7 Tempat Perlancongan Luar Biasa Yang Anda Patut Cuba Di Malaysia

Share lah dengan kengkawan....

Kalau pergi jalan-jalan kat Malaysia kebanyakkan akan fikir “pergi mana-mana kat Malaysia ni sama je”. Tapi sebenarnya ada beberapa tempat yang agak luar biasa yang jarang orang tahu di Malaysia. Dengan suasana yang nyaman, aktiviti yang menyeronokkan dan keadaan yang menyenangkan, tempat-tempat perlancongan ini memang menarik perhatian pengunjuung.

Jom kita lihat tempat mana yang anda sudah pergi…

 

1. Seaventure Dive Rig Resort di Sabah.

Tempat perlancongan ni memang menarik. Terletak di kawasan pelantar minyak dan kepulauan segitiga batu karang di Sabah, anda akan merasa seperti anda berada di tempat yang bebas jauh dari kesebukkan bandar. Kawasan ini juga adalah di antara tempat menarik untuk menyelam, melihat permandangan di bawah laut.

Seavemture Dive Rig adalah sebuah resort yang unik kerana disamping menyediakan tempat berehat dan resort, ia juga menyediakan tempat untuk menyelam ke dasar laut. Berdekatannya juga adalah pelantar minyak yang masih berfungsi. Dengan bilik yang selesa, makanan yang fresh dan lazat, aktiviti menyelam yang menarik, sudah tentu Seaventure Dive Rig ini menjadi tempat perlancongan antarabangsa.

 

2. Chinahouse di Pulau Pinang.

Jika anda sukakan suasana seni warisan dan kebudayaan, Chinahouse adalah tempat yang sesuai untuk anda. Bangunan asal di jaga rapi disamping kombinasi makanan, permainan muzik yang berada di sekelilingnya.

Chinahouse terletak di antara Beach Street dan Victoria Street di George Town. Dari 3 deretan kedai lama, kini telah diubah menjadi 14 bahagian yang terdiri dari kafe, kedai roti, restoran, kedai-kedai barangan serta galeri seni. Jangan lupa menikmati minuman kopi yang enak dan mengambil kenangan di tempat yang bersejarah ini.

 

3. Clearwater Sanctuary Golf Resort di Ipoh.

Terletak di Ipoh, resort ini sesuai untuk mereka yang meminati permainan golf. Suasana yang nyaman disamping tanaman pokok menghijau dapat meredakan keresahan disebalik kehidupan yang penuh mencabar. Di sini juga terdapat tasik yang anda boleh memancing ikan di waktu lapang.

Dengan bercuti di Clearwater , anda hanya perlu menikmati kehidupan yang tenang disamping melakukan aktiviti riadah yang menenangkan. Chalet yang dilengkapi dengan kelengkapan yang selesa, semuanya direka untuk pengunjung berehat dengan tenang setelah penat beriadah.

Di kelilingi dengan hutan yang menghijau, anda akan dapat melihat burung raja udang berterbangan di samping burung layang-layang berterbangan dab berkicau. Suasana yang sesuai untuk percutian keluarga atau berbulan madu.

 

4. Time Capsule Retreat di Pahang.

Di tengah-tengah kehijauan hutan di Pahang, terletak resort yang luar biasa kerana rekaan rumah di resort yang unik. Berdekatan dengan air terjun Pelangi, Time Capsule Retreat adalah tempat bercuti yang menarik ramai pengunjung yang ingin mencari kelainan disamping bercuti.

Resort ini terletak Sungai Lembing Kuantan, sesuai untuk anda yang sukakan kehijauan pokok-pokok dan suasana redup untuk berehat. Terdapat 8 bilik yang dipanggil kapsul dan berbentuk silinder yang boleh menempatkan 2 orang pada satu-satu masa. Resort ini perlu ditempah kerana menjadi tarikan hebat pengunjung terutama di waktu cuti persekolahan.

 

5. Calanthe Art Cafe di Melaka.

Terletak di Jonker Street di tengah Bandaraya Bersejarah Melaka, Calanthe Art Cafe adalah satu kombinasi kafe dan galeri seni. Dibuka dari pagi sehingga tengah malam, kafe ini sesuai untuk tempat berehat, lepak-lepak bersama keluarga atau rakan-rakan.

Calanthe Art Cafe ini menyediakan minuman kopi yang dibru halus, standard dengan kafe kopi berkelas tinggi. Sementara anda menikmati minuman kopi atai coklat, anda dapat melayan imaginasi dengan melihat galeri seni di sekeliling anda. Dengan berkerusi rotan, berdindingkan lukisan asli dicat dengan menggunakan tangan, kafe ini sudah tentu menjadi tempat yang unik untuk beristirehat.

 

6. Tiger Rock di Pulau Pangkor.

Bila memikirkan tentang pulau Pangkor, sudah tentu anda akan terbayang pantai yang cantik beserta lautan yang membiru. Tetapi Tiger Rock tidak terletak di tepi pantai. Bahkan resort kecil ini terletak di dalam hutam yang menghijau tidak jauh dari pantai

Tiger Rock memiliki kolam mandi yang dikelilingi chalet untuk anda beristirehat dan bermalam di sana. Dengan dikelilingi hutan yang menghijau, tempat ini memberi suasana redup yang akan menyejukkan badan anda berbanding di tepi pantai.

 

7. Permai Rainforest Resort di Kuching.

Siapa sangka ditengah-tengah hutan Borneo, terletak satu resort yang chaletnya adalah rumah di atas pokok serta kabin yang unik. Berdekatan dengan bandar Kuching, resort ini memberikan pengalaman baru bagi mereka yang inginkan percutian yang unik dan menenangkan.

Permai Rainforest Resort ini adalah sebuahn eco-resort terletak di tengah hutan hujan Borneo, berdekatan dengan Gunung Santubong. Direka khas berasaskan kayu dan bertiangkan pokok, sudah tentu menarik ramai pelancong untuk bercuti di sini. Jika ada berada di Kuching, resort hanya terletak 25 km atau 30 minit perjalanan dari Bandar Kuching.

 

Kata Cik Meow Sentap…

Siapa sangka, Malaysia ni ada banyak lagi tempat percutian yang unik dan luar biasa. Mesti ramai kawan-kawan yang tahu lagi kan?

Kalau agak-agak bajet nak bercuti tu tak cukup nak ke luar negara, bercuti je lah kat Malaysia nih. Banyak lagi tempat yang kita belum explore.

Kalau bercuti tu jangan lupa beli cenderahati buat Cik Meow ye. Hehehehehe


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *