10 Idea Bungkusan Hadiah Unik Yang Anak Anda Sangat Sukakannya

Share lah dengan kengkawan....

Memberi dan menerima hadiah menjadi salah satu aktiviti yang menyeronokkan kepada semua terutamanya kanak-kanak. Apa yang seronok juga adalah proses membungkus hadiah yang kanak-kanak tidak mahu lepas peluang terlibat sama dalam pembungkusan hadiah.

Apakata anda melibatkan anak-anak membungkus hadiah dengan menggunakan idea-idea bungkusan hadiah di bawah. Aktiviti ini sudah tentu menyeronokkan disamping dapat mencungkil bakat kreativiti anak-anak anda. Berikan hadiah-hadiah kepada adik beradik, keluarga atau rakan-rakan anda. Sudah tentu mereka akan terkejut dan seronok melihat hadiah-hadiah yang mereka terima.

Kotak hadiah berwarna-warni

Jika tidak menggunakan pelekat, anda boleh menggunakan tali jenis wool yang berwarna warni sebagai hiasan kotak hadiah. Sungguh cantik dan ceria!

Kucing dan anjing

Pemnungkus hadiah ini sungguh comel jika ditambah dengan mata, mulut dan telinga kucing. Anda juga boleh buat bentuk haiwan lain seperti arnab dan harimau. Ikut arahan dibawah dan gunakan kreativiti anda supaya ianya lebih menarik.

Hadiah Pensil

Dengan sehelai kertas cardboard, pensil, pembaris, gam dan gunting, anda sudah boleh membina sebuah pembungkus hadiah berbentuk pensil yang comel.

Kotak pelbagai penutup

Anda boleh pelbagaikan bentuk penutup di atas kotak seperti bentuk hati, pokok, bintang dan sebagainya. Dengan kotak berwarna warni, ia nampak menarik.

Ladybird yang comel

Kotak ini nampak comel dengan seekor kumbang di atasnya. Sungguh menarik!

Anyaman pelangi

Kotak yang biasa akan kelihatan menarik jika dibaluti dengan corak anyaman berwarna-warni ini. Bukan sahaja jimat dengan kombinasi kertas surat khabar, tetapi unik dengan kombinasi warnanya.

Kotak spiral

Dengan membuat beberapa bentuk kertas kepada seperti kayu hoki dikedua hujungnya, anda boleh membina kotak spiral yang menarik. Ditambah dengan penggunaan kertas yang berwarna warni, kotak hadiah kecil ini sudah tentu menjadi tarikan ramai, terutamanya kanak-kanak.

Corak bersulam

Dengan menggunakan beg kertas yang biasa, anda boleh menambah keunikan dengan menyulam beg kertas tersebut. Sulaman boleh mengikut kreativiti anda seperti bentuk pokok, bintang, corak yang menarik atau sebagainya.

Rusa dari tuala

Bungkus hadiah tersebut dengan sehelai tuala kecil dan bentukkan telinganya. Ingat dengan dawai berhias supaya berbentuk tanduk rusa. Dengan meletakkan mata dan hidung atau mult, anda sudah membuat kotak hadiah berbentuk rusa yang comel!

Hiasan mini

Untuk membuat hadiah anda kelihatan menarik dan bergaya, anda boleh meletakkan hiasan mini seperti patung rusa kecil, pokok mini dan sebagainya. Hadiah anda tentu kelihatan luar biasa.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *