20 Tempat Unik Dan Pelik Serata Dunia Yang Anda Tidak Terfikir & Tidak Pernah Lihat

Share lah dengan kengkawan....

Terdapat banyak tempat menarik di dunia. Tetapi tempat-tempat ini bukan sahaja memang unik bahkan pelik kerana sebab-sebab tersendiri. Banyak saintis mengkaji sebab keadaan tempat-tempat ini menjadi sedemikian tetapi kebanyakkan teori ini masih tinggal hanya tanda tanya. Mari melihat tempat-tempat unik ini yang boleh menjadi destinasi perlancongan anda seterusnya.

1. Tasik berbulatan, British Columbia, Kanada

Tasik berbulatan atau Spotted Lake ini menjadi tempat keramat bagi suku kaum Okanagan (Syilx) yang tinggal di Kanada.

Pada musim panas, tasik ini mengewap dan meninggal kan kesan bulat-bulatan berwarna kehijauan atau coklat. Tempat ini menjadi tarikan pelancong tetapi mendapat tentangan dari pihak suku kaum Okanagan.

2. The Giant’s Causeway, Utara Ireland

Enam puluh juta tahun dahulu, suatu letupan gunung berapi yang besar telah berlaku di kawasan utara Ireland ini. Letupan itu mengeluarkan cairan batu basalt yang kemudiannya menyejuk dan mengeras.

Setelah sekian lama, cairan ini menjadi batu yang merekah seperti bentuk silinder tersusun rapi. Terdapat lebih 37,000 batu poligon terbentuk di kawasan ini. Ada yang berfikir batu-batu ini dibina oleh gergasi dari kisah lampau.

3. Telaga Thor, Oregon, Amerika Syarikat

Telaga ini yang juga dikenali sebagai Spouting Horn, menjadi tarikan ramai pelancong. Telaga ini terbentuk di tengah-tengah batuan yang menyebabkan air laut memasuki kedalamnya.

Air itu kemudian keluar dengan deras ke satu lubang lain yang berdekatan. Tetapi pelancong tidak dibenarkan masuk ke kawasan telaga ini kerasa risiko keselamatan disebabkan aliran air yang deras.

4. Pamukkale, Turki

Tempat ini menjadi salah satu tempat warisan dibawah peliharaan UNESCO World Heritage. Terletak di selatan Turki, Pamukkale ini merupakan tarikan pelancong kerana susunan batuan lata yang menurun yang sebenarnya terhasil dari mendakan mineral selepas aliran air panas. Suhu air panas di lata ini boleh mencecah sehingga 35 °C. Sudah pasni menjadi tempat ramai pelancong berendam di dalam air panas disamping permandanganya yang cantik.

5. Tasik Hillier, Australia

Tasik ini ditemui pada tahun 1802 di kawasan kepulauan barat Western Australia, Recherche Archipelago. Tasik ini dipenuhi air berwarna merah jambu kerana dikatakan hasil dari tindak balas garam, bakteria dan algae yang hidup di dalamnya. Alga ini bernama Dunaliella salina dan bakteria merah jambu itu bernama halobacteria.

6. Badab-e-Surt, Iran

Deretan batu teres jenis travertine ini tebih ribuan tahun lamanya. Travertine adalah sejenis batu yang terhasil dari mendakan meniral kalsium dan ferum oksida yang terhasil selepas aliran air panas mengalir.

Teres batuan yang terletak di utara Iran ini menjadi salah satu tarikan pelancong kerana keunikan dan warna keemasan yang menjadikan permandangan cantik.

7. Gunung Tianzi, China

Terletak di utara kawasan Hunan di China, batuan tinggi menirus ini sering ditumbuhi pokok-pokok dan dilitupi kabus. Pelancong boleh melihat kecantikan permandangan di kawasan ini dengan manaiki kereta kabel.

Dengan permandangan seperti gunung batu tergantung, tidak hairanlah tempat ini menjadi salah satu tempat pergambaran untuk filem blockbuster movie Avatar.

8. Garisan Nasca, Peru

Lukisan berbentuk binatang dan geometri di atas tanah di Peru ini masih menjadi tanda tanya. Ramai yang mempercayai bahawa lukisan yang besar ini dibuat oleh penduduk di kawasan itu lebih 500 sebelum masihi di atas sebab tradisi penduduk setempat.

Disebabkan suhu dan persekitaran yang tidak banyak berubah, garisan lukisan itu tetap dapat dilihat hingga ke hari ini dari atas udara atau dari menara berdekatan. Ada lukisan bentuk yang tidak dikenalpasti sebesar 200m panjangnya.

9. Segitiga Bermuda Triangle, Utara Lautan Atlantik

Dikenali juga sebagai Segitiga Syaitan, kawasan seluas 500,000 batu persegi ini masih dihurung misteri. Ia terletak di utara Lautan Atlantik di antara Bermuda, Florida dan Puerto Rico.

Ramai saintis mengatakan bahawa kawasan itu mempunyai gelombang magnet yang luar biasa. Tetapi kehilangan banyak kapal laut, kapal terbang, jet pejuang dan manusia  masih menjadi tanda tanya.

10. Pulau Socotra, Yaman

Terletak berjauhan dari tanah besar Afrika, pulau ini kelihatan seperti filem fiksyen yang luar biasa. Tempat ini juga dikenali sebagai tempat paling pelik seperti tempat koloni makhluk asing.

Pulau ini ditumbuhi pokok darah naga yang pelik, Pokok berbentuk botol dan beberapa tumbuhan lain yang tidak dijumpai di tempat lain.

11. The Hand in the Desert, Chile

Terletak di padang gurun Atacama di Chile, terdapat satu arca yang unik. Arca berbentuk tangan yang tenggelam di dalam gurun ini dibina oleh seorang pengukir arca dari Chile, Mario Irarrázabal.

Arca ini seperti menunjukkan manusia yang tenggelam di dalam gurun dalam keadaan lemas atau tersiksa tanpa mendapat bantuan dari sesiapa di tengah-tengah gurun yang kosong.

12. Bukit Coklat, Pulau Bohol, Filipina

Bebukit yang berbentuk kon ini terletak di pulau Bohol. Terdapat 1700 bebukit yang berwarna hijau atau coklat di sekitar pulau tersebut. Pada mulanya bukit-bukit ini disangkakan dibina oleh manusia tetapi setelah dikaji, sebenarnya bukit-bukit ini terhasil dari mendapan karang dan perubahan cuaca.

Bukit-bukit ini kelihatan coklat apabila dedaun yang menutupi bukit-bukit itu kering dan bertubah warna kepada warna coklat.

13. Pantai Merah, Panjin, China

Pantai yang berwarna merah ini sebenarnya dilitupi oleh sejenis rumpai laut yang di panggil Sueda. Rumpai laut ini akan berubah warna kepada merah dari pada hijau pada musim luruh.

Pantai ini bukan sahaja menjadi tempat penghijrahan burung-burung tetapi menjadi tempat tarikan pelancong.

14. Plain of Jars, Laos

Terdapat lebih 90 buah balang besar yang diperbuat dari batu yang terletak di daerah Xieng Khouang. Penduduk tempatan percaya balang-balang ini digunakan untuk mengisi beras untuk memberi makanan kepada gergasi.

Tetapi saintis percaya balang-balang ini digunakan dalam majlis pengkebuminan oleh masyarakat lampau.

15. Goblin Valley State Park, Utah, USA

Ini bukan lah planet Marikh, tetapi ia adalah lembah yang tidak berpenghuni di selatan bandar Salt Lake di Utah. Batu-batu yang berbentuk pelik seperti bentuk goblin ini sebenarnya terbentuk hasil dari hakisan angin dan hujan setelah beribu tahun lamanya.

16. Lembah Tulang Paus, Siberia

Terletak di utara pulau Yttygran, 82km dari Alaska, tempat ini menjadi tarikan ramai pelancong. Tulang ikan paus dilihat bertaburan di serata kawasan ini di samping tulang yang tercacak tinggi seperti pintu gerbang atau lorong.

Dikatakan disekitar kurun ke 14, penduduk setempat melakukan pembunuhan ikan paus secara berleluasa untuk tujuan upaca kepercayaan pemduduk terdahulu.

17. Pantai Kaca, California, Amerika

Pantai ini dahulunya adalah tempat pembuangan sampah termasuk botol-botol kaca, barang plastik dan sebagainya. Pembuangan sampai itu dihentikan pada 1960. Setelah dipukul ombak sekian lama, sampah-sampah tersebut bertukar menjadi batu-batu pantai kaca yang berwarna-warni.

Tempat ini menjadi tarikan ramai sehingga ramai yang membawa balik batu-batu kaca tersebut. Siapa tahu pada awalnya pelupusan sampah dan sekarang menjadi tarikan ramai.

18. The Catacombs, Paris, Perancis

Terletak di terowong bawah tanah di kawasan Paris, terletak kawasan makam perkuburan yang meletakkan lebih kurang 6 juta penduduk Paris dahulu kala. Tetapi apa yang menyeramkan adalah tulang-tulang dan tenggorak disusun seperti gallery di sekeliling dinding terowong tersebut.

Kebanyakkan tulang-tulang ini tidak diketahui empunya dan dibina pada kurun ke 8 dan 9. Sekarang ia menjadi salah satu pusat tarikan pelancang di Paris.

19. Fly Geyser, Nevada, Amerika

Geyser atau air pancut panas ini terletak di Gurun Black Rock di Nevada. Pada 1964, satu syarikat tenaga telah menggerudi di kawasan ini tetapi telah terkena air panas bawah tanah.

Sekarang air pancut panas ini masih  mengeluarkan air pancut sehingga 5 kaki tinggi dan menyebabkan terhasil mendapan mineral membukit yang bertambah beberapa inci setiap tahun.  Warna merah dan kehijauan yang cantik itu terhasil dari alga tahan panas yang hidup di kawasan bukit itu.

20. Pulau Kucing, Jepun

Terletak di barat Jepun terdapat pulau yang bilangan kucing melebihi populasi lebih kurang 100 manusia yang tinggal di pulau itu. Pulau ini pada mulanya adalah tempat penghasilan sutera dari ulat sutera tetapi di serang oleh tikus. Pihak tempatan meletakkan banyak kucing bagi mengawal pembiakan dan serangan tikus.

Sekarang tempat ini menjadi tempat tarikan pelancong beserta hotel yang bertemakan kucing. Sudah tentu musuh ketat kucing, si anjing tidak dibenarkan di kawasan ini.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *