10 Senaman Mudah Untuk Penglihatan Mata Yang Jelas

Share lah dengan kengkawan....

Penglihatan mata adalah anugerah kepada manusia. Tetapi kebanyakkan kita tidak menjaga mata kita dengan baik. Senaman mata adalah salah satu cara penjagaan mata yang baik.
Buat 10 senaman mata yang mudah dibawah. Kalau anda buat bukan lama sangat pun. 10 minit setiap hari dah cukup. Cuba sekarang dan lihatlah kesannya.

1. Kelip mata selama 2 minit. Senaman ini akan membantu melancarkan aliran darah ke sekitar mata.

2. Pusingkan kepala dengan mata tetap melihat kedepan. Mula dengan kanan ke kiri, kiri ke kanan. Kemudian atas ke bawah. Senaman ini melancarkan peredaran darah di mata.

3. Lihat ke kanan, dan dengan perlahan mata melihat ke kiri. Buat juga pada sebelah kiri dan melihat perlahan ke kanan.

4. Tutup mata dan relax. Merehatkan mata dengan menutup mata akan menguatkan sel-sel dalam mata. Ini penting untuk mendapat penglihatan yang sentiasa jelas.

5. Gerakkan mata ke semua arah. Lihat ke kanan kemudian ke kiri. Kemudian atas ke bawah. Gerakkan mata dalam bulatan. Kemudian buat gerakan mata dalam angka lapan seperti gambar dibawah.

6. Pejam mata selama 3 hingga 5 saat dan buka. Buat sebanyak 7 kali. Ini membantu merehatkan otot mata dan melancarkan aliran darah di mata.

7. Tekan dengan lembut dibahagian tepi mata. Seperti gambar di bawah, tekan selama 2 saat dan rehat. Ulang semula 4 atau lima kali. Ini membantu melancarkan darah ke sekitar bola mata.

8. Dengan mata terbuka, gerakkan mata membentuk segi tiga dan bentuk geometri lain. Mula dengan segi tiga, kemudian segi empat, segi lapan dan bentuk yang lebih sukar.

9. Dengan mata tutup, gerakkan mata ke atas dan ke bawah. Ulang 5 hingga 10 kali.

10. Menguatkan fokus mata.
Dengan posisi duduk atau berdiri, letakkan jari dihadapan mata dan lihat selama 10-15 saat.

Kemudian lihat ogjek berdekatan dan fokus selama 10-15 saat. Kemudian lihat objek jauh dan fokus selama 10-15 saat. Ulang senaman ini 5 kali.

Anda juga boleh cuba fokus pada objek bergerak dan cuba fokus selama 10-15 minit. Ini melatih mata untuk fokus dengan jelas dan tanpa penat.

Kata Cik Meow Sentap…

Penting tak mata korang nih? Mestilah penting kan. Kalau mata rosak kan susah kalau nak bergerak. Jalan sikit je terlanggar. Jalan sikit terjatuh pulak.

Bagi yang dah ada mata yang baik tu kena lah pandai jaga mata. Buat senaman mata ni sekali-sekalai agar mata sentiasa terang dan jelas.

Jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan yek.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *