16 Rumah Impian Yang Hebat Dibina Dari Kontena

Share lah dengan kengkawan....

Pada asalnya kontena digunakan untuk membawa barang muatan yang banyak melalui kapal. Tapi lama kelamaan kontena-kontena ini ada yang tidak boleh digunakan lagi.

Jadi apa yang boleh kontena ini di gunakan selain membawa muatan?

Jika anda seorang yang kreatif dan sukakan kelainan pada tempat tinggal anda, Rumah Kontena mungkin boleh menjadi pilihan dekorasi rumah anda. Rumah bersegi kotak dan nampak simple ini hanya perlu dicatkan dengan warna yang menarik di samping hiasan dalaman yang lengkap sebagai tempat tinggal.

Kos satu kontena kosong di Malaysia di antara RM5000 sehingga RM10000 bergantung kepada jenis kualiti kontena dan saiznya. Lenih lama kontena kosong itu tidak digunakan, lebih murah harga kontena itu boleh dibeli.

Untuk menjadikan kontena sebagai rumah sendiri sudah tentu tidak mudah. Anda perlu membuat perincian rapi disamping budget, kos dan pelan pembinaan rumah yang sesuai.

Anda perlu memastikan lokasi tanah untuk rumah kontena anda stabil dan sesuai dengan konsep rumah kontena ini. Setelah mengetahui lokasi dan kos yang diperlukan, anda boleh berbincang dengan arkitek atau pereka hiasan dalaman untuk menyusun pelan rumah anda.

Memiliki rumah yang unik seperti rumah kontena ini sudah tentu akan memberi kepuasan kepada anda kerana keunikan rumah anda adalah hasil dari idea anda sendiri. Anda boleh melihat contoh rumah kontena yang menarik ini sebagai inspirasi rumah anda.

Kata Cik Meow Sentap….

Fuhhh! Cantik-cantik rumah kontena nih. Macam-macam gaya ade.

Tapi satu kontena jek boleh sampai RM 10 ribu harganye? Kalau ade yang nak sponsor Cik Meow buat rumah kontena ni best jugak kan?

Dapat lah Cik Meow berguling-guling dalam rumah kontena yang cantik nih hehehe.

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *