20 Idea Bernas Menyimpan Barang Di Rumah Anda

Share lah dengan kengkawan....

Kebanyakkan kita suka menyimpan barang. Tetapi takkan nak simpam semua barang di store sahaja kan? Apa kata anda cuba 20 idea bernas menyimpan barang di rumah anda ini. Idea-idea ini bukan sahaja membantu anda menyimpan barang tetapi juga memudahkan anda menggunakan barang yang anda perlukan bila anda betul-betul memerlukannya.

Ramai yang terlepas pandang kepada ruang-ruang yang ada di dalam ruang bilik atau dapur. Ruang-ruang sempit ini walau pun kecil dan sempit, tetapi jika digunakan dengan bijak, dapat membantu menyimpan barang dan memudahkan penggunaan barang yang diperlukan. Jom kita lihat idea bernas menyimpan barang di rumah anda yang anda boleh praktikkan.

Kombinasi penyangkut baju dan gegelang langsir bilik mandi, anda boleh membuat tempat menyimpan skaf dan tudung.

Jika anda ada ironing board jenis boleh lipat, anda boleh menyimpat di dalam laci kabinet. Bila anda perlu menggosok pakaian, anda hanya buka laci dan luruskan papan iron board dan sedia menggosok baju.

Di ruang sempit ini anda boleh menyimpan barang -barang kecil seperti botol rempah-ratus dan herba.

Pintu sliding di kabinet dapur anda boleh gunakan untuk menyimpan perkakas dapur seperti kuali dan periuk.

Tikar untuk permainan kanak-kanak ini sebenarnya boleh bertukar menjadi beg yang besar. Setelah habis bermain, anda boleh terus tutupkan tikar dan menyimpan barang permainan terus ke dalam store hanya dalam beberapa saat sahaja.

Jika anda ada bingkai lama, anda boleh jadikan ia untuk tempat menyimpat barang kemas seperti anting-anting, gelang, rantai dan sebagainya. Ianya disusun cantik dan nampak seperti dekorasi meja.

Kotak pemegang majalah seperti ini, anda boleh gunakan untuk meletak barangan lain di tempat yang sesuai.

Gunakan bekas telur, warnakan dengan warna yang cantik dan letakkan di dalam laci. Boleh digunakan untuk meletak barangan kecil seperti anting-anting, brooch, butang dan sebagainya.

Pasang rak boleh lipat seperti ini boleh memudahkan menyimpan perkakas yang segera digunakan seperti blender, pembancuh kopi dan sebagainya.

Anda boleh meletakkan rak alas kecil seperti ini ditepi katil untuk meletakkan barang keperluan sementara anda berehat di bilik tidur.

Gunakan ruang dibawah katil anda untuk menyimpan barang. Ini menjimatkan ruang dan meluaskan bilik anda.

Bekas buah-buahan boleh digunakan untuk meletakkan barangan mandi dan solek yang mudah dicapai bila mahu digunakan.

Rak kecil yang sesuai boleh diletakkan di tangki air tandas untuk meletakkan barang dan menjimatkan ruang.

Rak kecil untuk botol rempah-ratus boleh juga digunakan untuk meletakkan barangan keperluan mandi di bilik air.

Rak majalah seperti ini boleh juga diletakkan di dalam pintu kabinet untuk meletakkan barang seperti aluminium foil, plastik pembungkus makanan dan sebagainya.

Letakkan penyangkut tuala di dalam pintu kabinet dapur untuk ruang menyimpan penutup periuk. Sungguh membantu menjimatkan ruang.

Letakkan rak kecil tambahan di dalam peti sejuk sangat membantu untuk menyimpan tin minuman, botol-botol kecil seperti ubatan dan kegunaan masakan.

Gulungan kertas dari tisu dapur boleh digunakan untuk menyimpan wayar di dalam laci kabinet. Wayar-wayar itu tidak lagi kusut dan ia mudah diambil bila diperlukan.

Rak kecil seperti ini sangat membantu menyimpan barangan keperluan mandi di bilik air.

Rak kecil seperti ini sesuai untuk meletakkan baranagn keperluan mandi di atas sinki bilik air yang kecil.

Mana satu dari 20 idea bernas menyimpan barang di rumah anda yang anda suka?

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *