8 Cara Mudah Mendidik Anak Agar Menjadi Pencinta, Hafiz & Hafizah Al Qur’an

Share lah dengan kengkawan....

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang disampaikan dari Buraidah Al Aslami Radhiallah Anhu, ia pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafalnya keluar dari kubur. Al Quran akan wujud seperti seseorang dan bertanya kepada penghafalnya ‘Apakah kamu mengenaliku?’ Penghafal tadi menjawab ‘Saya tidak mengenal kamu’. Al Quran berkata ‘Saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tak tidur di siang hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan dengan dagangannya dan kamu pada hari ini mendapat keuntungan semua daganganmu.’ Penghafal Al Quran tadi pun di beri kekuasaan di tangan kanannya, diberi kekekalan di tangan kirinya dan diatas kepalanya dipasang mahkota perkasa.

Sementara itu kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia seluruhnya. Kedua orang tua itu lalu bertanya ‘Kenapa kami diberi dengan pakaian begini?’ Kemudian dijawab ‘Kerana anakmu hafal Al Quran.’ Maka kepada penghafal Al Quran tadi diperintahkan ‘Bacalah dan naiklah ke tingkat-tingkatan syurga dan kamar-kamarnya’. Ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat maupun perlahan” (HR Ahmad).

Sungguh luar biasa balasannya kepada hafiz Quran. Sudah tentu ramai yang ingin mendapat kebaikan tersebut seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW. Tapi macamana kita hendak mencapai seperti itu?

Mendidik anak menjadi pencinta dan hafiz AL-Quran sudah tentu bukan mudah. Tetapi ada beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk mendidik seorang hafiz atau hafizah Al-Quran ini.

1. Pastikan segalanya halal

Syarat pertama untuk memiliki anak yang soleh adalah memastikan apa yang masuk dalam tubuh anak adalah makan yang halal dan dari sumber yang halal. Apatah lagi untuk anak hafiz Al Quran. Setiap doa dari anak yang soleh hasil dari makanan yang halal lebih mustajab. Selain itu anak itu lebih taat dan mudah dijaga. Seperti hadith Nabi,

“Wahai Saad perbaikilah makananmu, makanlah dari makanan yang baik-baik. Nescaya kamu akan menjadi orang yang mustajab doanya” (HR Ath Thabrani)

Apabila doa menjadi mustajab, maka segala permintaan kita kepada Allah akan mudah dan dengan izin Allah, anak kita juga mudah menjadi penghafaz Al Quran.

2. Mendengarkan Al Quran pada setiap masa

Semenjak kecil lagi, anak-anak perlu dideahkan dengan mendengar bacaan Al-Quran. Tujuannya supaya anak-anak tidak asing dari mendengar bacaan Al-Quran. Sama seperti anak yang biasa mendengar lagu ABC, maka lama-kelamaan amat mudah anak itu memahami sebutan ABC.

Ini kerana pada awal lagi otak anak-anak mudah menyerap segala ilmu dan bunyian yang didengari. Apatah lagi jika didenmgarkan berulang kali. Seboleh-boleh nya pastikan anak-anak hanya mendengar bunyi bacaan Al-Quran sebanyak mungkin setiap hari.

3. Jadilah ibu bapa sebagai contoh terbaik

Seperti kata orang, “Mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi”, mana anak bersifat demikian kalau tidak kerana akhlak ibu bapanya. Jadi ibu bapa harus menjadi contoh pertama membaca AL-Quran setiap hari. Lebih baik, ibu bapa sendiri menghafaz Al-Quran supaya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.

4. Membaca Al Quran sejak bayi dalam kandungan

Bayi di dalam kandungan memiliki kemampuan untuk mendengarkan apa yang dilakukan oleh ibunya. Otaknya mampu menyerap ilmu yang didengarnya semenjak otaknya berkembang. Dengan sering mendengarkan Al Quran ataupun ibunya membaca Al-Quran sejak mengandung lagi, bayi itu sudah mula mengingat ayat-ayat Al-Quran dan mula diserap di dalam otaknya.  Jadi apabila lahir anak itu, dia sudah biasa mendengar ayat-ayat Al-Quran dengan mudah.

5. Mengajar anak secara kreatif

Anak-anak memang suka bermain. Sebab itu anak-anak sangar sukar untuk fokus dan duduk diam di sesuatu masa, apatah lagi semasa pembelajaran. Jadi untuk mengajar anak perlu menggunakan kaedah yang sesuai, cepat dan efektif.

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan “flash card” atau bacaan di tampal pada dinding-dinding dengan warna-warna yang menarik. Letakkan disekitar ruang bilik atau sudut pembelajaran yang selesa. Jika kaedah ini dilakukan setiap hari, sudah tentu anak-anak menjadi semakin cekap mengingat ayat-ayat Al-Quran tersebut.

6. Berikan penghargaan setiap kali anak berjaya menghafaz

Penghargaan yang diberikan selepas anak berjaya menghafaz adalah supaya anak lebih bersemangat untuk lebih banyak menghafaz lagi. Ank-anak lebih seronok jika sesi pembelajaran disertai dengan hadiah atau suatu bentuk penghargaan.

Berikan hadiah seperti sticker bintang jika anak terbut dapat menjawab soalan yang betul atau setelah berjaya menghafaz 3 ayat. Setelah banyak sticker yang dikumpul mungkin boleh diberikan hadiah yang lebih besar seperti sebuah beg atau buku yang sesuai. Anak yang mendapat pujian akan lebih bersemangat untuk meneruskan hafazannya.

7. Bijaksana mengawal pembelajaran anak

Kadang kala anak-anak menjadi malas meneruskan hafalannya. Kadang kala ibu bapa juga hilang sabar untuk mengajar anak menghafaz Al-Quran. Apa yang penting, ibu bapa perlu bersabar dan sentiasa bersemangat meneruskan pembelajaran.

Kenal pasti tingkah laku anak-anak anda. Ada anak yang perlu di berikan latihan sedikit demi sedikit. Ada yang perlu cukup keperluan sebelum pembelajaran. Pastikan juga persekitaran yang sesuai supaya anak-anak tidak mudah hilang fokus dari sesi penghafazan.

8. Sentiasa bersemangat dan konsisten

Adakalanya kita sebagai ibu bapa penat dan menyerah dari meneruskan sesi pembelajaran atau hafazan ini. Tetapi usah lah menyerah kalah. Ingatkan diri tentang tujuan asal mengapa anda ingin diri dan anak anda menghafaz Al-Quran.

Cuba baca kisah-kisah penghafaz yang lain dan belajar dari mereka. Lebih baik juga jika anda menyertai kumpulan mereka yang ingin menjadi hafiz atau hafizah. Dengan ini, anda akan dapat banyak ilmu yang dikongsi bersama dari kenalan-kenalan yang telah berjaya menghafaz dan menjadikan anak-anak mereka hafiz dan hafizah.

Walau seberat mana pun janganlah pernah berhenti dari menghafaz dan mengajar anak-anak anda menghafaz Al-Quran. Kerana kegagalan berlaku jika anda berhenti berusaha. Percayalah kepada diri dan pertolongan Allah. Semoga diri kita dan anak-anak kita menjadi cahaya dari bacaan Al-Quran di hatinya.


Share lah dengan kengkawan....

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *