Nasihat Pak Aji : Dengar Berita Pelik Jangan Sebarkan! (Video)

Share lah dengan kengkawan....

Haaa korang selalukan dengar macam-macam berita dari kawan-kawan korang. Dari dalam telefon lah, facebook lah, grup whatsapp lah. Korang rase berita tu betul ke? Dah check betul-betul ke berita tu berita palsu ke fakta? Dah tanya ke tuan punya badan pasal berita tak elok tu?

Bunyi memang best je sikit-sikit terus nak share. Tapi korang tahu tak kalau berita tu tak baik dan palsu, itu kan dah dikira fitnah. Kalau korang yang sebarkan pastu orang lain pun sebarkan berita fitnah tuh, korang kumpullah dosa-dosa diorang yang sebarkan tu. Senang je dapat dosakan?

Kalau nak guna facebook ke whatsapp ke apa-apa media sosial tu kenalah bijak skit. Fikirlah dulu setiap apa yang kita lakukan tu betul atau tak. Paling selamat asal ade berita pelik atau yang tak pasti kebenarannya tu korang diamkan aje dan tak payah share. Jom kita nengok pesanan dari ustaz-ustaz pasal fitnah nih…





Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *