9 Aktiviti Menarik Yang Mudah Anda Buat Sendiri Membuatkan Anak Anda Aktif

Share lah dengan kengkawan....

Kanak-kanak memang suka bermain. Apa sahaja yang berada di sekeliling mereka akan menjadi perhatian dan mereka akan cuba mengambil dan bermain dengannya.  Tetapi sebagai ibu bapa kadang-kadang kita tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak-anak. Jadi bagaimana anda dapat menyediakan aktiviti menarik untuk anak anda?

Aktiviti itu juga perlu mudah dan menarik bagi anak-anak. Lebih baik lagi jika permainan itu dapat membantu perkembangan anak anda supaya menjadi cerdas dan kreatif. Mari cuba 9 aktiviti yang anda boleh buat sendiri sebagai aktiviti masa lapang anak anda.

 

1. Kotak harta karun


Anda perlukan:
1. Kotak yang besar
2. Pelbagai jenis barang mainan seperti kekacang, tali, batu kecil, batu sederhana besar, daun, straw, kulit kerang dan sebagainya dan di timbus dengan pasir. Juga mainan kecil kegemaran anak anda supaya menarik minat mereka.
3. Penyodok kecil.

Permainan ini hanya sesuai untuk umur 5 tahun ke atas. Perlu pengawasan ibu bapa untuk mengelak anak tertelan mainan kecil

Cara bermain:
Jika anda ada kotak yang besar, anak anda boleh bermain di dalam kotak tersebut. Biarkan mereka berjalan di atas nya dan memegang sendiri pasir dan bahan-bahan lain. Ini akan melatih deris rasa mereka. Tanam mainan kegemaran anak anda dan minta mereka mencari barang di dalam pasir dengan menggunakan penyodok kecil. Berikan markah jika anak anda dapat menamakan barangan yang dijumpai.

2. Dinding peneroka

 

Anda perlukan: Dinding dan buatkan sehelai kain yang ditampal atau di jahitkan dengan pelbagai barangan yang menarik seperti bulu, tali, kapas, butang, kain pelbagai texture, beg kecil, dompet lama atau sebagainya.
 
Cara bermain:
Tunjukkan cara bermain setiap barangan yang ada. Ini akan memdidik anak anda mengenali barangan, kegunaan dan texture yang berbeza setiap barangan yanbg ada. Beri markah jika sendiri sudah tahu nama, kegunaan dan sifat barangan yang digunakannya.

3. Kolam dunia ikan

 

Anda perlukan:

Bekas atau kolam air sederhana.
Batu bewarna pelbagai saiz.
Permainan di dalam air seperti ikan, udang, sotong, ketam dan sebagainya.
Barangan tambahan seperti kulit bayu, kayu kecil, dedaun, bunga, straw, dan sebagainya.

Cara bermain:
Tunjukkan cara bermain dengan meletakkan tangan di dalam air dan mula mencari barang di dalam air. Ajar anak anda kehidupan di bawah air. Berikan markah jika anak anda dapat menamakan sendiri haiwan atau baranagan yang ada di bawah air.

4. Botol muzik

 

Anda perlukan:


Cara bermain:
Letakkan barangan yang berbeza ke dalam botol masing-masing. Anak anda boleh mengoncangkan botol tersebut dan dengarkan muzik yang terhasil. Ajar anak anda bunyi yang kuat dan perlahan, nyaring atau besar dan sebagainya. Goncangkan beberapa botol bersama supaya menjadi satu muzik yang menarik.  ith different bottles.

5. Botol magik


Anda perlukan: Botol plastik beserta penutup. reben pelbagai warna dan barang mainan yang kecil seperti kekacang atau manik.

Cara bermain:
Masukkan reben ke dalam botol kemudian masukkan barangan kecil tadi. Minta anak anda menarik reben untuk mengeluarkan barangan kecil tadi. Berikan markah mengikut bilangan barangan yang berjaya dikeluarkan.

6. Padankan barangan

Anda perlukan: Pelbagai saiz dan warna mangkuk dan besen plastik.

Cara bermain:
Tunjukkan pelbagai jenis saiz dan warna besen atau mangkuk yang ada. Ajarkan saiz yang kecil dan besar. Minta anak anda menyusun mengikut turutan kecil ke besar atau besar ke kecil. Minta anak anda susun mengikut warna yang sama atau berlainan.

7. Kenali bau



Anda perlukan: beberapa botol dan pelbagai jenis bunya, herba, buah-buahan, biji kopi, daun dan sebagainya yang mempunyai bau.
Cara bermain:
Ajarkan anak anda bau setiap barang yang ada beserta namanya. Uji anak anda dengan bau-bauan tersebut dan berikan markah jika mereka dapat memberikan jawapan yang betul.

8. Jaringan mainan


Anda perlukan: pelbagai mainan, tali dan bakul pakaian.

Cara bermain:
Letakkan barang di dalam jaringan tali dan minta anak anda keluarkan mainan tersebut. Lihat cara anak anda berfikir dan kreativiti dalam mengeluarkan mainan tersebut. Berikan markah jika dapat mengeluarkan semua mainan.

9. Mainan kain velcro.


Anda perlukan: kain jenis melekat velcro, kain bulu yang mudah melekat dan gunting.
Cara bermain:
Jadikan kain melekat velcro seperti pokok atau lekatkan di dinding. Gunting kain berbulu menjadi pelbagai bentuk seperti bulatan, kotak, segi tiga, ikan, bunga buah oren, buah epal, dan sebagainya.  minta anak anda tampalkan bentuk-bentuk tadi ke kain melekat velcro. Lihat imaginasi anak anda mencipta dengan permian tampalan di kain melekat velcro.

 

Kata Cik Meow Sentap…

Budak-budak ni kalau tak bermain memang tak sah. Tapi itulah cara anak-anak mula belajar kan?

Inilah masa ibu bapa boleh luangkan masa mengajar dan bermain bersama dalam aktiviti yang seronok. Jangan lupa untuk ajar anak anda perkara yang mudah seperti menamakan barang yang dijumpai dan kegunaannya.

Dah abis main tu jangan lupa plak minta anak kemas bersama. Nanti ibu seorang pulak yang penat mengemas.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *