15 Arca Unik Yang Luar Biasa dari Seluruh Dunia

Share lah dengan kengkawan....

Di beberapa tempat di dunia, arca banyak dibuat sebagai kenangan kepada pemerintah atau tradisi di sesebuah tempat itu. Tetapi ada juga arca yang dibuat begitu unik dan luar biasa dari tradisi. Mari kita lihat 15 arca unik dan luar biasa dari beberapa buah negara ini.

Arca kuda Mustang di Las Colinas, Texas, Amerika


Ini adalah sekumpulan arca kuda yang terbanyak di dunia terletak di Texas, Amerika Syarikat. Diperbuat dari tembaga dan saiz setiap arca ini dibuat 1.5 kali ganda lebih besar dari saiz kuda sebenar. Di kaki kuda terdapat air pancut yang memberi gambaran seperti arca kuda ini sedang berlari di dalam kolam tersebut.

Arca beg tangan wanita di Italy


Arca ini kelihatan pelik kerana menggambarkan seorang wanita yang masuk kedalam beg tangan wanita. Mungkin imaginasi pengukir ingin mengetahui apa sebenarnya di dalam beg wanita di dunia ini sehingga sesebuah beg boleh bernilau jutaan ringgit harganya.

Arca juruteknik komputer di Krasnoyarsk, Russia


Arca ini lengkap dengan set komputer, meja, kerusi, lampu meja dan jaket. Apa yang tiada adalah juruteknik! Di manakah juruteknik tersebut?

Arca pistol tersimpul di New York, Amerika


Arca pistol ini dibuat oleh Carl Fredrik Reuterswärd di akhir 1980. Arca ini dibuat bersempena kematian John Lennon setelah ditembak seseorang dengan pistol.

Arca  pengenbara di Marseilles, Perancis


Arca ini menggambarkan seorang pengembara sedang berjalan membawa begnya. Tetapi arca ini direka dengan separuh badannya hilang.

Arca birokrat misteri di Reykjavik, Iceland


Arca borikrat misteri ini dibuat pada 1994 oleh artis seniukir dari Iceland bernama Magnus Tomasson. Arca ini di letakkan di tengah bandar Reykjavik di Iceland. Ia sering menjadi perhatian ramai kerana tertanya-tanya siapakah birokrat tersebut.

Arca Jerung Headington di Oxford, Britain


Arca ini nampak seperti jerung jatuh kerumah. Tetapi sebenarnya arca ini bagi mengingati serangan nuklear terhadap Nagasaki pada perang dunia kedua. Ia menggambarkan sesuatu yang bahaya boleh datang dari langit.

Arca De Vaartkapoen di Brussels, Belgium


Arca ini dibina pada 1985 di kawasan Molenbeek di Brussels. Arca ini sungguh lucu dengan menggambarkan seorang yang keluar dari  terowong bawah dan menarik kaki seorang polis yang hampir terjatuh.

Arca peringatan Nelson Mandela di Afrika Selatan


Gambar Nelson Mandela dapat dilihat dari 50 arca ceracak besi ini. Ini menggambarkan 50 tahun Nelson Mandela ditahan di dalam penjara. Gambar Nelson Mandela ini boleh dilihat di suatu sudut sahaja dan dari sudut lain kelihatan ceracak besi biasa.

Arca kuasa alam


Arca ini dibina oleh artis seniukir dari Itali bernama Lorenzo Quinn. Arca ini juga didirikan di beberapa tempak lain seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Monaco dan Singapura.

Arca cincin perkahwinan di Vancouver, Kanada


Ini adalah suatu tarikan menarik di Vancouver. Cincin ini diperbuat dari besi, aluminium dan kaca. Ia kelihatan seperti akan tumbang tetapi sebenarnya kukuh. Arca ini menggambarkan kekuatan cinta dan ikatan perkahwinan.

Arca kanak-kanak bermain sungai di Singapura


Arca sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di tepi sungai ini terletak di Singapura. Perekanya, Chong Fah Cheong banyak membuat arca lain di sekitar Singapura.

Patung Franz Kafka di Prague, Republik Czech


Franz Kafka adalah seorang penulis novel terkenal kelahiran Republik Czech. Arca ini menggambarkan Franz Kafka sedang didukung oleh seseorang kerana ingin melihat dunia dari pandangan orang yang mendukungnya itu.

Arca birokrat wanita di Denmark


Arca ini dibina oleh Jens Galschiot, seorang artis seniukir dari Denmark. Arca ini menggambarkan keadaan dunia industri yang mempergunakan negara Afrika untuk kepentingan sendiri.

Monumen Sigmund Freud di Prague, Republik Czech


Arca ini di buat oleh seorang pereka dari Republik Czech bernama David Černý. Ia menggambarkan kehebatan orang yang bijak dan berkebolehan tinggi berbanding orang biasa.

Kata Cik Meow Sentap…

Menarik sungguh arca-arca ini. Semuanya ada ceritanya sendiri. Mungkin ini salah satu cara orang seniukir nak menyampaikan idea atau pandangan masing-masing pada dunia.

Secara tak langsung cara nak ingatkan orang yang melakukan kesalahan dan realiti dunia sebenar. Paling tak tahan orang gemuk suruh orang kurus dukung dia plak. Banyak cantik! Tak patut. Tak patut…

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *