28 Fakta Bernombor Yang Berlaku Dalam Sehari Di Dunia Ini Yang Anda Tidak Pernah Tahu.

Share lah dengan kengkawan....

Satu hari ada 24 jam. Setiap jam yang berlaku untuk seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tetapi tanpa kita sedar ramai juga yang melakukannya di dunia ini. Anda tahukah berapa bilangan yang bayi yang baru lahir setiap hari? Berapa banyak kita bernafas sehari? Berapa banyak perkataan kita cakap dalam sehari? Jom kita lihat fakta bernombor yang berlaku dalam sehari di dunia ini.

Semua nombor di bawah ini berlaku hanya dalam sehari di dunia ini.

365,000 bayi baru dilahirkan setiap hari

Dalam lingkungan 18 juta manusia menyambut hari lahir dalam sehari

Petir sambung menyambung sebanyak 8.6 million sehari.

Setiap pokok menghasilkan oksigen yang cukup untuk setiap 2 makhluk di bumi ini

142,000 kereta baru akan dikeluarkan.

Pekerja di China akan memungut 510,000 tan beras.

Ayam di serata dunia menghasilkan 190 juta telur.

Manusia di dunia akan flush toilet sebanyak 22 billion kali. Jumlah air itu boleh menampung separuh keperluan mandi di seluruh dunia.

40,000 pokok akan di potong untuk membuat kertas. 27,000 lagi pokok untuk membuat tisu.

Secara purata, setiap orang ketawa 15 kali.

Jantung anda akan berdenyut sebanyak 104,000 kali.

Secara purata setiap orang mendapat $16.

Angkasawan di Stesen Angkasa akan bersin 100 kali sehari kerana graviti sifar menyebabkan habuk bertebaran semula di udara di dalam stesen.

Setiap orang bernafas 23,000 kali.

93,000 ekor tikus akan lahir di London sahaja. Kalau satu dunia mesti banyak gila kan?

150-200 hidupan dunia seperti binatang dan tumbuhan akan pupus disebabkan kerosakan ekologi.

Setiap orang akan berjalan secara purata 8,000 langkah.

Setiap kelawar akan makan 1,000 serangga.

Ada 7 gempa bumi diberlainan kawasan dan 18,000 ribut berlaku serata dunia.

Secara purata, setiap orang menghabiskan 12 minit untuk mandi.

Badan kita akan kehilangan dan menghasilkan sehingga 50 trillion sel.

Secara purata, setiap orang menggunakan 20 minit untuk buang air.

Rambut kita tumbuh 0.35 millimeter sehari.

Manusia hilang 40 hingga 100 rambut sehari.

231 juta manusia berasmara dalam sehari.

Setiap manusia akan berkata lebih kurang 48,000 patah perkataan.

15 juga rokok dijual di serata dunia.

Mayfly (sejenis pepatung) hidup paling lama dalam sehari sahaja.

Macam-macam kan yang berlaku dalam sehari tanpa kita sedari. Banyak lagi fakta yang tidak kita ketahui lagi sebenarnya. Tetapi nombor ini cukup menggambarkan diri kita seorang adalah sangat kerdil untuk dibandingkan.

Yang mana di antara fakta bernombor yang berlaku dalam sehari di dunia ini yang anda tak percaya?


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *