Kenali Personaliti Anda dari Lukisan Rumah, Pokok dan Manusia.

Share lah dengan kengkawan....

 

Setiap manusia ada keunikan tersendiri. Pakar psychologi percaya bahawa setiap tulisan, lukisan atau percakapan kita ada memberi maksud yang berbeza tentang individu tersebut.  Apabila kita melukis, minda kita secara tidak lansung memberi gambaran tentang diri kita sendiri.

Ujian personaliti dari lukisan Rumah, Pokok dan Manusia dapat memberi maksud diri anda sebenar. Anda juga boleh menggunakan ujian ini kepada keluarga, rakan-rakan atau perkerja anda semasa interview jika ingin mengetahui personaliti masing-masing.

 

Cara nya mudah! Lukiskan  rumah, pokok dan manusia mengikut gambaran tersendiri. Kemudian lihat apakah maksud disebalik lukisan tersebut mengenai personaliti anda.

Apa yang anda perlu lihat?

Dimensi lukisan akan menggambarkan tahap keyakinan diri.
Lakaran dan garisan (kedempakan, ketebalan, kepekatan) setiap garisan itu menggambarkan keselesaan semasa membuat setiap keputusan.. Sebagai contoh, jika garisan yang sama dilukis dua kali, itu menggambarkam kekurangan keyakinan diri, ketidakpuasan diri dan kekurangan mengawal keputus untuk diri sendiri.
Ketelusan menggambarkan keharmonian dan kebolehan yang flexible.

1. Gambar Rumah

Rumah menggambarkan hubungan kekeluargaan. Inilah gambaran anda tentang hubungan keluarga  anda. Ini banyak berkaitan dengan nilai kekeluargaan anda.

Bumbung: menggambarkan intelektual, fantasi dan kerohanian.

Cerobong asap: menggambarkan perasaan sayang menyayangi. Asap yang keluar dari cerobong asap bermaksud ketegangan dalaman yang dihadapi.

Dinding: menggambarkan kekukuhan dan kekuatan personaliti anda.

Pintu dan tingkap: menggambarkan hubungan anda dengan sekeliling, persekitaran, rakan-arakan dan hubungan sosial anda. Pintu yang besar menggambarkan anda kurang berdikari dan memerlukan pertolongan dari sekeliling anda.

Kaki lima: menggambarkan keterbukaan anda dengan keluarga anda.

Tanah: kestabilan dan kepercayaan dengan realiti.

2. Gambar Pokok

Pokok menggambarkan personaliti dalaman diri anda. Ianya sesuatu yang hanya anda sahaja tahu tanpa berhubung dengan sekeliling anda.

Ketebalan daunan pokok: menggambarkan idea dan pemikiran. ideas, thoughts, self-concept.  Pokok yang berdaun lebat dan tebal memberi maksud pemikiran yang produktif dan memiliki idea yang banyak.

Ranting: bermaksud hubungan sosial, tahap kepuasan dan kekecewaan.

Dahan: menggambarkan keutuhan personaliti anda. Jika dahan pokok itu bengkok, bermaksud anda flexible dan mudah mengadaptasi.

Akar: berkaitan dengan minda bawah sedar dan orientasi diri.

Tanah: kestabilan dan hubungan dengan dunia realiti. Jika tiada tanah di lukisan itu, anda mungkin menghadapi masalah dengan realiti kehidupan sebenar.

3. Gambar Manusia

Gambar manusia menggambarkan diri anda yang ideal. Ia menggambarkan tingkah laku, penerimaan kepada dunia, hubungan di antara sosial dan dalaman diri anda.

Kepala: kebijaksanaan, komunikasi, imaginasi dan hubungan social. Jika kepala digambarkan besar bermaksud anda seorang yang bijaksana.

Rambut: kemahuan seksual, keterujaan, emosi.

Mata: komunikasi social dan persepsi kepada dunia sekeliling.

Mulut: seksualiti dan komunikasi. Jika gambaran mulut hanyalah garisan lurus, menggambarkan percakapan kasar.

Hidung: kekuatan atau ego.

Tangan: Emosi , kekasaran.

Leher: kemahuan.

Tangan: kebolehan mengadaptasi dengan dunia sekeliling.

Kaki: kestabilan, keselamatan, sokongan, keupayaan dengan realiti.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *