25 Tips Berasaskan Sains Membantu Anda Membesarkan Anak Anda Menjadi Sihat & Ceria

Share lah dengan kengkawan....

Semua ibu bapa mahu anak-anak menjadi yang terbaik. Tetapi dalam usaha membesarkan anak-anak banyak ibu bapa terlepas pandang perkara yang penting bagi anak tetapi remah bagi ibu bapa. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat, anda boleh cuba 25 tips berasaskan sains membantu anda membesarkan anak anda menjadi sihat & ceria dalam proses membesarkan anak anda.

1.  Jangan tertipu dengan ketinggian anak


Walau tinggi macam mana pun anak anda, anak anda tetap …..kanak-kanak. Dan ibu bapa tidak boleh lupa tentang ini. Kanak-kanak mencapai peringkat remaja pada umur 11 hingga 19 tahun. Tempoh masa ini adalah kritikal bagi anak anda. Walaupun anak anda kelihatan besar atau tinggi, mereka masih dalam proses pembelajaran seperti remaja dan memerlukan pembelajaran sebelum matang sepenuhnya.

Sumber : Sara Johnson, pembantu professor di Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.

2. Bantu anak yang pemalu

Kadang kala ada anak anda yang pemalu. Walau pun itu tabiatnya dari kecil tetapi jika anda sebagai ibu bapa membiarkan dia terus menjadi pemalu, itu sebenarnya akan merosakkan perkembangannya. Anak yang pemalu boleh mendapat penyakit psykologi seperti mudah cemas atau serangan panik.

Untuk mengelakkan penyakit psykologi ini berlaku, ibu bapa seharusnya cuba membuatkan anak melakukan sendiri suatu perkara supaya perlahan-lahan anak itu kurang pemalu dan lebih berani melakukan perkara baru. Ini akan membantu perkembangan anak supaya lebih menjadi yakin diri dan berdikari.

Sumber : Sandee McClowry, pakar psykologi di New York University.

3. Hidup pada masanya

Kebanyakan ibu bapa sentiasa memikirkan tentang masa depan anak-anak kecil. Tetapi anak-anak yang berusia 2 hingga 5 tahun sebenarnya hanya memikrkan tentang keadaan hidupnya pada ketika itu. Ibu bapa perlu memahami bagaimana hendak menghargai hidup pada kehidupan yang sekarang dan ketika ini.

Jadi tidak sesuai bagi ibu bapa memberitahu kepada anak yang berumur 3 tahun yang dia akan bersekolah di masa hadapan. Tetapi ibu bapa boleh memberi arahan yang mudah difahami pada masa yang hampir anak itu ke sekolah dan katakan “Ambil baju adik, kita nak pergi ke sekolah”. Anak kecil mudah fahami kerana itu araham yang mudah difahami pada peringkat umur mereka.

Sumber : Tovah Klein, pengarah Barnard College Center, Toddler Development di New York.

4. Beritahu mereka apa yang mereka rasa

Kanak-kanak sering dilihat meluahkan perasaan mereka. Tetapi kanak-kanak ini masih tidak dapat membezakan beberapa perkara yang melihatkan emosi.

Kanak-kanak yang berumur 2 hingga 5 boleh merasai perasaan emosi seperti takut, sedih dan kecewa. Tetapi mereka tidak dapat membezakannya.

Anda boleh membantu mereka dengan memberitahu mereka yang yang anda rasakan apabila anda melihat anak-nak berubah dari emosi. Sebagai contoh, ketika melihat anak anda tidak dapat bermain di luar ketika hujan, anda katakan “Adik rasa sedih ye tak dapat main kat luar sebab hujan”. Ini akan membantu anak anda mempelajari perbezaan emosi itu.

5. Perlahankan rentak

Kehidupan hiruk pikuk ibu bapa moden sekarang tidak sesuai dengan rentak anak-anak. Kanak-kanak biasanya hidup dengan rentak perlahan kerana mereka bersaiz kecil dan dalam proses pembelajaran.

Ibu bapa boleh membuat jadual supaya ada lebih masa sebelum sesuatu aktiviti. Sebagai contoh datang lebih awal bila ke pasaraya untuk memberi masa ruang kebarangkalian anda melayan karenah anak-anak di waktu membeli-belah.  Ini menjadikan masa digunakan ketika membeli belah lebih bermakna bagi kanak-kanak dari ibu-bapa menjadi marah kerana mahukan anak-anak melakukan perkara di pasaraya cepat-cepat.

6. Elakkan gangguan

Adakah anda melihat telefon pintar semasa meluang masa dengan anak anda? Jika ya, anda tidak patut melakukannya.

Susah bagi anda untuk berinteraksi dengan anak anda jika anda sibuk melayan facebook atau whatsapp semasa anak anda hendak berinteraksi dengan anda. Yang menyedihkan, anak anda boleh merasakan yang anda sebenarnya tidak berminat hendak meluangkan masa dengannya.

Sebenarnya anak-anak tidak memerlukan perhatian anda 24 jan setiap hari , tetapi apa bila mereka perlukan bantuan semasa membuat kerja rumah, mempelajari benda baru, bermain mainan, anda sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya tanda sebarang gangguan.

7. Jadilah sopan-santun

Mahukan anak anda bersikap sopan-santun? Cuba anda yang cakapkan “terima kasih” atau “sama-sama” semasa berbuat sesuatu.

Kanak-kanak banyak mempelajari dari melihat apa yang orang dewasa melakukan. Jika anda menunjukkan tingkah laku yang baik, sudah tentu anak anda akan meniru perbuatan baik itu.

Jadikan perkataan baik menjadi kebiasaan dimana-mana anda melakukan pekerjaan, lama-kelamaan anda akan lihat anak anda sendiri melakukan perbuatan sopan santu itu.

8. Fahami pemberontakkan remaja

Pemberontakan anak remaja sering berlaku. Ini kerana anak yang berusia 11 hingga 19sering mengalami masalah sosial,emosi dan tekanan mental. Pada ketika ini kebanyakkan mereka masih tidak faham cara mengatasi masalah itu dengan cara yang sebenar.

Dalam keadaan begini, ibu bapa patut bertenang dan dengar masalah anak dengan teliti. Dengan ibu bapa menunjukkan sikap empati, bertenang dan bersikap rasional, ini akan membantu menyelesaikan masalah remaja disamping menunjukkan bagaimana menangani masalah ketidakstabilan emosi remaja.

Sumber : Sheryl Feinstein, pengarang buku “Inside the Teenage Brain: Parenting a Work in Progress

9. Jangan menjerit

Ini suatu yang mudah tetapi ramai ibu bapa yang tidak dapat mempraktiskannya dengan baik. Mudah sahaja! Jangan menjerit kepada anak anda. Ya, kerana kajian menunjukkan ibu bapa yang menjerit kepada anaknya akan menyebabkan anak mereka menjadi lebih memberontak.

Sumber: Kajian 2013 di journal Child Development.

10. Jaga hubungan baik

Ada banyak cara untuk membesarkan anak anak. Tetapi diantara banyak cara tersebut mesti ada cara yang asas yang perlu di praktiskan oleh ibu bapa.

Perkara asas dalam keibubapaan adalah menjaga hubungan baik antara ibu bapa dan anak-anak. Ini akan membuatkan anak-anak merasakan dia mendapat perhatian dan memiliki pusat berhubung sekiranya mereka memiliki masalah. Mereka sentiasa merasakan ada bantuan jika mereka perlukan.

Walaupun anak-anak membesar, mereka percaya mereka boleh melakukan beberapa perkara tetapi sekiranya mereka menemui jalan buntun mereka sudah tahu dimanakan sumber rujukan mereka. Sudah tentu ibu bapa mereka.

Sumber : Amy Bohnert, pakar psychologi di Loyola University Chicago. mistakes, but in a safe and age-appropriate way, Bonhert told Live Science in 2011.

11. Terlalu tegas menbawah padah

Ibu bapa yang berlaku terlalu tegas terhadap anak-anak untuk jangka masa yang lama akan memberi kesan negatif kepada anak anak tersebut. Terutamanya kesihatan mereka. Kajian menyatakan anak-anak ini lebih mudah menjadi obese.

Mengikuit kajianpada 2014, 30 peratus daripada kanak-kanak berumur di antara 2 hingga 5 tahun yang memiliki ibu bapa yang kurang berkomunikasi dan terlalu mengekang aktiviti mereka akan menjadi obese berbanding anak-anak yang memiliki ibu bapa yang penyayang, memahami dan mudah berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

12. Ayah perlu memainkan peranan

Mungkin kita selalu dengar yang bapa kurang mengetahui cara mengurus anak-anak tetapi mengikut kajian ianya adalah sebaliknya. Bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak.

Bapa sebenarnya boleh mempengaruhi dalam banyak aspek dalam kehidupan anak-anak. Apabila bapa bermian dengan lebih kasar dengan anak-anak berbanding ibu, anak-anak boleh belajar cara mengawal badan diri sendiri dan emosi. Bapa yang banyak melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola dan bersukan akan mempengaruhi semangat ingin mencapai sesuatu dan bersungguh dalam melakukan susuatu aktiviti.

Bapa yang penyayang dan melindungi anak mereka menjadi punca kajian menyatakan anak-anak mereka kurang terlibat dengan aktiviti buli dan gangguan seksual.

Sumber : W. Brad Wilcox, pakar sociologi di University of Virginia

13. Ibu bapa perlu berwibawa

Ingin anak-anak anda tidak merokok yang berkelakuan liar? Kajian menunjukkan remaja yang memiliki ibu bapa yang berwibawa adalah kurang terpengaruh dengan aktiviti merokok dan berkelakuan liar berbanding remaja yang memiliki ibu bapa yang tidak mengambil perhatian dengan anak-anaknya.

Berwibawa di sini bermaksud ibu bapa yang mampu mengawal aktiviti ana-anak dengan penuh kasih sayang berbanding ibu bapa yang tidak menghiraukan pergaulan anak-anak dan kurang penyayang.

Sumber : Journal Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine in 2012

14. Jangan terlalu berterus terang

Berkomunikasi dengan anak-anak sudah tentu penting untuk hubungan keluarga. Tetapi jangan terlalu berterus terang untuk setiap perkara yang berlaku.

Ibu bapa boleh menerangkan perkara yang penting seperti tanggungjawab, adab, cara pergaulan dan sebagainya, tetapi tidak kepada perkara yang kecil seperti pilihan untuk makan malam, baju warna apa dan sebagainya.

15. Galakkan berkawan

Ibu bapa kadang-kadang banyak mengawak pergerakan anak-anak. Tetapi menyekat pergaulan dengan rakan-rakan mungkin bukan baik untuk perkembangan kemahiran bersosial anak-anak.

Anak-anak mudah belajar cara berkomunikasi, bersosial, bertindak ansur dan berkerjasama di dalam pasukan bersama rakan-rakan mereka.

16. Berjenaka memang membantu!

Ceriakan anak-anak anda dengan berjenaka. Mengikut kajian, Ibu bapa yang gemar membuat lawak dan berjenaka membantu anak-anak berfikiran kreatif, bersosial dan mengurangkan stress.

Sumber : Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science 2011.

17. Sentiasa berfikiran positif

Kanak=kanak yang terdedah dengan ibu bapa yang berkelakuan garang, dan berakhlak buruk akan mempengaruhi tindak tanduk ibu bapa mereka yang berkelakuan negatif. Mereka akan membesar dengan kelakuan yang buruk dan negatif juga.

Kajian menyatakan, anak-anak yang berkelakuan negatif pada umur lima tahun akan berkeluan buruk juga kepada pasangan dan rakan-rakan apabila meningkat dewasa.

Jika ibu bapa sedar lebih awal dan menjadi ibu bapa yang berkelakuan positif, anak-anak juga akan berubah menjadi lebih baik.

18. Galakkan hargai diri

Hargai diri adalah suatu habit penting dalam kehidupan anak-anak. Anak-anak yang mempunyai nilai hargai diri juga ada memiliki belaskasihan, berfikiran waras dan emosi yang terkawal. Mereka juga lebih senang menghargai orang lain dengan rasa belas kasihan dan timbangrasa.

Ibu bapa boleh menunjukkan cara menghargai diri sebagai contoh kepada anak-anak supaya anak-anak juga memiliki rasa hargai diri dan belas kasihan kepada diri dan orang lain.

19. Biar kan mereka berdikari

Apabila tiba masa anak-anak meninggalkan rumah dan hidup berdikari, ada baiknya ibu bapa melepaskan anak-anak untuk mula belajar berdikari.

Tetapi tiodak terlalu bebas dan tidak terlalu mengongkong juga. Ibu bapa perlu bijak mengawal anak-anak walaupun apabila anak-anak berjauhan di kolej atau di universiti.

Ibu bapa yang terlalu mengongkong anak-anak mereka akan menjadikan anak-anak itu bersikap cemas, takut dan hilang keyakinan diri.

20. Pupuk perkahwinan bahagia

Apabila ibu bapa mula mendapat anak, jangan lupa untuk menjaga hubungan suami isteri untuk perkahwinan yang bahagia.

Mengikut kajian, perkahwinan yang bergolak dengan pergaduhan dan pencerainan akan menyebabkan anak-anak menghidup ganguan tidur, cemas, ketakutan atau keganasan.

21. Utamakan kesihatan minda

Jika anda menghadapi kemurungan dan ganguan minda, cepat-cepatlah meminta bantuan untuk kebaikan anda dan anak-anak.

Mengikut kajian, ibu yang mengalami masalah stress dan kemurungan akan menyebabkan anak-anak mengalami masalah stress dan masalah di sekolah dan pembelajaran mereka.

22. Jaga hubungan ibu dan anak lelaki

Mengikut kajian pada 2010, hubungan baik di antara ibu dan anak lelaki akan mengelakkan anak lelaki itu memiliki akhlak buruk dan berkelakuan kasar malahan lebih dari anak perempuan. Hubungan yang rapat ini akan memudahkan anak lelaki meluahkan masalah mereka kepada ibu bapa berbanding mereka mencari penyelesaian dari rakan-rakan mereka.

Kajian juga menyatakan, hubungan baik diantara ibu dan anak lelaki akan menyebabkan anak lelaki itu memiliki perhubungan romantik dan harmoni dengan pasangan mereka apabila mereka meningkat dewasa.

Sumber : Journal Child Development, Montclair State University di New Jersey, USA.

23. Abaikan sedikit kelakuan anak yang bossy

Kadang kala ank bersikap memerintah dalam sesuatu hal. Tetapi itu bukan sebab untuk menjadi pergaduhan di anta anak dan ibu bapa.

Kajian menunjukkan anak yang bersikap sedikit memerintah akan memiliki keyakinan dengan sosial dan kurang terpengaruh dengan gangguan rakan-rakannya. Lagipun anak-anak ini perlu belajar berdiri dengan pendirian sendiri dan tidak mudah dipergunakan orang lain.

24. Jangan mengejar kesempurnaan.

Kita biasa dengar pada ayat “tiada siapa sempurna”. Jadi ibu bapa jangan mengharap anak-anak menjadi sempurna dengan menetapkan standard yang tinggi untuk anak-anak.

Kajian menunjukkan, ibu bapa yang terlalu mengharapkan kesempurnaan adalah ibu bapa yang kurang keyakinan dan mudah mendapat stress, kurang berkeyakinan atau kemurungan.

Kurangkan standard anda dan jadilah ibu bapa yang berpijak pada realiti. Ibu bapa yang lebih bertimbang rasa dan belas kasihan lebih mudah didekati anak-anak berbanding ibu bapa yang berstandard tinggi.

25. Kenali anak anda

Ramai ibu bapa fikir yang mereka tahu cara membesarkan anak-anak mereka. Tetapi sebenarnya tidak semua anak memerlukan cara yang sama untuk membesarkan mereka.

Mengikut kajian, anak-anak yang dididik dengan personaliti masing-masing oleh ibu bapa mereka, kurang mengalami masalah kemurungan dan kekacauan berbanding anak-anak yang dididik secara terlalu tegas. Jadi ibu bapa perlu memahami personaliti anak-anak dan mendidik mereka mengikut keperluan mereka.

Sumber :  Journal of Abnormal Child Psychology.  University of Washington, USA

Apakata anda mula menggunakan tips-tips tips berasaskan sains membantu anda membesarkan anak mulai hari ini. Kongsikan pendapat anda tentang tips keibubapaan ini.

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *