Bagaimana Manusia Zaman Sekarang Boleh Membunuh Minda Kreatif Anak-Anak (Video)

Share lah dengan kengkawan....

Kehidupan zaman sekarang memang sebuk dan menyebukkan. Penat dan membosankan. Semuanya nampak stereotaip. Sama sahaja kan. Ibu bapa bangun pagi untuk ke tempat kerja. Anak-anak pergi ke sekolah. Ibu bapa yang bekerja buat perkara yang sama sahaja di tempat kerja. Jika ada idea yang kreatif dan luarbiasa, mungkin pihak majikan tidak layan. Dan idea yang mungkin bernas terus dibuang ke dalam tong sampah. Kehidupan sekarang memang berbahaya dan boleh membunuh minda kreatif anak-anak.

huffingtonpost

Anak-anak juga, jika ada idea yang menarik dan kreatif, mungkin akan dimarahi guru di sekolah. Jika ideanya kedengaran luarbiasa dan fantasi, hanya akan mengundang kemarahan guru-guru di sekolah. Budak-budak sudah tidak boleh berangan atau berfikiran kreatif. Asal ke sekolah, mesti mendapatkan gred yang bagus dan markah penuh sahaja di dalam akademik. Bidang kreativiti hanya seperti mengisi masa lapang sahaja. Angan-angan dan kreativiti seperti tiada masa depan.

gifenvie

Mungkin itu hakikat sebenar zaman sekarang ni kan. Hanya individu yang berani bersuara dan merubah haluan hidup dirinya sahaja boleh menrealisasikan angan-angan semasa kecilnya. Terserah pada ibu pada yang berfikiran terbuka untuk membantu dan menyokong angan-angan “kosong” itu.

Cuba lihat filem pendek ni. Mungkin korang akan terkesan bahawa kita jugalah yang membunuh minda kreatif anak-anak masa hadapan.

Kata Cik Meow Sentap…


Kecik-kecik dulu selalu je kene marah dengan orang tua. “Jangan berangan. Nanti jadi Mat Jenin!”.

Tapi bila pikir balik impian kan dari angan-angan dulu. Pastu usahakan barulah jadi kenyataan. Cuma mungkin orang dulu tak kasik berangan bende-bende yang mengarut atau tak bertempat.

Kalau berangan ingat-ngat lah jugak. Asyik berangan tapi kerja tak siap-siap memang kena marah lah dengan bos korang.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *