17 Lirik Rock Kapak Paling Meleleh Jiwang. Tangkap Cintan Woo!

Share lah dengan kengkawan....

Rock kapak memang terkenal pada zaman 90an ke awal 2000an. Tapi rock-rock pun, lirik die korang dengar ade yang jiwang jugak. Tapi jiwang die memang tangkap cintan habis. Meleleh wooo! Macam tak sesuai pulak imej ganas rock tu dengan lirik jiwang meleleh tuh. Cuba korang hayati 17 lirik lagu rock kapak yang jiwang giller sampai meleleh airmata syahdu. Huhuhu…

17. “Ku siramkan airmata pada darah cinta sebagai hiasan taman ini” – Wings, Taman Rashidah Utama

mashable

16. “Ku yang hanyut di arus dosa di laut ribut melanda dan berenang ke pelabuhan kasih sayang sebenar” – Nash, Pada Syurga Di Wajahmu

pinterest

15. “Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu. Tak mungkin akan ku lepaskan ikatan ini” – BPR, Seribu Tahun Takkan Mungkin

livejournal

14. “Andainya kau pergi gugurlah bunga cinta, terpadam mentari yang menyinar” – Laksamana, Gugurnya Bunga Cinta

giphy

13. “Ku selimut di atas ikal rambutmu. Kian jatuh terus cecah ke bahu” – Putra, Cinta Kain Putih

giphy

12. “Bertambah cahaya hidupku kau janji bersumpah setia. Walaupun ribut melanda kan bersama” – Terrarossa, Bunga Angkasa

11. “Kubiarkan luka di hati berdarah sehingga kering dimamah mentari” – Zabarjad, Karam

10. “Tapi rantaimu mengunciku di kota cinta jelmaanmu, tidakku rela dibinasa bersama khayalan itu” – Shima, Setelah Aku Kau Miliki

tool.us

9. “Ku sedia memaafkanmu biar aku berparut seribu agar sembuh lukamu, pahitku rasa madu” – Exist, Dirantai Digelangi Rindu

giphy

8. “Kan ku usung oh jenazah cinta, semadikan nisan kasih suci. Semangatmu tetap bersamaku selama pasti” – Bloodshed, Srikandi Cintaku

pinterest

7. “Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai. Disaksikan laut, daun nyiur melambai” – Tropika, Cinta Pantai Merdeka

pinterest

6. “Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu. Andai ku punyai mahligai indah, ku hadiahkan untukmu” – Mega, Bayangan Gurauan

tumblr

5. “Namamu ku ukir di pohon di tepi taman sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang” – Slash, Taman Astakona

etsy

4. “Sekelumit cinta, sekurun kerinduan ku rempuhi ranjau duka. Membara sehangat api terhapus sepi di hati ku” – Qiara, Hanya Padamu

giphy

3. “Tika fajar menyinsing ku sentuh sinar kasih dari matamu dekat dan terasing. Aku menanti singkapan tabir cinta, aku menanti saat menjadi nyata” – Iklim, Di Pintu Mahligai

tenor

2. “Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah, tersingkir dari titian makna yang setia” – Massa, Patahnya Sayap Malam

pinterest

1. “Siapalah aku ini untuk memintal buih yang memutih menjadi permaidani seperti mana yang tertulis dalam novel cinta” – Exist, Mengintai Dari Tirai Kamar

tenor

 

Kata Cik Meow Sentap…

Rock-rock jugak bro. Jiwang-jiwang jugak bro. Ni lah yang kita kata “Nampak luar keras macam rockers tapi dalam jiwa ade taman”.

Bila pikir balik memang tak termasuk akal jugak lirik nih. Mungkin kalau dah jiwang sangat tahap melayang ke awangan, inilah jadiknya.

Adik-adik jangan nak jiwang-jiwang okeh!. Belajar sungguh-sungguh dulu. Dah berjaya jadik orang yang berguna baru pikir nak jiwang-jiwang nih.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *