19 Burung Unik Yang Jarang Kita Lihat, Sungguh Cantik!

Share lah dengan kengkawan....

Lebih kurang 9,993 spesis burung di dunia ini yang jarang kelihatan kerana habitatnya yang terpencil. Sesetengahnya juga merupakan makhluk yang sering diancam bahaya. Tetapi ramai juga yang tidak tahu betapa cantik burung-burung uni ini. Jom lihat 19 burung unik yang jarang kita lihat ini.

1. Burung Rainbow Lorikeet

Burung rainbow lorikeet, atau nama saintifiknya trichoglossus haematodus merupakan spesis kakak tua Australasian yang boleh dijumpai di Australia, sebelah timur Indonesia, Papua New Guinea, New Caledonia, Kepulauan Solomon dan Vanuatu.

Di Australia, burung ini mudah dijumpai sepanjang pinggir laut sebelah timur dari Queensland ke South Australia dan bahagian barat laut Tasmania.

2. Burung Golden Pheasant

Juga dikenali sebagai burung kuang cina, burung Golden Pheasant merupakan sejenis burung buruan (gamebird) yang memiliki rona warna memukau. Burung jenis ini berasal dari sebelah barat China tetapi telah mula dibiakkan di beberapa buah negara seperti United Kingdom.

3. Burung Resplendent Quetzal

Kecantikan burung resplendent quetzal sememangnya tidak dapat disangkal apabila ramai yang menggelarkannya sebagai burung tercantik di dunia.

Burung berwarna terang ini hidup di pergunungan hutan tropika Amerika Tengah dan menjadikan buah, serangga, cicak dan makhluk halus yang lain sebagai makanannya. Malangnya, kewujudan burung ini agak terancam di Guatemala dan beberapa tempat lain.

4. Burung Hoopoe

Burung hoopoe boleh dijumpai di seberang Afro-Eurasia. Burung ini terkenal kerana bulunya yang luar biasa cantik dan kelihatan seperti memakai mahkota. Dalam bahasa Latin, ia dipanggil upupa atau dalam bahasa Inggeris ia kedengaran seperti ‘tangisan si burung’.

5. Burung Atlantic Puffin

Burung Atlantic puffin atau bahasa saintifiknya ’fratercula arctica’ merupakan spesis burung laut dalam keluarga auk. Juga dikenali sebagai common puffin, burung ini makan dengan menyambar ikan dan makhluk laut yang lain.

Sesuai dengan namanya, spesis ini menjadikan Lautan Atlantik sebagai habitat. Di Kanada, ia juga merupakan burung rasmi daerah Newfoundland dan Labrador.

6. Burung Lyrebird

Burung lyrebird terkenal di Australia. Burung jenis ini mempunyai kebolehan membuat suara tiruan dan mengajuk suara manusia dan juga alam semula jadi.

7. Burung Hoatzin

Burung hoatzin boleh dijumpai di kawasan berpaya dan hutan paya bakau di Amazon dan lembangan sungai Orinoco di Amerika Selatan. Burung ini merupakan spesis yang agak aneh, pelik dan unik yang terdapat di Amazon.

8. Burung Scarlet Ibis

Terdapat di wilayah Llanos, Amerika Selatan dan Kepulauan Caribbean, burung scarlet ibis memiliki bulu berwarna merah terang dan merupakan spesis yang dilindungi.

9. Burung Frigatebird

Tergolong dalam keluarga burung laut, burung frigatebird boleh dijumpai di kepulauan tropika seluruh dunia. Burung betinanya berbulu hitam manakala burung jantan memiliki kantung berwarna merah menyala.

10. Burung Merak

Bagi burung jenis peafowl atau merak, si jantan dipanggil ‘peacock’ manakala yang betina dipanggil ‘peahen’. Burung ini terkenal dengan leret bulu ekornya yang berwarna biru kehijauan.

Spesis ini hidup di India, Sri Lanka, Myanmar dan Kepulauan Jawa. Di India, burung Indian peacock merupakan burung kebangsaan dan dianggap sebagai burung suci mengikut kepercayaan Hindu.

11. Burung Tragopan

Burung tragopan tergolong dalam spesis kuang dan mempunyai habitat di sepanjang banjaran Himalaya. Burung jantan tragopan Temnick nampak berbeza dengan bahagian dada dan leher berwarna jingga terang. Burung ini juga sering diancam bahaya.

12. Burung King Vulture

Boleh ditemui di kawasan Amerika Tengah dan Selatan, burung king vulture merupakan jenis burung hering iaitu salah satu burung pemangsa.

13. Burung Hantu Bertanduk

Burung Hantu Bertanduk merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Bubu coromandus dan termasuk dalam keluarga Strigidae. Ia terdapat di Bangladesh, China, India, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, dan Thailand.

Burung Hantu Bertanduk cenderung kepada kawasan berpokok dengan bekalan air. Ladang mangga, dan pokok kunyit dan pokok semak lain disukainya. Pasangan burung Hantu Bertanduk sering mendiami semak (“grove”) yang sama setiap tahun.

14. Burung Flamingo

Flamingo ialah sejenis burung tropika daripada famili Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu.

Flamingo boleh ditemui di Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo boleh tinggal di tasik gunung berapa yang panas dan tasik berais di pergunungan Andean.

Spesies flamingo yang terbanyak adalah flamingo besar dan flamingo Amerika atau flamingo Caribbean. Flamingo besar lebih pudar warnanya dan tinggal di Eurasia, daripada kawasan timur Mediterranean ke India; dan di beberapa bahagian di Afrika. Flamingo Amerika atau flamingo Caribbean berwarna merah terang dan membiak di kawasan Caribbean, dari Yucatan dan Hindia Barat ke pesisiran pantai timur laut Amerika Selatan. Spesies ini membiak dengan baik dalam kawasan yang terkurung. Kedua-dua spesies jantan burung ini boleh mencapai tinggi 155 sm.

15. Burung Hupu Tunggal

Burung Hupu Tunggal merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Upupa epops. Burung ini mempunyai jambul yang unik mengembang bila burung ini terbang.

Baca jiga : Tak sedar diri betul kucing-kucing nih. Ade-ade sahaja perangai kucing comel ni kan?

 

16. Burung Kunyit Mas

Burung Kunyit Mas adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Oriolus cruentus. Burung uni unik kerana memiliki bulu badan berwarna hitam dengan bahagian dada berwarna merah.

17. Burung Lang Siput

Burung Lang Siput atau juga dikenali sebagai Lang Laut atau Lang Laut adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Haliaeetus leucogaster.

Burung yang menonjol, burung L:ang Siput dewasa memiliki kepala, dada, bulu bawah sayap (terlindung) dan pelepah ekor putih. Bagahian atas kelabu dan bulu bawah pelepah penerbangan berlawanan dengan pelepah putih penutup kovert. Ekornya pendek dan berbentuk baji sebagaimana kesemua spesies lang laut Haliaeetus.

18. Burung Merbah Bersisik

Burung Merbah Bersisik adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pycnonotus squamatus. Burung yang suka memakan buah-buahan ini memiliki bulu bercorak seperti sisik jika dilihat dari jauh.

19. Burung Murai Belanda

Burung Murai Batu Belanda adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Zoothera citrina. Burung ini sungguh cantik kerana bulu di bahagian badannya yang berwarna kuning keemasan. selain memiliki siulan merdu.

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *