Permata Yang Anda Pilih Menunjukkan Personaliti Diri Anda Yang Sebenar

Share lah dengan kengkawan....

Ramai ingin mengetahui personaliti diri mereka  sendiri. Anda boleh menggunakan beberapa jenis kuiz untuk mengetahui. Tetapi tahukah anda, hanya dengan permata yang anda pilih menunjukkan personaliti diri anda sebenar?

Manusia percaya dengan kuasa permata sejak dari dahulu lagi. Permata ini tersimpan jauh di dalam bumi dan memiliki nilai yang berbeza-beza. Permata juga seperti simpanan rahsia di dalam bumi yang dipercayai boleh memberi semangat kepada manusia.

Mari cuba ujiam mudah dengan permata ini. Anda hanya perlu memilih jenis permata yang anda suka sebelum membaca jawapan. Setelah anda pasti dengan pilihan permata anda, baca jawapan dan kenali personaliti diri anda.

Ujian Personaliti Dari  Permata

 

Personaliti berdasarkan pilihan permata anda.

1. Mutiara. Jika anda memilih mutiara, anda adalah seorang yang bermaruah, mempunyai semangat dan jati diri yang kuat. Tetapi anda juga mempunyai rasa rendah diri.

2. Ruby. Anda seorang yang bersemangat , bersungguh dengan pilihan hidup anda.

3. Berlian. Anda seorang yang kuat, bersungguh dan bangga dengfan apa yang dikecapi.

4. Topaz Biru. Anda seorang yang tenang, dan memiliki jiwa yang reflektif. Anda menghargai suasana yang senyap.

5. Peridot.  Anda seorang yang bersemangat, bertenaga and sentiasa memiliki rasa ingin tahu. Kelebihan anda adalah mudah rasa gembira dan senang hati.

6. Aquamarine. Anda adalah seorang yang bersemangat dan sukakan cabaran. Anda penuh dengan semangat dan berani.

7. Tanzanite. Anda adalah seorang yang sensitif, berkeinginan tinggi dan memiliki naluri yang kuat.

8. Citrine. Anda seorang yang ceria, kreatif and bersemangat.

9. Tourmaline Merah Jambu.  Anda seorang yang lembut, sensitif dan penuh belas kasihan.

10. Amethyst. Anda adalah seorang yang bijak, penuh semangat dan bersungguh dengan pilihan hidup.

Bagaimana? Adakah permata yang anda pilih, menunjukkan personaliti diri anda sebenar?


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *