Perempuan Muslimah Cina yang Bertudung disangka Gila, Diminta berjumpa Pakar Psikologi (Video)

Share lah dengan kengkawan....

Disebabkan pakai tudung, seorang perempuan muslim  di China diminta berjumpa dengan Pakar Psikologi. Pelik kan?

BBC

Tapi itu lumrah mereka yang beragama minoriti seperti Islam berbanding majoriti di China. Rahmah yang lahir dari keluarga Muslim di daerah Qinhai, China mengatakan dia terpaksa berhadapan dengan diskriminasi kerana memakai tudung. Namun dia tetap tabah mengekalkan identitinya sebagai muslimah sebenar.

Dalam perbualan dengan BBC, Rahmah mengatakan, “Saya akan tetap memakai tudung dan tetap yakin pada agama saya. Saya perempuan Cina bertudung.”

Di China, terdapat lebih 23 juta penganut agama Islam yang memakai tudung sebagai muslimah dan dianggap pelik.

BBC

Rahmah mula memakai tudung ketika di maktab perguruan tinggi dan semakin mendalami ilmu Islam.

“Di perguruan tinggi saya putuskan untuk memakai tudung.”

“Identiti sebagai Muslim membuatkan saya unik dan pelik pada masyarakat di Cina. Banyak orang yang salah erti dan memandang buruk sebab saya pakai tudung,” kata Rahmah.

“(Nama asal) Saya Ye Qingfang. Nama muslim saya Rahmah, maksudnya anugerah.”

Semasa di maktab, Rahman pernah diminta berjumpa dengan pakar psikologi.

“Pada mulanya, orang tak memahami saya. Mereka menyuruh saya berjumpa pakar psikologi. Mereka bertanya adakah saya gila atau dirasuk oleh setan seperti itu,” katanya.

BBC

Rahmah pernah mengajar bahasa Cina di kota tempat asalnya, Qinhai. Tetapi dia terpaksa berpindah ke Beijing kerana peraturan yang melarang dia memakai tudung.

“Sekolah tidak mahu guru yang memakai tudung. Mereka merasakan saya akan memberi pengaruh buruk.”

BBC

Setelah habis berfikir, Rahmah akhirnya memutuskan untuk berpindah ke Beijing pada 2012 dan membuka butik Muslimah keluarannya sendiri..

Rahmah teguh mengatakan, dia mahu menjadi wakil perempuan Muslim Cina yang berani  mengekalkan identiti muslimahnya.


“Saya ingin menjadi wajah muslimah bertudung di Cina, mewakili perempuan Muslim yang lain.”

“Saya berharap perempuan Muslim percaya dengan diri mereka untuk memakai bertudung, dan tetap tenang dan elegan di tempat-tempat kerja,” tambahnya.

Kata Cik Meow Sentap…

Cantik Rahmah ni pakai tudung kan? Bersungguh-sungguh die nak pakai tudung membuktikan dia ni muslimah yang sebenar.

Kat Malaysia yang agama rasmi nya Islam, ada pulak muslimah yang tak nak pakai tudung. Pulak tu, ade yang mula-mula tak pakai tudung. Pastu pakai tudung. Tiba-tiba tak pakai tudung balik…Ish! Ish! Ish!

Relaxlah…

Iman masing-masing katanye. Contohilah Rahmah ni ye. Jangan jadik macam perempuan bertudung biskut “chips more” tuh!


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *