29 Tips Mengurus Anak Yang Ibu Bapa Mesti Tahu

Share lah dengan kengkawan....

Membesarkan anak-anak sebagai ayah dan ibu memang sukar dan banyak dugaan. Tanpa ilmu dan tips, kadang-kadang terasa susah je nak uruskan anak-anak nih.Di sini kita berkongsi sedikit tips untuk ibu bapa dalam menguruskan anak-anak. Ini tips simple yang mudah digunakan dan ade yang boleh menyelamatkan nyawa!

 

1. Gelang Keselamatan

Kehilangan anak-anak memang mimpi buruk buat ibu bapa. Jika anda pergi berjalan ke shopping complex, pasaraya, zoo dan sebagainya, pakaikan gelang keselamatan yang ada tertulis nombor telefon anda. Sangat berguna jika berlaku kehilangan anak.Jika tidak boleh guna cara pelekat sementara nih. Jangan lupa ajar anak juga cara gunakannya.

 

2. Penghadang tempat tidur

Takut anak anda jatuh dari katil? Lekatkan span permainan kolam ditepi tilam untuk elakkan anda anda jatuh dari katil.

3. Grip kasut DIY

Letakkan gam panas dengan menggunakan pistol gam yang boleh di dapati di pasaraya. Lekatkkan di tapak kasut atau di tapak stokin untuk elakkan tergelincir di lantai yang licin.

4. Panduan tisu tandas

Takut anak-anak main tisu banyak sangat? Letakkan penanda panjang tisu yang patut digunakan. Ajar anak anda supaya tidak menggunakan tisu lebih dari paras ukuran.

5. Sticker Kasut

Kadang-kadang anak anda tak tahu nak beza kan kasut kanan atau kiri. Cari sticker yang menarik kesukaan anak anda, potong kepada dua dan tampal di dalam kasut anak anda. Ajar anak anda untuk cantumkan sticker itu dan tunjukkan yang mana kiri dan kanan kasut.

6. Roller pelekat habuk

Budak budak memang suka main serbuk berkilat ‘glitter’ kan? Tapi kalau nak bersihkan memang menguji kesabaran ibu bapa. Gunakan roller pelekat yang boleh dibeli di pasaraya. Roller pelekat habuk akan menangkap semua habuk dan glitter yang bersepah itu.

7. Getah gelang lock pintu

Kalau takut anak-anak main pintu pastu terkunci dari dalam bilik, letakkan getah gelang seperti gambar di bawah.

8. Penutup dengan cadar

Kalau takut baby kena gigit nyamuk masa buat aktiviti di luar rumah, tutup tempat tidur bayi mudah alih dengan cadar. Selamat dan mudah.

9. Tekan secukupnya

Kanak-kanak memang suka main botol syampu atau sabun macam ni. Macamana nak elak dari anak-anak tekan berlebihan? ikat bahagian leher botol dengan getah gelang. seperti gambar di bawah. Setiap tekanan akan beri sabun yang sikit dan elak dari bersepah.

10. Menyimpan puting palsu

Simpan puting palsu di dalam bekas transparent khas di almari yang selamat. Jika ada puting palsu extra yang tersimpan akan mudah di bersihkan dan sedia digunakan.

11. Penadah air sinki

Buat kan botol syampu lama kepada penadah air di sinki seperti gambar di bawah. Sangat membantu jika anak anda tidak sampai ke paip air sebenar.

12. Spray ‘Hantu”

Jika anak anda sering takut untuk tidur sebab ‘hantu’ atau sebagainya, buatkan spray khas untuk mereka menempak ‘hantu’ tersebut. ini akan membantu untuk mereka tidur di waktu malam. (tapi jangan beritahu di dalam air biasa)

13. Straw elak tumpah

Takut air tumpah bila anak anda minum air dengan straw? Gunakan straw yang panjang dan mudah lentur bersama bekas minuman kedap yang sesuai. Supaya mudah ditarik dan air tidak tumpah.

14. Info untuk pengasuh

Jika anak anda dijaga oleh pengasuh atau orang gaji, letakkan panduan kepada pengasuh di tempat yang mudah dibaca seperti di peti air atau di dinding. Nota melekat seperti ini sangat membantu pengasuh dalam mengurus anak anda.

15. Pengadang pintu

Letakkan span mainan kolam di pintu untuk mengelakkan anak-anak tersepit pintu.

 

16. Buai dalam rumah

Gunakan selimut yang besar dan meja untuk membuat buai kanak-kanak. Anda juga dapat melihat mereka bermain disamping membuat kerja di dalam rumah. Mudah dan seronok digunakan.

17. Baju bahu berlipat

Mungkin ada yang tak tahu kegunaan baju kanak-kanak jenis bahu berlipat. Kalau berlaku kekotoran, dengan mudah anda buka baju ke bawah badan tanpa perlu membuka baju melalui ke atas kepala anak.

18. Pemegang Air Kotak

Buka segi tiga kat tepi air kotak kedua-duanya sekali. Ini boleh bantu anak-anak kecil angkat air kotak tu dengan mudah.

19. Pampers basah

Cuba lihat pada pampers anak. Ade sebahagian jenis pampers ade penanda kebasahan berwarna kuning yang akan bertukar biru kalau dah basah. Jadi tak payah la asyik buka pampers selalu untuk lihat pampers tu basah ke tidak.

20. Luruskan rambut anak patung

Rambut patung Barbie kusut? Senang je. Campurkan air dengan 2 sudu pelembut kain. Lepas tu sapu pada rambut patung tu. Bila anda sikat, rambut patung tu mudah terurus. Boleh cuba dengan campuran air dan sabun basuh pinggan atau syampu conditioner.

21. Sejukkan tali pinggang keledar

Di waktu panas, tali pinggang keledar boleh jadi panas dan membahayakan anak-anak. Semburkan air pada tali pinggang keledar itu. Wap air akan menyejukkan tali pinggang keledar.

22. Melukis tanpa bersepah

Masukkan cat atau pewarna ke dalam plastik zip lock dan letak di cermin. Biar anak-anak melukis mengikut kreativiti. Lukisan itu dapat dilihat jelas jika berada disebalik cahaya matahari. Anak-anak akan seronok bermain tanpa ibu bapa risau cat tertumpah atau bersepah.

23. Elak epal bertukar kusam

Potongan buah epal boleh bertukar warna coklat atau kelihatan kusam jika dibiarkan terlalu lama. Ini menyebabkan anak-anak tidak lagi mahu makan buah epal yang kusam. Taburkan garam halus ke atas potongan buah epal untuk kekalkan warna buah epal itu.

24. Hilangkan crayon dengan spray WD-40

Jika anak-anak melukis crayon di dinding atau di lantai, jangan risau. Semburkan WD-40 di kesan crayon itu dan kesatkan dengan tisu atau kain.

25. Biar anak dekat dengan kereta

Bila anda berhenti parking dan keluar. Anak anak mungkin suka berlegar dan berjalan ke tempat lain. Untuk elakkan anak anda pergi ke tempat lain, lekatkan magnet tapak tangan di luar kereta dan minta anak anda meletak tanagn di magnet itu. Jadikan ia satu permainan. Ianya akan menjadi seronok pada anak-anak dan anak anda akan selamat di sisi anda.

26. Aiskrim tidak meleleh

Untuk elak aiskrim meleleh pada jari anak anda, letakkan bekas cupcake pada batang aiskrim.

27. Alat tulis mudah dibawa

Jika anda membawa anak ke pejabat atau berjumpa doktor, bawa sekali crayon atau pensil warna beserta kertas di dalam bekas aluminium atau bekas plastik khas. Mudah di bawa dan sedia untuk digunakan untuk anak anda bermain semasa anda sibuk dengan urusan anda.

28. Pek ais  mudah bawa

Bekukan span basah didalam beg plastik zip lock.  Ia mudah dibawa ke perkelahan atau untuk tujuan mengecutkan bengkak atau luka.

29. Elak anak bermain barang elektrik

Kadang-kadang anak suka bermain barang elektrik. Ini boleh membahayakan anak-anak. Letakkan kunci padlock pada plug elektrik. Ini boleh mengelakkan anak anda bermain barang elektrik terutaman semasa tanpa pengawasan anda.  

Kata Cik Meow Sentap…

Bila dah jadi ibu bapa, memang banyak cabaran. Lagi-lagi nak sabar bila anak buat hal.

Jadi tips ni memang banyak membantu. Jadi, gunakan lah mana yang sesuai. Lain kali bila ade je masalah nak urus anak korang nih korang dah expert dah nak handle camne kan?

Jadi ibu bapa kenalah jadi bijak!


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *