Bagaimana Kehidupan RM3 Sehari Selama 6 Bulan Boleh Berubah Sehingga Keuntungan RM30,000

Share lah dengan kengkawan....

Dengar macam tak logik tetapi inilah kisah hidup sebenar seorang rakyat Malaysia yang bersusah payah pada awalnya dan sekarang sudah berjaya dengan perniagaan sendiri. Sudah tentu hidup seharian denganRM3 setiap harian sangat menyukarkan sesiapa sahaja. Apatah lagi kehidupan di kota yang sebuk dan memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Tetapi dengan semangat yang kuat, dia mampu mengubah hidupnya sehingga RM30,000 keuntungan perniagaan pertamanya.

Pemuda yang bernama Muhd Alatas ni pada mulanya tinggal di kawasan Simpang 3, Batu Caves. Dengan tempat tinggalnya hanya di bawah fly over yang sempit, dia menjalani kehidupan seharian bersama rakan-rakan lain.

Alatas atau lebih dikenali sebagai Roy ini bekerja di Mid Valley di sebuah kedai penghias dekorasi rumah. Tetapi pekerjaannya itu hanya menjanjikan gaji sebanyak RM10 setiap hari. Walaupun sedikit, tetapi dia tetap meneruskan pekerjaan itu untuk meneruskan kehidupan. Disebabkan kos petrol dan perjalanan yang mahal, dia hanya boleh menyimpan RM3 untuk kegunaan lain.

Dengan berbekalkan simpanan RM 3 setiap hari, duit itu digunakan untuk makanan, minuman dan simpanan. Percaya atau tidak, dari RM 3 itu, RM1 digunakan untuk membeli maggi, RM1 untuk minuman dan baki RM1 lagi digunakan untum menyimpan.

Setiap hari dia hanya makan mee maggi satu bungkus sehari. Kadangkala satu bungkus mee maggi dibahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian maggi untuk makan di waktu siang dan satu bahagian lagi untuk makan malam. Bayangkan keadaan dia pada waktu itu, sudah tentu sungguh kesusahan.

Berbekalkan simpanan RM1 setiap hari, setiap bulan Roy boleh menyimpan RM30 sebulan. Tabiat menyimpan itu terus dilakukan dengan penuh disiplin. Kehidupan yang bermodalkan RM3 ini terus dilakukan dalam jangka masa 6 hingga 8 bulan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan Roy yang sangat sukar ketika itu.

Setelah simpanannya semakin hari semakin bertambah, Roy mula mengorak langkah membuka gerai di pasar malam. Dengan bermodalkan RM500, Roy membeli dapur gas, kanopi dan barangan dapur untuk memulakan bisnes makanan kecil-kecilan. Dalam masa 8 bulan beroperasi, usaha kecil Roy dan rakan-rakan sudah mula menampakkan hasil. Tetapi kehidupannya masih sukar seperti sebelumnya.

Berbekalkan modal dari hasil jualan makanan di gerai, Roy mula mengambil inisiatif untuk mendapatkan lesen perniagaan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Roy mula membina perniagaan perhiasan dalaman dan rekaan fesyen di Kuala Lumpur. Berkat dari usaha yang gigih beserta semangat yang tinggi, Roy dapat mengumpul keuntungan pertama dari perniagaan perhiasan dalaman dan rekaan fesyennya sebanyak RM30,000.


Lama kelamaan, perniaagaan Roy semakin banyak mendapat permintaan. Ralai yang tertanya bagaimana Roy boleh menghasilkan rekaan dalaman rumah dan rekaan fesyen yang kreatif dan menarik. Jujur Roy menyatakan, Roy banyak mempelajari dari tempat kerja awalnya beserta ilmu yang dipelajarinya sendiri dari internet. Kerana kesedaran untuk menguasai ilmu, Roy pelajari selok belok pematerian besi, pertukangan kayu, pembuatan perabot kreatif, pembuatan wood pallet dan banyak lagi.

Ramai yang bertanyakan tahap pendidikan Roy. Dengan jujur Roy menyatakan Roy hanya mampu belajar sehingga tingkatan dua sahaja kerana ibu Roy ketika itu tidak mampu bayar yuran persekolahnya. Disebabkan kesempitan kewangan, ibu Roy menyuruh Roy berhenti belajar dan mula bekerja di kilang.

Roy banyak belajar dari kesusahan yang berlaku pada keluarganya. Dengan kesusahan itu, Roy banyak berusaha untuk meribah masa depan diri dan keluarganya. Prinsip Roy mudah sahaja. Pertama sekali kita perlulah jujur pada diri sendiri. Jika kita tidak mampu jujur kepada diri sendiri, sudah tentu kita boleh menipu orang lain. Kejujuran adalah prinsip penting dalam kehidupan.

Ramai orang yang menginginkan kehidupan yang hebat. Ingin memiliki rumah yang besar, kereta yang mewah dan sebagainya. Nasihat Roy, kita perlulah sedar keadaan dan kemampuan diri sendiri. Utamakan perkara yang penting dahulu di dalam kehidupan. Cukupka keperluan asas untuk kegunaan diri dan keluarga. Yang penting hidup dengan senang hati dan tidak menyusahkan orang lain.

Kini perniagaan Roy sudah semakin maju. Perniagaan Roy sudah berkembangan sehingga ke projek perumahan rumah banglo dan persendirian. Roy cukup bangga dapat merubah masa depan keluarganya dengan hasil usaha diri sendirir. Kisah Roy ini wajib menjadi contoh kepada kita dan generasi sekarang agar sentiasa berusaha gigih untuk berjaya dalam kehidupan.

Kata Cik Meow Sentap…

Hebat! Memang betul-betul kagum dengan kisah Roy nih. Dari keluarga yang yang susah, hidup dia pun susah, dia masih bertahan untuk menyimpan duit. Tak boleh bayangkan masa dia hidup dengan RM3 setiap hari dan makan maggi sahaja setiap hari.

Inilah contoh yang kita kena ikut. Jangan nak bagi alasan je cakap semua susah, jangan nak kata malas lah, jangan nak kata kenapa orang lain tak tolong dia. Pemikiran macam ni lah yang merosakkan kita.

Bila nak berjaya, yang penting pemikiran mesti positif, banyak belajar dan sabar dengan ujian. Percayalah kita mesti boleh berjaya. Berusahalah!


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *