7 Gambar Trending Seni Kuku Berambut. Menarik Atau Menggelikan?

Share lah dengan kengkawan....

Macam-macam gaya sekarang ni kalau bercakap pasal trend fesyen. Semua nak nampak cantik dan lain dari yang lain. Tetapi mungkin anda belum lihat lagi trend seni kuku manicure ini. Bukan sahaja kukunya berseni tetapi berambut!

Seni kuku ini dicipta oleh seoran artis lukisan Korea bernama Dain Yoon. Dia memiliki seramai 200k pengikut Instagram hasil dari aksi dan lukisan seninya. Tetapi apa yang me kelihatan pelik atau luar biasa adalah seni kuku berambutnya.

Setiap kukunya dilukis dengan wajah yang mirip dengan mukanya. Bukan sahaja itu, kukunya juga diletakkan rambut supaya lukisan muka itu nampak serupa dengan wajahnya sendiri.

Jika anda perasan, setiap lukisan wajah di kuku yang berbeza memiliki ekspressi wajah yang berbeza-beza. Ada wajah yang senyum, muram, menjeling dan mengejek juga.

Seni lukisan kuku ini menjadi trend di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea, dan Eropah. Tetapi seni kuku berambut ini memang luar biasa sehingga ada yang memuji dan ada yang menyatakan ianya menggelikan.

Bagaimana pendapat korang? Seni kuku ni menarik atau menggelikan?


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *