10 Mitos, Fakta Atau Auta Tentang Makanan & Kesihatan Yang Anda Kena Tahu

Share lah dengan kengkawan....

Banyak kali kita dengar tentang beberapa petua tentang kesihatan yang kita tahu. Tetapi adakah petua-petua ini benar-benar fakta atau mitos, auta kata-kata orang semata-mata?

Kadangkala disebabkan hanya orang lain cakap kita terus percaya tanpa selidik sebenar-benarnya betul atau tidak petua-petua itu. Jom baca 10 fakta atau auta yang anda kena tahu tentang pemakanan dan kesihatan anda.

Mitos 1. Tak baik makan selepas pukul 6 petang.

Dah lama dah kita dengar tentang makan selepas pukul 6 ini tak baik untuk kesihatan. Tetapi mungkin ini disebabkan orang dulu-dulu masuk tidur lebih awal di antara pukul 9 atau pukul 10 malam. Tetapi zaman sekarang cara hidup masing-masing sudah tidak sama seperti dulu. Ada yang kerja shift malam dan ada yang pola tidurnya memang lambat tidur.

Sebenarnya anda perlu pastikan yang anda tidak makan 3 jam sebelum tidur dan jangan makan terlalu kenyang kerana makanan yang terlalu banyak itu akan menjadi lemak di dalam badan kerana tidak digunakan sepenuhnya.

Mitos 2. Lemak itu tak baik untuk kesihatan.

Ramai yang kata lemak tidak baik untuk kesihatan. Tetapi tidak semuanya benar. Sebenarnya badan kita perlukan lemak dalam beberapa proses penyerapan vitamin A dan E. Lagipun kalau makanan takde lemak, memang tak sedap lah makanan tu. Jadi macam mana kita nak makan makanan?

Apa yang kita perlu tahu ialah, lemak ada yang baik dan ada yang jahat. Lemak baik seperti lemak dari ikan, kekacang adalah baik untuk kesihatan. Lemak ini akan membantu menstabilkan hormon kita dan melambatkan proses penuaan.

Lemak jahat pula seperti lemak trans, minyak zaitun atau minyak jagung yang digunakan untuk menggoreng pada suhu tinggi, itulah yang bahaya untuk kesihatan. Lemak ini sukar dicernakan dan boleh menyebabkan masalah radang dan risiko kanser.

Mitos 3. Makanan ringan adalah tidak sihat.

 

Makanan ringan nampak seperti tidak sihat tetapi bergantung kepada jenis makanan ringan. Jika makanan ringan itu lebih banyak mengandungi gula, perwarna,perasa tambahan, tepung dan garam sahaja memanglah tak baik untuk kesihatan.

Makanan ringan yang sihat adalah dari sumber makanan semula jadi seperti kekacang, sayur-sayuran dan buah buahan. Jadi tukarkan makan ringan kepada kacang tanah, kacang gajus, kuaci, kerepek rumpai laut atau buah potong.

Mitos 4. Semua makanan organik adalah baik untuk kesihatan.

Banyak makanan organik yang berada dipasaran. Tetapi betul ke ianya benar-benar organik? Makanan organik yang baik adalah yang bukan GMO, tanpa pengawet dan bahan tambahan. Tetapi kebiasaannya makanan yang berada di pasaray mesti di tambah dengan bahan tambahan untuk kekal tahan lama.

Sebenarnya makanan yang betul-betul organik adalah jika anda sendiri yang menanamnya tanpa menggunakan racun serangga atau bahan kimia lain. Anda sendiri tahu sejauh mana oraganik atau tidak makanan itu berbanding di pasaraya. Lagipun harga makanan organik jauh lebih mahal dari biasa.

Mitos 5. Karbohidrat perlu dijauhkan.

Karbohidrat ada di mana-mana. Lagi-lagi Malaysia yang orangnya mesti nak makan nasi. Tetapi sebenarnya apa yang kita perlu tahu tentang karbohidrat ialah kuantiti dan siapa memakannya.

Jika anda bukan jenis orang yang aktif bersukan setiap hari atau minggu, anda perlulah mengurangkan kuantiti karbohidrate. Kerana karbohidrate yang berlebihan akan bertuklar menjadi lemak jika tidak digunakan.

Jika anda seorang yang aktif, mengambil makanan berkarbohidrat perlu lah mengikut kiraan kalori sesuai untuk tubuh dan aktiviti anda.

Mitos 6. Buah dan sayuran rosak selepas disejukkan

Sebenarnya menyejukkan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu nutri di dalamnya tahan lebih lama. Sejukkan di bahagian beku mampu mengekalkan nutrisi buah atau sayuran sehingga sebulan. Tetapi perlulah disimpan bersama kulitnya sendiri.

Mitos 7. Makan mengikut komponen nutrisi baik untuk kuruskan badan.

Bunyi macam pelik tetapi nasihat ini ada diberikan kepada orang yang ingin turunkan berat badan. Sebenarnya cara memakan makanan dengan memisahkan nutrisi adalah tidak sihat. Apabila komponen nutrisi dipisahkan, komponen nutrisi ini menjadi tidak stabil dan baik khasiatnya berkurangan.

Lagipun banyak enzim-enzim penting untuk metabolisma badan hilang dari makanan itu. Cara terbaik adalah makan makanan penuh seperti sebiji buah atau sayuran dan kurangkan kalori bersesuaian dengan tubuh badan anda.

Mitos 8. Beras perang lebih sihat dari beras putih

Beras perang berwarna perang hanya kerana tidak di lunturkan berbanding beras putih. Kandungan kanji di dalam kedua beras perang atau beras putih tidak jauh beza. Apa yang baik adalah anda memastikan kuantiti pengambilan nasi anda kurang dan bersesuaian dengan kalori yang deperlukan untuk tubuh badan anda.

Mitos 9. Jus buah sama seperti makan buah

Ramai yang berfikiran sebegini. Tetapi sebenarnya minum jus buah dengan makan buah itu tidak sama sekali. Apabila buah diblender menjadi jus, banyak fiber, nutrisi, mineral dan enzim berkurangan semasa proses menbuat jus. Ini menyebabkan nutrisi yang sebenar yang anda boleh dapatkan dari sebiji buah berkurang berbanding makan buah tersebut.

Apa yang patut anda lakukan adalah makan buah tersebut. Anda akan dapat kebaikan sepenuhnya nutrisi dan zat mineral dari buah tersebut.

Mitos 10. Sushi adalah makan diet.

Mungkin ada yang berfikiran, jika mahu diet makan sushi sudah cukup. Tetapi ramai yang tidak tahu yang sebenarnya nasi, kicap, mayonis di dalam sushi adalah tidak sihat untuk mereka yang hendak berdiet. Pemilihan makanan yang betul adalah penting semasa diet dan sushi bukanlah pilihan terbaik.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *