41 Contoh Iklan Kesedaran Sosial Menyindir Mereka Yang Melakukan Kesalahan Sosial

Share lah dengan kengkawan....

Semakin hari semakin banyak kesalahan sosial di kalangan masyarakat yang terjadi. Tetapi sejauh manakah masyarakat sedar tentang kesalahan mereka? Pengiklanan sosial menjadi salah satu medium untuk menyedarkan masyarakat tentang kesalahan mereka. Tetapi pengiklanan perlu menyampaikan mesej kesedaran sosial yang berkesan sehingga mereka sedar dan sedia berubah. Mari kita lihat 41 contoh pengiklanan yang menggunakan konsep menyindir dalam menyedarkan kesalahan sosial masyarakat.

 

Memandu dengan mabuk boleh menyebabkan kemalangan. Kalau mabuk pastu bawak kereta, haa korang pilih lah nak naik apa kalau dah kena kemalangan. Yang paling menyindir tu ada keranda dah sedia dah menunggu.

 

Mangsa keganasan adalah manusia juga. Iklan ni nak menyedarkan masyarakat umum yang kita tidak sepatutnya melakukan kekerasan kepada sesiapa pun.

 

Iklan ni nak menyampaikan mesej kepada mereka yang memandu dalam keadaan mabuk. Bayangkan kalau berlaku kemalangan, ianya seperti memukul orang lain yang tak bersalah!

 

Nampak macam iklan membaca. Tetapi iklan ni nak menyindir mereka yang merokok. Statistik menyatakan mereka yang merokok akan mati 15% lebih awak dari mereka yang tidak merokok.

 

Iklan tentang kepupusan haiwan. Kalau lihat jerung nampak menakutkan. Sebenarnya kalau banyak haiwan yang pupus lebih menakutkan kerana generasi akan datang dah tak dapat nak mengenali haiwan tersebut.

 

Iklan menyindir isu perkauman. Hanya kerana berlainan warna kulit tidak menggambarkan kehidupan masa depan mereka. Iklan ini menyindir mereka yang bersifat perkauman kerana kita semua lahir dengan lemah seperti bayi, bagaimana warna kulit boleh menentukan masa depan?

 

Iklan kesedaran penjagaan pokok menghijau. Semua orang tahu yang kertas diperbuat dari pokok. Jika anda buka surat seterusnya seperti anda memotong satu pokok. Memotong pokok sangat mudah sedangkan menghidupkan pokok mengambil masa beberapa tahun!

 

Iklan kesedaran memandu perlahan. Kalau yang memandu laju tu akan dikesan kelajuannya. Kalau lebih laju yang dibawa, menggambarkan lebih lama lah mereka akan duduk di dalam hospital selepas berlaku kemangan.

 

Iklan kesedaran mengurangkan penggunaan kertas. Jika kita kurang menggunakan kertas, kita sebenarnya bersama menyelamatkan planet bumi kita. Bila banyak kertas digunakan, banyak pokok hijau yang ditebang, gambar simbolik negara menjadi hitam menggambarkan pokok semakin berkurangan di dunia.

 

Iklan kesedaran pencemaran udara. Apabila asap yang kotor bertoksik dibebaskan ianya berpotensi membunuh kehidupan. Ia menyindir mereka yang membebaskan asap adalah seperti pembunuh!

 

Dengan penggunaan media sosial yang meluas, banyak orang ‘like’ gambar-gambar pernindasan yang berlaku. Sebenarnya like sahaja tidak membantu menyenangkan mereka. Masalah penindasan perlu diselesaikan  bukan sekadar dengan ‘like’ sahaja.

 

Lihat apa di dalam perut burung yang telah mati. Iklan ini menyindir manusia kerana membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan alam sekitar. Haiwan ini mati mungkin kerana manusia yang membuang sampah tanpa rasa tanggungjawab.

 

Perokok tahukah apa perasaan orang disekeliling? Iklan ini meyindir mereka yang merokok adalah tidak ubah seperti ekzos kenderaan yang mengeluarkan asap kotor.

 

Ada nampak mereka yang tendang kucing atau anjing? Iklan ni menyindir mereka yang berbuat demikian. Mereka sepatutnya sedar yang menendang haiwan tu bukanlah permainan tetapi pernindasan. Kalau nak main tendang-tendang pergilah sepak bola bukannya haiwan!

 

Anda tahu apa yang boleh berlaku jika anda bercakap melalui telefon dengan kawan anda yang sedang memandu. Kawan anda itu boleh mengalami kemalangan kerana hilang fokus dalam memandu. Mahukah anda menjadi penyebab kematian kawan anda?

 

Tidak siapa akan menganggap kanak-kanak akan menjadi tentera militan. Tetapi ini memang berlaku di negara-negara yang bergolak. Penggunaan kanak-kanak sebagai tentera militan harus dihentikan.

 

Iklan menyedarkan tentang pengaburan imej yang boleh menberi maklumat yang salah daripada cerita sebenar. Terutama di media sosial, kerana maklumat yang salah tidak patut dikongsikan.

 

Iklan kesedaran memandu dengan berhemah. Pemandu sudah tentulah harus memberikan perhatian sepenuhnya semasa memandu, terutamanya kanak-kanak dan pejalan kaki.

 

Iklan kesedaran kepupusan haiwan. Setiap saat akan berlaku kematian haiwan. Lihat kesakitan dan kesengsaraan haiwan yang mengalami kepupusan.

 

Dalam keramaian penduduk, kita kadang-kadang terlupa yang ada orang jahat sedang bersedia melakukan kejahatan seperti pedofilia. Ibu bapa harus berhati-hati kerana mereka yang jahat sentiasa bersembunyi dikalangan ramai manusia.

 

Bagaimana penjahat pedofilia melakukan aktiviti jahat mereka? Mungkin dengan internet melalui telefon. Jadi kawal dan lihat penggunaan internet dan media sosial anak anda.

 

Iklan ini menyindir perokok yang boleh mati lebih awal kerana merokok. Kalau perokok tak faham tak tahulah.

 

Iklan kesedaran anoreksia. Iklan ini menyindir yang manusia ni bukanlah lukisan. Jadi tak payah lah nak kurus kering nampak tulang sampai nak jadi macam lukisan kartun tuh!

 

Iklan kesedaran kanak-kanak terbiar. Ramai yang masih tidak menjaga kanak-kanak dengan baik dan terbiar dari penjagaan yang sepatutnya. Ibu bapa atau penjaga harus sedar mereka juga manusia yang perlu dijaga dengan baik.

 

Iklan penggunaan beg plastik. Iklan ini menyedarkan pengguna yang beg plastik ini boleh berpotensi membunuh haiwan-haiwan jika salah diletakkan. Sebab itu beg plastik sepatutnya dikitar semula dan bukan dibuang merata-rata tempat.

 

Iklan kesedaran sampah terbuang. Iklan ini menyedarkan kita, sampah yang dibuang ke laut boleh menjadi makanan kita jika kita tidak bersama-sama memastikan laut bersih tanpa sampah.

 

Iklan kekejaman terhadap haiwan kerana penggunaan bulunya. Iklan ini menyedarkan kita bagaimana haiwan ditangkap dan di bunuh dengan kejam kerana penggunaan bulu haiwan untuk barangan kegunaan manusia.

 

Iklan kesedaran memandu tanpa mengantuk. Walau bagaimana pun mengantuk anda, anda tidak sepatutnya memandu. Jika mengantuk, berhentilah di tempat selamat dan tidur. Bukannya tidur atas jalan raya!

 

Iklan membantu mereka yang kelaparan. Sebenarnya memberi makan mereka yang memerlukan bukannya susah sangat pun. Jika ada yang memerlukan makanan, bantulah mereka.

 

Pelekat di meja yang menyedarkan perokok, merekalah yang menyebabkan kanser berlaku pada diri sendiri. Kalau nak dapat kanser, merokok lah!

 

Iklan kesedaran alam sekitar. Hutan adalah punca oksigen kita. Jika kita yang menghapuskan hutan, bermakna oksigen kita berpotensi berkurangan. Seakan kita yang menghapuskan hutan akan membunuh diri sendiri.

 

Iklan kesedaran pembuangan makanan. Ramai yang makan tak habis dan buang makanan begitu sahaja. Tetapi masih ramai yang kelaparan kerana kekurangan makanan.

 

Iklan kesedaran kanser payudara. Iklan ini menyedarkan tentang pentingnya pemeriksaan awal untuk mengesan kanser payudara. Kerana kanser payudara boleh menyebabkan wanita kehilangan payudara.

 

Iklan kesedaran hak wanita. Apa yang wanita perlukan bukanlah diskriminasi dan kekasaran tetapi hak yang berhak diterima oleh semua wanita.

 

Iklan kesedaran penggunaan barang berasaskan kulit haiwan. Mereka yang membeli dan menggunakan barangan seperti ini seperti pembunuh haiwan-haiwan tersebut.

 

Iklan haiwan terbiar. Iklan ini bertujuan agar haiwan ini sepatutnya mendapat jagaan sepenuhnya dari penjaga yang baik.

 

Iklan penggunaan tali pinggang keledar. Jika anda tidak menggunakan tali pinggang keledar, anda boleh terlibat dengan kemalangan dan…

Kata Cik Meow Sentap…

Macam-macam cara nak bagi kesedaran kepada manusia ni. Sampai iklan pun nak kena sindir-sindir. Sepatutnya manusia tu kenalah tahu tanggungjawab mereka sendiri kan?

Tapi itulah kita sebagai manusia sentiasa lupa dan hilang rasa tanggungjawab kepada sekeliling kita. Manusia mudah lupa kan?

Jadi sama-sama lah kita mengingatkan sesama kita.

 


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *