18 Style Kombinasi Warna Pilihan Untuk Fesyen Lelaki Macho

Share lah dengan kengkawan....

Ramai lelaki sebenarnya tidak ambil kisah tentang kombinasi warna pakaian mereka. Tetapi pilihan kombinasi warna yang sesuai boleh menyerlahkan imej dan peribadi seseorang lelaki tersebut. Kekurangan variasi warna akan membosan kan perhatian terutama pada mata pasangan lelaki. Jika si isteri inginkan si suami menyerlah dengan pakaiannya, cuba pilih antara 18 kombinasi warna pilihan ini yang di senarai khas untuk lelaki.

 

Kombinasi warna utama kelabu dengan warna gelap seperti biru, ungu atau coklat.

 

Kombinasi klasik dengan warna utama biru dan coklat beserta warna biru muda dan kelabu warna sampingan.

 

Kombinasi warna utama cerah biru muda dan coklat cair bersama warna sampingan biru gelap atau merah hati.

 

Kombinasi yang menyerlah dengan warna utama kuning oren dan biru muda beserta warna sampingan biru muda atau kelabu.

 

Antara warna klasik yang popular. Merah gelap dan coklat gelap sebagai warna utama bersama kelabu atau coklat sederhana sebagai warna sampingan.

 

Kombinasi warna kelabu dan biru gelap sebagai warna utama beserta warna sampingan kelabu atau warna biru muda.

 

Kombinasi casual warna utama hijau dan coklat beserta putih dan coklat cair warma sampingan.

 

Kombinasi warna utama coklat cair dan biru dengan warna sampingan biru turquoise dan biru gelap.

 

Kombinasi warna utama kelabu dan merah hati bersama warna sampingan putih dan merah jambu.

 

Kombinasi vintage dengan warna kelabu dan biru gelap sebagai warna utama. Corak menarik dari warna ungu dan hitam sebagai warna sampingan.

 

Kombinasi casual khakis coklat dengan jaket kelabu sebagai warna utama beserta biru merah sebagai warna sampingan.

 

Warna striking kot biru dan jaket labuh coklat cair sebagai warna utama beserta coklat sebagai warna sampingan.

 

Kombinasi sepadan tema merah, maroon, coklat dan coklat cair.

 

Kombinasi kemas coklat cair dan kelabu sebagai warna utama. Biru gelap pula sabagai warna sampingan.

 

Jaket baju sejuk berwarna kelabu dan jaket lengan pendek berwarna biru sesuai sebagai warna utama. Kombinasi menarik dengan warna oren dan coklat sebagai warna sampingan.

 

Kombinasi striking warna peach dan biru gelap untuk warna utama beserta warna kuning dan kelabu warna sampingan.

 

Kombinasi selesa warba gelap hitam dan biru gelap sebagai warna utama beserta warna coklat cair dan biru cair sebagai warna sampingan.

 

Kombinasi James Bond yang casual. Tona biru gelap dan biru sebagai warna utama dan coklat warna sampingan.

 

Kata Cik Meow Sentap…

Memang lah lelaki tak kesah pasal warna-warna ni. Tetapi pada pandangan mata pasangan wanita, pakaian dengan kombinasi warna yang sesuai barulah sedap mata memandang.

Tak salah kalau nak berpakaian dengan kombinasi warna yang sesuai. Asalkan pakaian itu tidak menjolok mata dan dalam kemampuan kita.

Kalau nak nampak menarik tak semestinya perlu mahal. Bijak pilih warna yang sesuai dah boleh menyerlah macam model pakaian kan?

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *