4 Pengajaran Penting Daripada Filem Bujang Lapok Arahan P. Ramlee

Share lah dengan kengkawan....

Seniman Agung Negara Allahyarham P. Ramlee adalah seorang lagenda di dunia perfileman tanah air. Diantara filem yang masih popular arahan beliau adalah filem Bujang Lapok. Filem ini adalah filem komedi pertama yang diarah dan dilakon oleh tokoh seniman ikonik ini. Tanpa kita sedari sebenarnya ada 4 pengajaran penting daripada filem Bujang Lapok arahan P. Ramlee ini.

Bujang Lapok ialah filem komedi yang berfokus pada tiga orang bujang yang sudah lanjut usia iaitu Ramli, Aziz dan Sudin yang dilakonkan oleh P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsuddin masing-masing. Mereka bertiga menyewa sebuah bilik di rumah Cik Normah, jelitawan yang dipanggil mereka “tuan rumah”.

Plot filem ini berkisar di sekitar tiga sahabat baik ini yang mencari pasangan hidup masing-masing. Filem ini begitu popular hinggakan diterbitkan susulannya — Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan yang terakhir, Seniman Bujang Lapok. Kesemua filem ini memaparkan elemen budaya dan kehidupan sosial rakyat Malaysia pada tahun 1960-an.

Dalam filem ini, objektif tiga bujang lapok ini adalah untuk berkahwin dengan gadis idaman masing-masing. Sudin mahu mengahwini Zaitun; Aziz pula jatuh cinta dengan Sapiah; manakala Ramli pula asyik berpacaran dengan seorang gadis demi seorang gadis sepanjang filem itu. Mereka bertiga sibuk berkejar-kejar mencari teman hidup masing-masing.

Pengajaran 1: Mesti Memiliki Impian Yang Jelas

Kita mesti mempunyai visi atau objektif untuk mencapai sesuatu. Untuk menjadi hebat, sesebuah syarikat atau organisasi mesti ada visi yang jelas yang dapat diusahakan oleh semua yang terlibat.

Dalam filem ini, Cik Normah berjaya meredakan suasana antara ibu Zaitun dan ibu Sudin apabila dia membicarakan isu tersebut dengan cara yang jelas dan yang masuk akal. Dia menumpukan perbicaraan mereka kepada perkahwinan antara Sudin dan Zaitun. Justeru itu, kedua-dua ibu berkenaan pun bertenang dan berbicara antara satu sama lain dalam nada yang sopan-santun.

Pengajaran 2: Berkomunikasi Dengan Jelas

Komunikasi yang jelas adalah penting dalam mana-mana organisasi baik dengan bercakap mahupun dengan menggunakan isyarat tangan. Kita harus ingat bahawa sesuatu mesej itu dapat kita sampaikan dalam pelbagai cara; cuma yang patut dibuat ialah berkomunikasi dengan jelas.

Semua watak dalam filem ini tabah hati mengharungi banyak cabaran untuk mencapai matlamat mereka.

Aziz terpaksa menyelamatkan Sapiah daripada mati lemas di samping terkena maki-hamun bapa Sapiah. Sudin pula menghadapi masalah mencari wang untuk membayar mas kahwin untuk berkahwin dengan Zaitun. Dengan bantuan Ramli dan Cik Normah, mereka semua berjaya menangani cabaran-cabaran mereka.

Pengajaran 3: Bertabah Hati dan Berkerjasama

Kebanyakan bisnis adalah maraton, bukan perlumbaan. Jadi pemimpin-pemimpin yang tabah hatilah yang berjaya. Mereka juga mesti rendah hati dan sanggup meminta bantuan apabila memerlukannya.

Baca juga : Kisah Inspirasi Disebalik Juara Pecut Dunia Paralimpik 2016, Ridzuan Puzi Yang Anda Tidak Tahu  

Dalam filem ini, Ramli mendapat idea untuk memajak sebentuk cincin berlian tulen dan menukarnya dengan sebentuk cincin palsu untuk mendapatkan mas kahwin yang diperlukan oleh Sudin untuk mengahwini Zaitun.

Pengajaran 4: Berfikir Di Luar Kotak

Kita mesti berfikir di luar kotak untuk mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi. Kerana penyelesaian dengan cara yang sama sudah tentu akan memberi hasil yang sama sahaja. Jika kita mahukan kelainan, sudah tentu cara penyelesaian juga perlu berlainan dan lebih efektif.

Filem klasik Melayu ini mengajar kita tentang kepentingan menjalin perhubungan yang bermakna yang memanfaatkan kehidupan seseorang. Tema kekeluargaan, persahabatan dan kebudayan amat ketara dalam filem Malaysia ini.

Baca juga : 10 Rahsia Kejayaan Jack Ma, Pengasas Ali Baba Yang Anda Mesti Tahu Untuk Berjaya 

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *