Apa Yang Anda Perlu Ambil Sebelum, Semasa Dan Selepas Senaman?

Share lah dengan kengkawan....

Ramai orang ingion bersenam untuk mendapat kesihatan dan fizikal tubuh yang baik. Tetapi tahukah anda, apa yang anda perlu ambil sebelum, semasa dan selepas senaman supaya senaman anda menjadi lebih efektif? ramai juga yang terlepas pandang kepentingan pemakanan sebelum, semasa dan selepas senaman.

Pemakanan yang betul boleh membantu senaman anda menjadi lebih efektif selain mengelakkan sebarang kecederaan atau kekejangan otot berlaku semasa anda melakukan senaman.

Disini kita kongsikan apa yang anda perlu ambil sebelum, semasa dan selepas senaman supaya senaman anda lebih efektif dan selamat semasa senaman.

Sebelum Senaman

Ada beberapa peraturan sebelum anda hendak melakukan senaman. Anda tidak boleh atau sebaik-baiknya elak dari makan berlebihan atau melakukan senaman dengan perut kosong. Keduanya tidak baik untuk senaman dan kesihatan anda.

Anda perlu faham, makanan yang anda makan akan digunakan semasa senaman anda. Sebaiknya, anda makan makanan berprotein sebelum senaman iaitu daging, ayam, ikan, telur atau buah-buahan dan juga makanan yang berserat.

Protein dari makanan anda akan membantu membina otot dan memberi tenaga semasa senaman. Manakala buah-buahan dan makanan berfiber membantu proses pembersihan toksin secara semulajadi.

Contoh makanan yang anda perlu makan 2 hingga 3 jam sebelum senaman adalah :

Buah Epal dan sandwich berkeju
protein bar bersama susu dan buah-buahn
Salad hijau bersama ayam atau tuna
Roti bijirin penuh atau biskut cracker berbijirin penuh
Yogurt dan buah-0buahan
kekacang
Jus buah-buahan atau koktail buah-buahan

Semasa Senaman

Apabila sedang melakukan senaman, air adalah perkara penting yang anda perlu ambil dan sediakan. Air ni diperlukan untuk mengelak dari dehidrasi. Sebaiknya air yang mengandungi gula semula jadi seperti juas buah.

Contoh makanan atau minuman yang anda boleh ambil semasa senaman :

Jus buah-buahan semulajadi
Pisang
Kismis, kurma atau buahan kering

Selepas Senaman

Apabila selepas senaman, badan anda akan berubah secara dalaman selepas kepenatan melakukan senaman. Metabolisma badan anda akan meningkat dan otot anda akan berubah menjadi lebih padat dan kuat. Faktor pemakan selepas senaman membantu dalam proses pemulihan otot dan badan anda.

Contoh pemakanan yang anda boleh ambil selepas senaman :

Sayuran segar, makanan dimasak stim atau sayur goreng
daging, ayam atau ikan
kekacang, buah-buahan atau susu.

Sekarang anda sudah tahu apa yang anda perlu ambil sebelum, semasa dan selepas senaman? Pemakanan sebegini adalah sihat untuk badan anda. Ianya bukan sahaja untuk senaman tetapi untuk kesihatan anda juga. Cuba ikuti tips pemakanan ini untuk keberkesanan senaman untuk kesihatan anda.

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *