Kisah Inspirasi Disebalik Juara Pecut Dunia Paralimpik 2016, Ridzuan Puzi Yang Anda Tidak Tahu

Share lah dengan kengkawan....

Siapa tak kenal Ridzuan Puzi atau nama penuhnya Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi. Beliau adalah Juara larian pecut dalam acara pecut 100m T36 di Paralimpik 2016. Kejayaan beliau memang menjadi kebanggan seluruh rakyat Malaysia. Tetapi tidak ramai yang tahu kisah disebalik Ridzuan Puzi ini.

Kisah inspirasi Ridzuan Puzi sebenarnya diceritakan oleh seorang pengguna Twitter bernama Wahyu Ilahi. Siapa sangka seorang jaguh pecut dunia paralimpik ini bermula dari orang biasa yang menghidap penyakit cerebral palsy. Pada permulaannya beliau bermula dari seorang yang rendah diri dan bekerja di warung nasi lemak.

Bakat Ridzuan atau lebih mesra dikenali sebagai Dek Wan ini dicungkil dari seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Affizam Amdan, 46, yang juga menjadi jurulatih beliaulah yang bertanggungjawab menggilap bakat Dek Wan dalam acara larian pecut.

Ridzuan pada mulanya dihantar untuk menjalani latihan kemahiran asas perabot di Bengkel Batu Murni, Batu Bertangkup, Cuping, Perlis oleh ayahnya. Tetapi Affizam telah mengenali dan mendapati yang Ridzuan ini memiliki bakat di acara sukan larian pecut.

 

Selama dua tahun, Affizam telah mengambil Ridzuan dari bengkel dan membawanya ke stadium untuk berlatih. Setelah selesai sesi latihan, Affizam juga akan menghantarnya pulang ke rumah ayahnya.

Setelah sekian lama berlatih, bakatnya mula menyerlah. Ridzuan mendapat kejuaraan di Kejohanan Sukan peringkat zon, dan juga di Kejohanan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU).

Disamping tekun berlatih di balapan, Ridzuan juga bekerja di gerai nasi lemak. Jadual latihan dan pekerjaannya di susun rapi supaya beliau tidak terlepas dari sesi latihan. Ridzuan mendapat gaji sebanyak RM15 sehari di gerai nasi lemak tersebut. Malah rakan-rakan OKU yang lain juga berkerja sama di gerai nasi lemak itu.

Seorang lelaki Cina bernama Chuah Heng Oon adalah salah seorang yang banyak membantu belaiau dalam karier sukannya.  Chuah Heng Oon yang berumur 57 sering mengikuti perjalanan sukan larian pecut Ridzuan sehingga dia fikir bahawa dia juga boleh turut membantu Ridzuan dalam sesi latihan.

Mengimbau kenangan pada tahun 2008, Chuah Heng Oon membelikan Ridzuan sepasang kasut sukan yang baharu. Ini kerana kasut yang digunakan Ridzuan pada ketika itu sudah lusuh, buruk dan rosak.

Kasut sukan pecut berpaku itu menjadi memori indah kerana pertolongan mereka yang sentiasa yakin dengan kemajuan Ridzuan dalam sukan larian pecut ini.Ridzuan kemudiannya semakin gigih berlatih untuk Kejohanan Sukan Para ASEAN 2009.

Selepas Ridzuan balik dari Kejohanan Dunia Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Ridzuan tidak lupa kepada mereka yang menyokong perkembangan sukannya. Ridzuan telah pulang ke kampung dan bertemu Chuah Heng Oon. Sudah tentu Chuah Heng Oon berbangga dengan kejayaan Ridzuan di kejuaraan dunia itu.

Ridzuan juga tidak lupa kepada jurulatih kebangsaan yang membentuk beliau menjadi atlet yang berjaya. Jurulatihnya, R.Jeganathan sentiasa memastikan Ridzuan mengikuti sesi latihan yang serius dan berkesan. Nasihat dan tunjuk ajar jurulatihnya sidah tentu memberi impak yang baik bagi Ridzuan meraih kejuaraan larian pecut di peringkat antarabangsa.

 

“Terima kasih jurulatih Affizam, terima kasih jurulatih Jeganathan. Terima kasih uncle Heng Oon. Terima Kasih rakyat Malaysia yang memberi sokongan.

Ridzuan tidak pernah pergi ke sekolah kerana penyakit yang dihadapinya. Beliau juga tidak tahu membaca dan menulis. Tapi anak muda ini memiliki semangat yang sangat besar!

Kisah ini membuktikan bahawa ketidaksempurnaan bukanlah penghalang mutlak kepada seseorang untuk berjaya. Banyak yang boleh kita pelajari dari kisah Ridzuan ini. Selagi impian di dalam kepada, selagi semangat membara, selagi usaha tidak berhenti, kejayaan sudah tentu akan kita kecapi.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *