11 Rumah Pelik Yang Anda Tidak Pernah Lihat

Share lah dengan kengkawan....

Semua orang impikan kediaman yang cantik, selesa dan menenangkan. Tapi ada di antara kita yang mengimpikan kediaman yang lebih dari biasa. Lihat 11 rumah ini yang dibuat sangat unik sehinggakan kita tidak pernah lihat rumah sedemikian rupa. Adakah rumah-rumah ini menarik, pelik atau luar biasa? Jom kita nengok…

1. Rumah Kaca di Tokyo 

Rumah yang dinamakan “Rumah NA” ini direka oleh arkitek Jepun, Sou Fujimoto. Rumah ini yang terletak di jalan yang sibuk di Tokyo direka untuk menggunakan cahaya matahari untuk menerangi rumah. Berkeluasan 914 kaki persegi, rumah ini memperlihatkan isi rumah dan deko dalaman kerana berdindingkan kaca. Apa yang tiada pada rumah ini adalah privasi. Mungkin apa yang keluarga yang  tinggal di rumah ini buat akan selalu diperhatikan oleh jiran-jirannya.

2. Rumah Air Terjun 

Disebabkan kawasan tanah yang berbukit bukau dan struktur tanah berpokok, rumah ini dibina pada lereng air terjun. Air terjun mengalir dibawah rumah ini di kawasan hutan yang menenangkan. Rumah ini berada di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

 

3. Rumah Keret. Rumah Paling Sempit Di Dunia.

Rumah yang sempit ini dibina di antara dua bangunan ditepinya. Lebarnya hanya antara 92 and 152 CENTIMETER sahaja! Rumah yang berada di Poland ini memiliki 2 tingkat, satu bilik tidur, satu dapur, satu bilik air dan ruang tamu. Nengok je rumah ni dah nampak sempit. Belum masuk lagi…

4. Hotel Boeing 727 di Costa Rica 

Kapal terbang ini sebenarnya pernah digunakan sebagai pengangkutan dari Afrika Selatan ke Columbia. Selepas ianya tidak digunakan lagi sebagai pengankutan, kapal terbang ini dibeli pada harga USD$2,000 dan dibina sebagai rumah di Costa Rica.

Ruang kokpit di hadapan dijadikan sebagai bilik tidur yang memiliki permandangan laut dan taman yang menarik. Hotel ini memiliki dua bilik tidur, dua bilik air, ruang dapur, ruang makan dan ruang tengah yang memiliki banyak tingkap dari kapal terbang.

Harga semalaman di hotel ini berharga USD$388 satu malam (RM1674). Mahalnyaaa!

5. Rumah Hobbit di Wales 

Rumah ini sudah tentu menjadi tarikan semua, terutama jurugambar. Apa yang menarik tentang rumah ini, ianya juga dibina oleh jurugambar dari Wales. Rumah ini dibina dari bahan seperti kayu dan batu dari kawasan berdekatan dengan kos pembinaan hanya  $5,200 (RM22438.00). Pemilik rumah ini mahu menbina rumah seperti dalam filem Lord of the Rings untuk di diami. Dan rumah ini siap dalam 4 bulan sahaja.

6. Rumah Jam Brooklyn 

Rumah apartmen yang unik ini dibina di atas bangunan Menara Jam Brooklyn, New York. Berkeluasan 7,000 kaki persegi, rumah ini memperlihatkan permandangan menarik di sekitar bandar metropolitan New York. Nilainya dijangkakan berharga USD$18 juta (RM77.6 juta). Mahal gillerr!

7. Rumah Flintstones

Rumah unik ini terletak di Malibu, California. Dibina oleh arkitek William Nicholson pada 1976. Pada awalnya, rumah ini berwarna putih, tetapi telah dicat semula dengan warna oren pada tahun 2000. Rumah ini memilik 3 bilik tidur dan dua bilik air. Menarik kan?

8. Rumah Gelongsor di Jepun 

Rumah ini mungkin kelihatan biasa seperti kebanyakkan rumah, memiliki tiga tingkat yang berkeluasan 1,700 kaki persegi. Tetapi apa yang menarik, rumah ini memiliki tangga rumah yang biasa dan gelongsor yang luar biasa untuk digunakan menuruni tingkat rumah. Seronok lah budak-budak kalau datang rumah ni!

9. Crocodile House- Ivory Coast 

Rumah ini dibina pada 2008, oleh arkitek Moussa Kalo. Rumah ini memiliki satu bilik dan ruang tamu. Rumah ini selalu menjadi tarikan kepada penduduk setempat dan pelawat sekitarnya. Siapa nak duduk sini angkat tangan?

10. Rumah Tong Sampah

Bak kata orang, “sampah pada orang, berguna pada yang lain”. Mungkin ini yang Gregory Kloehn, seorang pereka dari California lakukan pada tong lori sampah itu. Gregory Kloehn menjadikan tong lori sampah kepada sebuah rumah yang lengkap dengan keperluan asas seperti ketuhar, dapur mini dan tandas.

11. Home On The Rock 

Siapa perlukan pulau kalau boleh tinggal di atas batu? Percaya atau tidak, rumah ini dibina di atas batu di tengah sungai di Serbia. Rumah ini dibina pada 1969 atas tujuan sebagai tempat berehat sahaja. Tetapi rumah yang memiliki satu bilik sahaja ini tidak pernah jatuh walau pun dilanda banjir atau ribut selama ia berada di situ. Ajaib kan? Rumah ini cuma mengalami kerosakan akibat banjir dan sudah diperbaiki oleh penduduk setempat.

 

Kata Cik Meow Sentap…

Siapa tak nak rumah yang cantik dan selesa kan? Tapi rumah-rumah ni memang unik sekali. Dari yang kurus, sampai yang bentuk buaya pun ada.

Kalau nak beli rumah baik awal-awal masa muda ni. Yang takda duit kumpullah dari sekarang. Takkan nak duduk rumah mak je kan?


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *