21 Gambar Pelik Yang Membuatkan Anda Berfikir Sejenak Tentang Dunia Ini

Share lah dengan kengkawan....

Banyak koleksi gambar yang boleh menggambarkan sesuatu yang pelik dan unik. Tetapi koleksi gambar-gambar ini akan membuatkan anda berfikir sejenak tentang dunia ini. Banyak lagi yang kita tidak tahu tentang dunia dan masa depannya. Gambar-gambar ini menceritakan tentang dunia kita sememangnya tiada batasan.

Ini adalah Aerogel yang kandungannya adalah 99% udara! Bagaimana ianya dibuat membuatkan kita berfikir, bolehkah ini di lakukan?

Nampak seperti biasa, tetapi gambar ini diambil dengan menggunakan drone. Ini menggambarkan dunia fotografi telah melangkah jauh dan jurugambar tidak perlu mengambil risiko untuk mengambil gambar di situasi bahaya.

Nampak menakutkan! Ia seperti jalan masuk ke neraka. Tetapi ini adalah salah satu stesen keretapi bawah tanah di Stockholm.

Jika dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti cap jari manusia. Tapi sebenarnya ianya adalah impresi lukisan artis tentang bangunan yang mahu dibuat di Thailand.

Dengan kadar populasi yang padat di China, agak sukar untuk mendapat rumah banglow persendirian di atas tanah. Rumah banglow persendirian ini dibina di atas kompleks bangunan yang luas.

Nampak seperti lukisan biasa dengan pencil atau komputer kan? Tetapi percaya atau tidak lukisan ini menggunakan beribu paku dan hanya sehelai benang sahaja.

Wah! Mesti best kalau ada stadium macam ni dibawah aquarium kan? Dan ini lah yang ingin di buat di Dubai.

Anak badak disamping temtera. Jika difikirkan manusia takut kepada binatang buas ini. Tetapi senario sekarang berbeza dimana tentera di Afrika ini pula menjaga anak badak untuk mengelakkan kepupusan spesis badak di negara itu.

Kenapa pulak lah orang ni  nak panjat atas bumbung untuk berjumpe dengan monyet ni? Tahukah anda, orang itu adalah pengarah di sebuah zoo yang sedang memujuk seekor chimpanzee yang melarikan diri.

Rumah ini sebenarnya dibina betul-betul didepan leret bukit dan gua di Slovenia. Terfikir pulak, kenapa tak buat rumah di atas tanah je kan?

Apa sangkaan anda dari gambar ini? Ini sebenarnya gambar dari atas dimana banyak keretapi yang sedang memunggah bijih arang ke lokasinya.

Sebuah gua di China yang diberi nama Heaven’s Gate. Adakah ianya benar-benar menuju ke syurga?

Bagaimana tempat ini dibina? Mungkin ini persoalan anda kepada taman tewa air di Jerman yang dibina dibawah kubah yang sangat besar ini.

Lihat ketebalan pintu ini yang boleh menghalang letupan  nuklear berkadar 30 megatan.

Mesti seronok bermain permainan remote control truck lori sebesar ini. Agak-agak manusia boleh naik tak?

Baca juga : 12 Trend Fesyen Yang Terbaru Tetapi Pelik Pada Mata Melihatnya!

Jika dilihat air empangan ini jauh lebih tinggi dari pokok di sekelilingnya. Empangan Vajont di Itali ini setinggi 261.6 meter!

Inilah suasan di bilik paling senyap di dunia dengan sistem antibunyinya. Anda boleh mendengar bunyi nafas anda dan bunyi darah anda mengalir. Jaga-jaga, jangan terjatuh ke atas bucu-bucu besi yang tajam tu!

Sebuah kubu di Perancis selepas peperang dunia ke 2. Kenapalah manusia perlu berperang yek?

Anak seekor dik-dik iaitu satu jenis spesis rusa yang kian pupus di Afrika. Sekarang manusialah yang bertanggungjawab untuk menjaganya.

Nampak seperti papan litar elektrik kan? Tapi sebenarnya ini adalah bandar New York yang diambil dari atas secara 3D.

Kajian teknologi baru yang ingin memanjangkan umur manusia sehingga lebih 1000 tahun. Manusia di barat sebuk membuat kajian untuk memanjangkan umur mereka tanpa mereka ketahui hakikat dunia yang sebenarnya.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *