juga 9 Tips Jimat Belanja Dapur Ini Akan Jimatkan RM1000 Setiap Bulan Duit Anda

16. Kotoran di karpet

Sapukan campuran satu bahagian cuka dan dua bahagian air pada tempat kotoran di karpet. Letakkan tuala dan letak seterika panas di atas tuala itu selama 30 saat. Ulang beberapa kali sehingga kotoran hilang.

17. Kotoran pada paip.

Potong buah lemon dan sapu pada kepala paip atau barangan stainles steel yang kotor. Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

18. Bekas plastik.

Sapukan kotoran degil pada bekas plastik dengan perahan air lemon. Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air bersih.

19. Bau binatang peliharaan

Campurkan satu bahagian baking soda dan satu bahagian hydrogen peroxide ke dalam mangkuk. Sapukan campuran itu dengan span pada bahagian yang berbau itu. Bau binatang akan mudah hilang.

20. Lampu kereta

Bila lampu kereta kelihatan kuning, sapukan ubat gigi pada lampu kereta itu dengan berus gigi. Biarkan beberapa minit dan kemudian lapkan dengan tisu atau kertas surat khabar. Lampu kereta anda akan kelihatan baru.

Baca juga 20 Idea Bernas Menyimpan Barang Di Rumah Anda

Yang mana diantara 20 cara mudah bersihkan barangan rumah dengan bahan yang sedia ada di rumah anda ini yang anda sudah cuba?

Jom kongsikan tips 20 cara mudah bersihkan barangan rumah ini dengan kawan-kawan yek.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *