Perempuan ini Berbelanja USD20,000 & Hampir Mati Untuk Menjadi Seperti Patung Barbie (Video)

Share lah dengan kengkawan....

Ramai orang sanggup lakukan apa sahaja untuk merubah masa depan masing-masing. Ada juga yang bersungguh untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan menawan. Sanggup berdiet, bersenam, pergi gym dan sebagainya untuk menjadi sihat dan menawan. Tetapi lain pula pada Amanda Ahola. Perempuan ini berbelanja USD20,000 & hampir mati untuk menjadi seperti patung barbie. Gila kan?

Kalau difikirkan betul-betul, siapalah yang sanggup berbelanja USD20,000 & hampir mati untuk menjadi seperti patung barbie? Tapi dunia ini sememangnya penuh dengan keunikan dan luar biasa yang banyak lagi kita tidak ketahui.

Amanda Aloha dari Jyväskylä, Finland hanya berumur 21 tahun apabila dia mula melakukan perubahan drastik untuk menjadi seperti patung barbie. Dia telah melakukan pelbgai prosedur termasuk pembedahan hidung, merubah bibir, suntikan botox, dan tiga kali pembedahan buah dada. Kesemuanya menelan kos USD20,000 ( RM81380.21 di waktu ini).

Pembedahan buah dadalah yang merisikokan dirinya yang hampir maut akibat komplikasi pembedahan. Walaupun pada pembedahan ketiga, dia mengalami sawan akibat bengkakan di otaknya, dia masih sanggup lagi menjalani perubahan dengan pembedahan untuk menjadi seperti patung Barbie yang sebenar.

Katanya “Cita-cita utama saya adalah untuk menjadi seplastik mungkin. Maksud saya, Barbie memang nampak sempurna, jadi saya ingin menjadi seperti patung Barbie seboleh yang saya mampu. Bila orang kata saya ni plastik atau nampak seperti Barbie, saya sangat gembira!”.


Sebenarnya, impian Amanda untuk menjadi seperti patung Barbie bermula sejak kecil lagi. Pada umurnya 16 tahun, dia sudah menyusun pelan apa yang dia perlu lakukan untuk mencapai impiannya itu.


Pada umurnya 18 tahun, dia sudah menjalani pembedahan pembesaran buah dada. Semenjak itu dia sudah melakukan beberapa pembedahan kosmetik yang lain yang menelan kos yang besar. Amanda perlu bekerja lebih masa untuk mengumpul duit bagi menampung kos pembedahannya. Dia juga mendapat sumbangan dari sugar daddynya.

Keluarganya sangat menyokong impiannya pada permulaannya. Tetapi apabila dia mendapat komplikasi pembedahan yang terakhir yang hampir meragut nyawanya, keluarganya bimbang akan keadaannya. Keluarganya tidak menyangka yang Amanda masih ingin melakukan pembedahan seterusnya walaupun apa yang telah terjadi kepadanya.

“Implan buah dada yang ketiga bersaiz 1200cs, dan sebenarnya saya nak lebih besar lagi. Tak kesah pun berapa saiznya, saya tak puas selagi tak dapat sebesar yang saya mahukan” katanya.

Pada fikiran umum, Amanda ini perlu berjumpa pakar sakit mental. Tetapi keluarga Aloha sendiri menyatakan itu pilihannya. Mereka hanya harap tidak akan berlaku tragedi yang tidak baik pada Aloha lagi. Lihat Amanda bersama keluarganya yang tenang menyokongnya walaupun Amanda berbelanja USD20,000 & hampir mati untuk menjadi seperti patung barbie.

Apa pendapat korang dengan Amanda Aloha nih? Kalau korang ada member macam ni ape yang korang akan buat?

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *